Kepada para pengunjung BTi yang masih belum mendaftarkan diri, boleh berbuat demikian di sini
Hanya 2 Klik --- klik link di atas, dan register. Tak perlu confirmation email etc.
Hangatkan Forum BTi dengan perkongsian-perkongsian menarik anda :)
Setiap dai'e perlu tahu ini. Ia perkara asas dalam menghampiri manusia dan dalam melaksanakan manhaj taghyir yang di bawa Hasan al-Banna, semuanya dari sirah Rasulullah s.a.w. yang mulia. Bukan semberono kita bertemu dan menyeru manusia. Dalam melalui situasi masyarakat yang pelbagai rupa, dai'e perlu jelas tentang jalan menongkah badai kebiasaan dan adat masyarakat. Satu isu yang perlu di beri perhatian adalah tingkap kita melihat lahan dan tribulasi da'wah, dan di mana hendak kita turunkan sauh agar dapat kita berlabuh di tempat yang terbaik.
Semoga warkah ini menemui ukhti dalam kondisi iman dan amal yang dipelihara Allah. Dipanjatkan setinggi-tinggi syukur kepadai Allah, lantaran masih mengizinkan pertemuan kita, tidak kira bagaimanapun kita bermula..denganpelbagai kisah dan cerita, masih kita terus setia bersama.
Jazakillah khair ukhti, atas warkah yg diutuskan kepada ana. Sungguh ana hargai perkongsian yg manis itu. Segala luahan rasa, ana yakin datang dari sekeping hati yang ikhlas ingin hidup dan mati dalam redha Allah jua.
Sesungguhnya manusia itu diciptakan dalam keadaan yang bersusah payah (90:4)
Nukilan ini berniat untuk membawa pembaca keluar dari kehidupan belajar yang tenang untuk menyelami sebuah kehidupan yang berlainan. Kehidupan yang dimana, bunyi tembak-menembak adalah perkara biasa dan syahid itu adalah kemuliaan dan sebahagian dari kehidupan.
Kecut perut? Hilang selera makan? Tidur tidak lena? HIlang fokus?
Ini merupakan simptom-simptom serangan examinitis yang selalunya
menyarang kawasan kota dan bandar-bandar besar di seluruh dunia.
Penyakit ini tidaklah begitu kronik jika mahu diukur dengan skala
kemanusian seperti mana yang dihadapi oleh sebahagian manusia di
Palestin, Darfur, Iraq, Filipina, Selatan Thailand dan banyak lagi.
Apatah lagi jika mahu dinilai dengan neraca Ilahi yang mana sesiapa
yang mengidapnya akan dirawat di bahagian pesakit luar. Namun setiap
yang kecil jika tidak disikapi dan dihadapi dengan cara yang sepatutnya
boleh mendatangkan kesan yang amat memudaratkan. Begitu juga dengan
penyakit examinitis ini. Malahan keaadaan pesakit akan bertambah buruk
sekiranya tidak menyedari akan terdapatnya penyakit ini pada dirinya
sepertimana keadaan manusia pada hari ini yang kebanyakkannya tidak
menyedari akan kesakitan yang mereka hadapi yang menyebabkan mereka
terus menerus berada di dalam kesengsaraan. Maka di sini disertakan
maklumat lanjut tentang examinitis dan cara menghadapinya.
Islam
meminta penganut-penganutnya sentiasa bersedia untuk mempertahankan agama suci
ini daripada ancaman musuh.
"Keluarlah beramai-ramai berperang
dalam semua keadaan, baik dalam keadaan ringan mahupun dalam keadaan berat. Dan
berjihadlah dengan harta benda dan jiwa ragamu untuk Sabilullah, kerana
perjuangan itu lebih baik kepada kamu jika kamu mengetahui." (at-Taubah:
41)
Perjuangan
mempertahankan agama boleh dilakukan dengan pelbagai bentuk sama ada melalui
harta benda, pemikiran, kebijaksanaan, kekuatan fizikal dan sebagainya. Allah
bakal memberikan ganjaran yang amat besar kepada umatnya yang berjuang
mempertahankan agama Islam.
Terdapat pelbagai
peringkat perjuangan yang boleh dilakukan. Antara peringkat-peringkat yang
praktikal ialah peringkat menentang hawa nafsu iaitu berjuang agar nafsu tunduk
untuk beramal, sabar menanggung kesusahan dan segala cabaran yang ditimbulkan
oleh nafsu itu sendiri. Peringkat lain pula ialah peringkat menentang gangguan
syaitan yang sentiasa menghasut dan memujuk manusia melakukan kejahatan.
Selain peringkat-peringkat tersebut di atas, peringkat lain ialah menentang
golongan kafir yang cuba menghapuskan ajaran Islam dari dunia ini. Terdapat
juga peringkat menentang golongan munafikin yang merupakan duri dalam daging
terhadap umat Islam kerana mereka menyorok dan menyembunyi dalam barisan umat
Islam untuk menghancurkan Islam.