Kepada para pengunjung BTi yang masih belum mendaftarkan diri, boleh berbuat demikian di sini
Hanya 2 Klik --- klik link di atas, dan register. Tak perlu confirmation email etc.
Hangatkan Forum BTi dengan perkongsian-perkongsian menarik anda :)
Fitrah manusia adalah fitrah yang indah. Kelangsungan jiwanya dengan setiap makhluk yang lain bertitik tolak dari kemas dan teguhnya jiwa manusia itu berinteraksi dengan fitrah manusiawinya. Tidak dapat disangkal lagi satu fakta bahawa Islam diturunkan Allah s.w.t. untuk membelai dan melayani fitrah manusia, dalam pada masa yang sama, berada dalam sifat ubudiyah. Itulah indahnya Islam, dan begitulah cantiknya kehidupan kita di atas muka bumi ini. Mana-mana usaha untuk mengekang manusia dari fitrahnya, dari sifat manusiawinya yang luhur akan menyebabkan pemberontakan yang amat besar mudharatnya. Bahkan perjalanan dan kesinambungannya dengan makhluk lain, baik manusia lain mahupun alam wujud ini akan terjejas dan boleh jadi terbantut.
Alhamdulillah Allah telah memakbulkan doa kita dengan menyampaikan kita kepada Ramadhan
Tapi, kita hidup atau disampaikan kepada bulan Ramadhan, bukan petanda kita telah mendapat keberkatannya. Malah keberkatan ini perlu dicari, bukan didapati secara spontan atau automatik...Ada saja manusia yg dapat memasuki bulan Ramadhan, namun tak mendapat apa-apa...
"...barangsiapa yg telah diharamkan daripada kebaikannya, maka ia telah diharamkan"[hadis riwayat Ahmad]
One word but embellishes one’s mind with colours of faith and hope.One word but plays a euphonious melody to stir and wake the souls entrapped in the claws of taghut.
“Merdeka, merdeka, merdeka”-words of dignity, honour and glory ringing in our ears is the voice of Tunku Abdul Rahman with the mention of 31st August.
‘Mixing’ di sini merujuk kepada percampuran di antara lelaki
dan wanita di tempat-tempat awam kerana keperluan untuk menguruskan, menjalani
mahupun menyelesaikan urusan-urusan kehidupan. Ia merangkumi segala cara,
kaedah, dan metodologi yang menyampaikan maksud ini. ‘Mixing’ di sini merujuk kepada
‘borderline case’ yang mana boleh member manfaat dan mudarat bergantung kepada
pemahaman dan aplikasi di dalam kehidupan.
Di sini, persoalan-persoalan seperti ‘pre-marital
relationship’ tidak akan disentuh secara langsung memandangkan kebanyakkan kita
mengetahui akan prinsip mahupun hukum tentang masalah tersebut. Paling tidak,
kebanyakkan pihak mempunyai pemahaman yang agak jelas berkenaan perkara ini
berbanding ‘Mixing’. Hal ini jelas terbukti dengan wujudnya The ‘Mixing’
Phenomenon di kotak pemikiran sesetengah pihak yang terjadi secara disedari
mahupun tidak disedari oleh pihak berkenaan disebabkan tekanan persekitaran.
Kajian yang dibuat ini bukanlah untuk memperbesarkan symptom-simpton
permasalahan yang kecil mahupun memperkecilkan isu-isu besar. Jauh sekali untuk
provokasi dan seumpama dengannya. Namun tujuan kajian dibentangkan adalah untuk
menjana pemahaman dan pemikiran agar semua pihak dapat memahami sebab
berlakunya perkara ini dan tidak secara semberono mencapai kata putus dalam mengadili
perkara ini.