Announcement!

Posted on February 10, 2008 
Filed Under Uncategorized | Leave a Comment
Balighu Anni Walau Aayah Balighu Anni Walau Aayah

Assalamualaikum wbt. harap maaf atas segala kesulitan. Diharap para pengunjung dapat menukar bookmark (jika ada) dari v3 kepada v4 kerana website BTi sudah pun beralih ke laman baru

http://bahantarbiyyah.info/v4

 

BTi Network

Cuti-cuti Malaysia

Posted on December 26, 2007 
Filed Under motivasi Islami, Alami, Tazkiah, Fikrah | 1 Comment
Balighu Anni Walau Aayah Balighu Anni Walau Aayah

Cuti Malaysia

Menarik sungguh apabila kita melihat iklan-iklan yang mengambarkan keindahan dan keunikan tempat-tempat pelancongan bagi memenuhi ruang litup waktu cuti persekolahan kali ini. Terutama sekali bagi pelajar-pelajar Australia yang bercuti selama 3 bulan dalam musim panas. Kita terpesona dan asyik dengan merancang cuti-cuti bersama keluarga setelah agak lama tidak bersama. Terpulanglah pada kita untuk merancang cuti samada berjalan-jalan mahupun berada di rumah sahaja. Tapi adakah kita sedar bahawa kita juga mungkin terjerumus ke dalam kancah propaganda kekafiran dalam merancang cuti-cuti kita ini? Yang kita tidak sedari menusuk ke dalam kehidupan kita secara halus dan mengkhayalkan? Wah..Sungguh jauh pemikiran dari pekara yang dimaksudkan dengan “cuti” dengan “kafir”? Apa yang saya cuba saya sampaikan adalah, adakah anda sedar bahawa cuti-cuti yang diwar-warkan ini sedikit sebanyak membawa manusia lari dari realiti kehidupan?Mari kita ungkaikan pekara ini… Read more

Perkembangan Dan Stagnasi

Posted on December 24, 2007 
Filed Under Alami, Fikrah | 3 Comments
Balighu Anni Walau Aayah Balighu Anni Walau Aayah

Ilmu merupakan satu aset yang begitu utama dalam perkembangan manusia. Natijah dari pengetahuan dan keupayaan berfikir, kita menyaksikan bukti perkembangan tamadun manusia yang dimanifestasikan menerusi binaan-binaan yang hebat, catatan-catatan tentang sistem yang pelbagai termasuk pentadbiran dan perekonomian, evolusi bahasa dan nombor, ciptaan-ciptaan yang baru dan sebagainya. Namun, isu utama yang harus kita perhatikan dari perkembangan ilmu yang dilalui masa lalu adalah aspek tujuan satu-satu ilmu diterokai, atau lebih mudah bagi kita belia islam; niat.

 

Perkembangan ilmu yang disaksikan masa, terpalit dalam sejarah, membuktikan pada kita dengan jelas hasil yang dicapai atas tujuan yang berbeza. Apabila kita menganalisa kembali tamadun utama yang berperanan dalam perkembangan ilmu manusia, kita perhatikan terdapat beberapa tamadun utama yang tersohor dalam perkembangan ilmu seperti Greek atau Yunani, Mesir, Romawi, Islam dan Eropah.

 

Read more

Kematangan Dalam Diri

Posted on December 4, 2007 
Filed Under motivasi Islami, Akhlak | 2 Comments
Balighu Anni Walau Aayah Balighu Anni Walau Aayah

Kematangan berkait rapat dengan peningkatan umur. Sekurang-kurangnya itulah yang meresap dalam pemikiran dan norma masyarakat. Seolah-olah tidak dapat dipisahkan antara keduanya, sehingga suatu tahap ia menutup pintu bagi generasi baru untuk mencapai sesuatu lebih awal dari umurnya. Mungkin benar bahawa kematangan itu dibentuk oleh masa dan pengalaman yang dilalui, semakin lama, semakin berkembang dan bertambah baik, namun perlu jelas bahawa kematangan merupakan suatu anugerah dari Allah ke atas setiap anak Adam, bagi setiap orang itu berbeza begitu juga bagi satu-satu generasi.

