Dari rumah menuju ke uni
Kaki kan melangkah pergi biarpun cuaca tidak mengizinkan diri
Masa yang ada memang dikira amat sempit tatkala ini
Kerna ia hanyalah pinjaman sementara dari Ilahi
Biarpun dilihat tiada lagi kesempatan
Buat diri menghadapi musim peperiksaan
Akan tetapi tingginya keteguhan
Tidak kan dibiarnya gentar hanya kerana ujian pelajaran
Dilihat kembali sirah yang menjadi sejarah kini
Di saat para sahabat digerakkan ke medan amal bakti
Ke hadapan ia pergi, biar apa pun yang bakal dihadapi
Dorongan buat diri untuk turut serta dalam peperangan yang kecil ini
Telah berfirmanNya Ilahi pada para hambaNya
Usahalah sebaik mungkin kerana ada ganjaran yang bakal menunggu mereka
Di saat resah hadir di dalam jiwa
Kemudahan kan diberi berkat kesabaran yang dibawa
Seperti yang diungkapkan ulun nuha dalam kata-katanya
Qiyam dan doa dijadikan perisai dalam setiap perkara
Pertempuran ini bukannya menilai kecerdikkan kita
Kan tetapi, sejauh mana hukum Allah dijaga dalam persediaan menempuhnya
Jangan diabaikan tanggungjawab yang dibebankan
Hak sahabat memang perlu dititikberatkan
Oleh itu, sentiasalah beri peringatan
Buat diri ini, yang seringi telupa apa yang telah diperkatakan
---------------------------------------------------------------------------
jazakillahukhyr ukti for the tips menghadapi musim imtihan

n maaf kerana tidak mampu untuk membeli pantun-pantun yang dijual.. hanya sekadar coretan hati mampu disuarakan