Kepada para pengunjung BTi yang masih belum mendaftarkan diri, boleh berbuat demikian di sini
Hanya 2 Klik --- klik link di atas, dan register. Tak perlu confirmation email etc.
Hangatkan Forum BTi dengan perkongsian-perkongsian menarik anda :)
Fitrah
manusia ialah inkuiri yang sangat mendalam dan dengan akal, manusia
sentiasa tidak lari dengan berfikir apa-apa sahaja tanpa batasan. Hadirnya agama dan syumulnya agama tersebut dalam hati manusia akan
mengawal segala minda dan tingkah laku manusia. agama ini dibawa oleh
para rasul Allah Maha Pencipta manusia.
Kadang-kadang manusia
degil, keras kepala. tak nak guna minda yang waras. Mudah sangat taksub
dengan benda-benda pelik. Manusia inilah yang menjadi musuh agama
sebenarnya, sebab manusia yang tak ikut agama yang sebenar asalnya
daripada manusia jenis yang tersebut.
Keadaan di bumi sudah
tidak terkawal. perkara-perkara jahat mula berleluasa di muka bumi. Maka undang-undang berdasarkan akal pun dicipta. manusia dibezakan
berdasarkan ideologi. Kamu sekular? Kamu komunis?
Alah,
manusia mencipta undang-undang dengan akal. Maka manusia juga boleh
mempermainkan undang-undang dengan akal, kerana akal manusia kini sudah
tidak lagi dikawal ketat oleh agama yang syumul. kesan pun dah nampak. Kejahatan melampau, undang-undang akal diperketat. Kejahatan makin
melampau, kamera sana sini dipasang, nak kawal gerak-geri manusia. Kamera tengok takut. Allah tengok tak takut? kamera tu pun nanti
manusia boleh hack juga lah!
Hai,
Apakah yang muslim kini sibukkan sehingga mengabaikan agama yang syumul?
Apakah muslim kini lupa perjuangan nabi dan para sahabat?
Di manalah muslim kini letak iktibar sejarah-sejarah kejatuhan Islam?
Di manalah muslim kini sorok rasa dendam kesumat terhadap musuh-musuh Islam?
Di manalah nilai jihad muslim kini untuk mendaulatkan kembali Islam di dunia?
Di manalah kepekaan muslim kini dengan strategi musuh-musuh untuk mengawal Islam?
Pohonan daie. Lagak
bunyinya agak janggal. Bukanlah satu rekaan dengan tujuan ingin menyesatkan.
Hanya luahan perasaan dan sedikit perkongsian dari hati ini ingin melihat
kembali hati-hati insan lain kian mekar.
Pohonan daie.
Persis seorang daie itu lagaknya seperti satu pohon. Dengan gelagat dan
karakteristik umpama pohon, maka akan tumbuhlah hati-hati yang akan sentiasa
gusar dan memikirkan keadaan makhluk yang lain. Lihatlah persekitaranmu, pohonan
yang tegak menghiasi hijau-hijau isi bumi tidak pernah langsung apatah lagi
sedikit menyakiti makhluk2 lain. Pohon tetap tegak, tetap utuh berdiri sentiasa
berbakti pada makhluk duniawi. Udara segar sentiasa diberi tanpa diharap akan
balasan. Bukan setakat itu, segala-galanya dikorbankan. Namun, adakah insani
berfikir?
Imbauan titisan air yang menyayat dan menggunturkan ego hati. Kini aku sedari, bahkan kini aku lebih kenali erti hakiki titisan yang mengairi bumi sejati. Sumber yang dahulunya aku tidak endah, aku sekarang begitu hargai. Terasa begitu kontang diri, tandus dengan kealpaan duniawi yang begitu mengasyikkan. Kini ku harap hujan. Curahan air yang begitu nyaman. Kuingin agar hati ini disirami, biar kuyup, biar lencun, malah ku sebenarnya begitu mengharapkan agar ia diserapi tidak hanya megalir sedu berpegian tanpa ada tampak kesannya pada tanah bumi yang dilaluinya.
Hujan. Dambaan yang terasa sangat rindu akan bentur-bentur titisan. Walau hanya secebis gerimis sangat ku rintihkan padaMu. Tidak rela hati ini, tidak sanggup jiwa ini terasa begitu pedih tanpa adanya air yang akan sentiasa memberikan nyawa...
Mungkin
jauh dari kadar pancaindera dan upaya kita secara direct untuk mencari
sebarang kaitan antara kedua-dua mahkluk Allah ini. Mungkin pabila
terdengar sahaja, ada yang sudah merasa kelakar. Alkisah semut dan
beluncas bukan hanya sekadar lelucon yang menggeli hati. Diharapkan
dapat diraih dan dicerna sebaiknya supaya hadaman nanti bakal
membuahkan amal yang sukses dan insya Allah diberkati Ilahi.
Semut
dan beluncas. Nah, lontarkan sebentar imaginasi dan minda kita untuk
merantau jauh ke dalam lembah hutan. Di sana pasti akan kedapatan dan
kelihatan sibuk 2 makhluk Maha Pencipta yang sibuk mengurus dan
mengikut fitrah Ilahi. Kelihatan 2 jenis makhluk ini asyik dengan
amanah mereka mencari cicipan rezeki. Nun di atas sebuah pohon, tinggal
seekor beluncas yang sedang sibuk membuntal dan menggondel tubuhnya
yang sudah bulat itu dengan dedaun hijau yang segar. Tidak jauh dari
situ, sekawanan semut pula sibuk memantau makanan untuk dibawa segera
ke koloni. Kelibat beluncas oleh kumpulan semut menjadi hibur hati-hati
semut ini.
Menarik sungguh apabila kita melihat iklan-iklan yang mengambarkan keindahan dan keunikan tempat-tempat pelancongan bagi memenuhi ruang litup waktu cuti persekolahan kali ini. Terutama sekali bagi pelajar-pelajar Australia yang bercuti selama 3 bulan dalam musim panas. Kita terpesona dan asyik dengan merancang cuti-cuti bersama keluarga setelah agak lama tidak bersama. Terpulanglah pada kita untuk merancang cuti samada berjalan-jalan mahupun berada di rumah sahaja. Tapi adakah kita sedar bahawa kita juga mungkin terjerumus ke dalam kancah propaganda kekafiran dalam merancang cuti-cuti kita ini? Yang kita tidak sedari menusuk ke dalam kehidupan kita secara halus dan mengkhayalkan? Wah..Sungguh jauh pemikiran dari pekara yang dimaksudkan dengan “cuti” dengan “kafir”? Apa yang saya cuba saya sampaikan adalah, adakah anda sedar bahawa cuti-cuti yang diwar-warkan ini sedikit sebanyak membawa manusia lari dari realiti kehidupan?Mari kita ungkaikan pekara ini…