Kepada para pengunjung BTi yang masih belum mendaftarkan diri, boleh berbuat demikian di sini
Hanya 2 Klik --- klik link di atas, dan register. Tak perlu confirmation email etc.
Hangatkan Forum BTi dengan perkongsian-perkongsian menarik anda :)
Perjuangan
ini ibarat meredah ke muara. Perjalanan masih panjang. Kalau asyik berbicara
tentang sampan dan cara kayuhan dayung orang lain. aku akan hanyut. hakikat
perjuangan ini bukan siapa yang memiliki kapal, pendayung tercantik atau
nakhoda terhebat. Tapi perjuangan ini tentang membawa diri aku dan manusia yang
bersamaku sampai kepenghujung jalan dengan keyakinan yang sebenar-benarnya.
Biar
aku diam tetapi kapal terus bergerak lebih baik dari bising tetapi kapal
terumbang ambing mencari sasaran. Pelayaran ini bukan untuk manusia datang dan
pergi menginap diatasnya melihat hebat atau tidak nakhodanya, tetapi untuk
mereka yang berani melangkah ke atasnya, berdiri dan sama-sama mendayung ke
penghujungnya. Jalan masih panjang..
Akhirnya
ia tentang kita..
"dan tiap-tiap seorang manusia Kami
kalongkan bahagian nasibnya di lehernya, dan pada hari kiamat kelak Kami akan keluarkan
kepadanya Kitab (suratan amalnya) Yang akan didapatinya terbuka (untuk di
tatapnya). (lalu Kami perintahkan kepadanya): "Bacalah Kitab (suratan
amalmu), cukuplah Engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap
dirimu (tentang Segala Yang telah Engkau lakukan)". 17: 13-14
Akhirnya ia tentang aku..
"dan sesiapa Yang berjuang (menegakkan Islam) maka Sesungguhnya Dia hanyalah
berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; Sesungguhnya Allah Maha kaya (tidak
berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk". 29:6
‘should be right!' getus hati kecilku. Bas merah Konsortium Bas
Ekspres Semenanjung memang nolstagia bagiku. Dari zaman sekolah sampailah
zaman ‘seksa nak buat persediaan pergi luar negara', inilah bas yang tidak
pernah mengecewakan aku. Baik dari segi harga mahupun perkhidmatannya. Dan
tentunya lepas setahun di Australia, bas merah tetap menjadi pilihanku walaupun
di sana ‘Tram' telah menjadi kenderaan rasmiku.
Alhamdulillah alhaq... mengembalikan segala rasa syukur pada Dia Pemilik segala puja dan puji Dari kalam Allah... ” dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa Yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (Ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Yang menganiaya diri sendiri"(al anbiya : 87) dan satu lagi, kisah taubat yang termahsyur.. kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat Yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; Sesungguhnya Allah, Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani (al Baqarah:37)