Secara idealnya, satu-satu generasi memerlukan kematangannya secara umum berkembang dengan kemas dan pesat. Ini perlu bagi memastikan tampuk kepimpinan yang ada sudah mempunyai generasi pewaris yang berkemampuan samada lebih baik atau setaraf dengan apa yang ada kini. Di sinilah dapat kita kaitkan unsur kematangan itu dengan matlamat dan cita-cita kita dalam kehidupan. Seandainya kepimpinan sekarang mahukan suatu kejayaan yang lebih hebat lagi, dengan penuh ikhlas ia mengharapkan suatu kemajuan dan perkembangan demi Allah dan RasulNya pada generasi dan umat yang akan datang, maka kita akan melihat mereka bertungkus lumus memberi perhatian yang sewajarnya untuk mendidik generasi di bawah mereka. Itulah yang dapat kita lihat pada Rasulullah s.a.w yang bersungguh-sungguh mendidik para sahabat agar mereka mampu menyambung tugas dakwah kepada Allah s.w.t. sebaik pemergiannya kepada Ilahi.

Antara faktor Read more

Kekuatan Kata-Kata

Posted on November 29, 2007 
Filed Under Fikrah | 2 Comments
Balighu Anni Walau Aayah Balighu Anni Walau Aayah

words_of_wisdom_by_muslim_women.jpgDi beberapa saat, iaitu saat-saat perjuangan yang pahit yang dilakukan ummat di masa yang lalu, saya di datangi oleh gagasan yang putus asa, yang terbentang di depan mata saya dengan jelas sekali. Dalam saat-saat seperti ini saya bertanya kepada diri saya: Apa gunanya menulis? Apakah nilainya makalah-makalah yang memenuhi halaman harian-harian? Apakah tidak lebih baik dan pada semuanya ini kalau kita mempunyai sebuah pistol dan beberapa peluru, setelah itu kita berjalan ke luar dan menyelesaikan persoalan kita dengan kepala-kepala yang berbuat sewenang-wenang dan melampaui batas? Apa gunanya kita duduk di meja tulis, lalu mengeluar semua kemarahan kita dengan kata-kata, dan membuang-buang seluruh tenaga kita untuk sesuatu yang tidak akan sampai kepada kepala-kepala yang harus dihancurkan itu?

Saya tidak menyangkal bahawa detik-detik seperti ini amat menjadikan saya menderita. Ia memenuhi diriku dengan kegelapan dan keputus-asaan. Saya merasa malu kepada diri saya sendiri, sebagaimana malunya seorang yang lemah tidak dapat berbuat sesuatu yang berguna. Tetapi untunglah saat-saat seperti itu tidak berlangsung lama. Saya kembali mempunyai harapan dalam kekuatan kata-kata. Saya bertemu dengan beberapa orang yang membaca beberapa makalah yang saya tulis, atau saya menerima surat dan sebahagian mereka. Lalu kepercayaan saya akan gunanya media seperti ini kembali lagi. Saya merasa bahawa mereka mempercayakan sesuatu kepada saya: sesuatu yang tidak begitu berbentuk yang terdapat dalam diri mereka. Tetapi mereka menunggu-nunggunya,bersiap-siap untuknya dan percaya kepadanya. Read more

Diam, suatu unsur yang membina

Posted on November 13, 2007 
Filed Under Tazkirah, Akhlak | 5 Comments
Balighu Anni Walau Aayah Balighu Anni Walau Aayah

Bukan mudah menjadi orang yang bijak menambat hati manusia lain. Ia merupakan suatu unsur yang amat penting dalam seni dakwah iaitu memenangi hati manusia sebelum melangkah kepada usaha islah ke atasnya. Dai’e yang kreatif adalah orang yang dapat memanipulasi emosi, suasana dan kelebihannya untuk menambat hati manusia ke arah kebaikan. Bagi seseorang yang bergelar dai’e, mustahil padanya tidak ada keinginan untuk menambat hati manusia atau menarik hati-hati ke arahnya agar dapat di didik dan dibentuk. Dari dasar inilah maka seringkali kita melihat dan mendengar pelbagai cara dan kaedah yang digunakan untuk menambat hati manusia.

Namun begitu, dalam usaha islah kita, sebulat-bulatnya kita menolak metode pemikiran Machiavelli yang meletakkan matlamat sebagai penghalal cara.  Dai’e bergerak di atas medan dakwah dalam kotak titah perintah dan larangan Allah s.w.t. Seluas-luas kapasitinya dalam dunia dakwah dan seramai-ramai lahan dakwah yang mampu dicapainya, itu semua tetap berada di dalam kotak syariat dan hukum-hakam Allah s.w.t.; tanpa kompromi. Mustahil bagi seorang yang menyeru kepada Allah s.w.t. membawakannya dengan kaedah yang dimurkai Allah s.w.t. Di sinilah letaknya kemurnian dakwah yang kita kemban. Semuanya berdasarkan hukum dan ketetapan Allah, dipetik dan dirungkai teknik dan seninya dari sirah Nabi Muhammad s.a.w. yang agung dan kisah para sahabat, salafussoleh, tabi’in dan mereka yang telah berjuang di medan dakwah islam ini. Read more

Al-Fawaid

Posted on November 12, 2007 
Filed Under Tazkirah | 5 Comments
Balighu Anni Walau Aayah Balighu Anni Walau Aayah

Muqaddimah.

Hidup ini hanyalah satu perjalanan; bermula di alam ruh, memasuki alam rahim ibu, singgah di alam dunia untuk mencari bekal menuju alam barzakh, alam mahsyar, diadili, melalui as-siratul mustaqim dan penghujungnya sama ada syurga dan gembira dapat bertemu Allah atau penyesalan akibat dihumbankan keneraka.

Jalan kepada Allah memerlukan kesabaran, mujahadah jiwa dan memerangi kebatilan. Sebagai panduan, peringatan dan penunjuk jalan kupersembahkan beberapa faedah daripada pengamatan Imam Ibn Qayyim al-Jauzi.

Kebijaksanaan

“ Di manakah kamu sedangkan jalan ini terlalu jauh, Adam telah mengharungi pelbagai penat lelah, kerananya juga Nuh kepenatan, Ibrahim khalilullah dicampak ke dalam api, Ismail di tidurkan untuk disembelih, Yusuf dijual dengan harga murah dan merengkok di dalam penjara beberapa tahun, Zakaria dibelah kepalanya dengan gergaji, Yahya disembelih, Ayyub menghadapi penyakit yang memeritkan, Isa terpaksa berjalan bersama generasi yang ganas dan Muhammad s.a.w. mengharungi pelbagai bentuk penentangan…

….sedangkan kamu membuang masa dan bermain-main. Read more

Cintaku terhadapMu

Posted on November 1, 2007 
Filed Under Tazkirah, Akhlak | 10 Comments
Balighu Anni Walau Aayah Balighu Anni Walau Aayah

cinta.JPG

Cinta lahir dari hati ,tidak siapa dapat menghalang mahupun menjadikan cinta melainkan yang Maha Esa. Cinta dan kasih sayang adalah pekara berlainan walau bagaimanapun ia tidak dapat dipisahkan dari satu dengan yang lain. Melalui pemerhatian saya, ramai yang meluahkan rasa kasih sayang dan cinta kepada sesama makhluk mahupun sesuatu pekara melalui pelbagai cara. Ada yang mengasihi keluarganya dan meluahkan rasa cintanya melalui masa yang diluangkan bersama keluarga. Dan ada juga yang mencintai kebendaan seperti buku sehingga sanggup menyimpan koleksi buku-buku tersebut dan sanggup tersadai ditepian jalan untuk menunggu koleksi yang terbaru. Tetapi cinta yg digambarkan itu tidak akan bertahan selamanya kerana semuanya bersifat sementara.

Bukankah terdapat cinta yang kekal abadi? Yang sepatutnya terdapat pada setiap individu? Cinta ini membawa manusia kepada kebahagian sementara kepada kebahagian selama-lamanya. Yang membawa langkah manusia kepada jalan kebenaran dan mendekati harumnya syurga yang penuh kenikmatan. Cinta yg membawa kesejahteraan di dunia mahupun di akhirat. Cinta yang tidak perlu pada konflik dalaman mahupun luaran. Tahukah kamu cinta apakah yang dimaksudkan itu? Iaitu cinta kepada Allah swt tuhan yang Maha esa yang Menjadikan dan yang Mematikan. Yang apabila dicintai, akan dibalas dengan kecintaan. Dan penamatnya adalah kebahagian bukannya kedukaan. Yang apabila dicinta, membuahkan iman dan melapangkan kesempitan dunia kepada keluasan akhirat. Read more

Titik-titik Tengah?

Posted on October 28, 2007 
Filed Under Tazkirah, Akhlak, Fikrah | 3 Comments
Balighu Anni Walau Aayah Balighu Anni Walau Aayah

Satu persoalan yang mungkin tidak pernah langsung terlintas di benak minda seorang muslim. Mungkin juga ia pernah bermain-main di ruang legar minda mahupun perasaan, namun yang pasti, tidak semua yang pernah terfikir akan perasaan ini. Persoalan yang mungkin tampak mudah. Seolah-olah satu lontaran liar yang mungkin sesetengahnya merasakan bahawa ia bukan satu isu akademik yang patut dibicarakan. Namun, sebagai seorang insan, anugerah akal tidak menyempitkan kita hanya pada perkara-perkara utama. Apatah lagi, tidak jua menjurus kepada perkara-perkara yang simplistik. Waima begitu, persoalan-persoalan yang ada, kita jadikan ia sebagai satu pengajaran dalam apa jua aspek yang boleh dipraktikkan, wahana untuk kita mantapkan lagi usaha tarbiyah dan dalam usaha kita untuk menggapai redha Allah.Seorang akh mengaju satu persoalan yang bunyinya seolah teka teki. ”Apakah perkara di mana manusia kurang sedar akan titik pertengahannya?” Nah, bukankan soalannya nampak mudah? Jika dijadikan satu bahan kajian thesis, pasti banyak jawapannya. Ana sendiri tercengang akan persoalan yang diajukan. Tidak pernah ana dengar akan persoalan ini. Yang lumrah ialah kita bisa mendengar akan persoalan ”Apakah perkara di mana manusia kurang sedar akan titik permulaannya, atau kurang sedar akan titik pengakhirannya?” Soalan yang kemudian ini, lebih mudah untuk dijelaskan, dan mungkin lebih banyak jawapan yang boleh diutarakan.Ligat berputar benak fikiran memikirkan jawapan. Dari hati, teringin untuk mengutarakan isu-isu yang dirasakan dapat memenuhi kehendak jawapan. Namun terasa berat untuk mulut melafazkan rasa hati.

Setelah diam sekian lama, kerutan dahi tanda sudah banyak jawapan yang difikirkan. Sekian sunyi tanpa jawapan, akh tadi terus melontarkan satu isu. Read more

Kearah Kebangkitan Islam

Posted on October 24, 2007 
Filed Under Fikrah | 4 Comments
Balighu Anni Walau Aayah Balighu Anni Walau Aayah

MUQADDIMAH
kalimah.jpg Setiap insan dalam perjalanannya menuju kedewasaan pasti akan melalui beberapa peringkat hidup bermula daripada bayi kepada kanak-kanak, remaja hinggalah dewasa. Setiap peringkat ini memiliki ciri-cirinya yang tersendiri. Bayi sentiasa perlukan penjagaan dan perlindungan, kanak-kanak asyik gemar bermain dan bersenda-gurau, remaja pula sentiasa bersemangat manakala dewasa pula matang lagi cermat.
Demikianlah juga dengan orientasi Islami gerakan kebangkitan Islam mutakhir ini. Alhamdulillah, gerakan ini kini sudah mula kelihatan dan dirasai di seluruh pelusuk dunia, sama ada di negara yang majoritinya Islam atau bukan Islam. Akan tetapi jika dianalisa dengan mendalam, boleh dikatakan gerakan kebangkitan ini lebih memiliki ciri-ciri bersemangat dari berilmu, bersifat terburu-buru daripada bertenang, bersifat cuai daripada cermat, dan bersifat baru daripada matang. Dalam ertikata lain, gerakan kebangkitan Islam mutakhir ini lebih mirip kepada ciri-ciri remaja yang dalam perjalanan menuju kedewasaan.

Inilah analisa Syeikh Yusuf al-Qardhawy dan di atas analisa inilah beliau menulis buku khas ini bertujuan membimbing dan menasihat gerakan kebangkitan yang bersifat remaja ini ke arah kedewasaan yang sepenuhnya. Dalam bimbingannya ini, al-Qardhawy telah menggariskan sepuluh titik (point) peralihan utama, iaitu : Read more

Next Page →