Kepada para pengunjung BTi yang masih belum mendaftarkan diri, boleh berbuat demikian di sini
Hanya 2 Klik --- klik link di atas, dan register. Tak perlu confirmation email etc.
Hangatkan Forum BTi dengan perkongsian-perkongsian menarik anda :)
Setiap umat islam berperanan dalam mencorakkan perjuangan
hakikat yang sebenar dimana perjuangan tersebut menjurus kepada perjuangan suci
menegakkan agama yang semakin pudar dan semakin ditindas oleh golongan yang
kini berada di atas. Kita harus sedar dan perlu membuka mata kepada realiti
sebenar umat islam yang kian menjauh dari landasan agama, tidak cukup dengan
masalah sosial malah turut serta dalam memperjuangkan pekara-pekara yang tidak
sepatutnya bahkan perjuangan yang sendiri menghentam islam dari belakang.
Sudahlah umat islam ditekan oleh kuasa-kuasa luar yang tidak kenal henti masa,
bahkan umat islam sendiri lalai dan alpa kepada keseronokan dunia serta tidak
mengendahkan apa yang terjadi kepada umat islam diluar sana malahan tidak
mengendahkan apa yang terjadi kepada masyarakat sekeliling.
Terbaru, cerita
yang bertajuk “Fitna” yang diterbitkan oleh “Geert Wilders”, bukan sahaja dia
tidak faham apa ISLAM yang sebenar, malah turut menisbatkan islam sebagai satu
pekara yang boleh diperkotak katikkan dengan tipu daya. Apa peranan umat Islam?
Majoriti umat Islam sedar akan hakikat ini, tetapi kesedaran itu hanya
berkekalan selama 5 minit dengan luahan hati dan perasaan. Namun tindakan
seterusnya tidak mampu dilakukan akibat mereka sendiri tidak faham apa yang
mereka perjuangkan dan kurang nilai rabaniyyah bagi menegakkan agama Allah.
Bukan pekara itu yang cuba penulis sampaikan, namun
kesedaran tentang kefahaman kita terhadap perjuangan manhaj ini lebih
ditekankan. Kita sepatutnya faham mengapa kita perlu menegakkan agama Allah
ini. Seharusnya mengetahui kenapa jalan ini yang kita pilih, dan kenapa tidak
konsep-konsep lain seperti liberisma, sosoialisma, kapitalisma, dan lain-lain
yang kita tegakkan? Anda sudah dapat jawabannya?Jika belum mari kita telusuri
maksud sebenar penulisan Hazad-Deen ini.
Pohonan daie. Lagak
bunyinya agak janggal. Bukanlah satu rekaan dengan tujuan ingin menyesatkan.
Hanya luahan perasaan dan sedikit perkongsian dari hati ini ingin melihat
kembali hati-hati insan lain kian mekar.
Pohonan daie.
Persis seorang daie itu lagaknya seperti satu pohon. Dengan gelagat dan
karakteristik umpama pohon, maka akan tumbuhlah hati-hati yang akan sentiasa
gusar dan memikirkan keadaan makhluk yang lain. Lihatlah persekitaranmu, pohonan
yang tegak menghiasi hijau-hijau isi bumi tidak pernah langsung apatah lagi
sedikit menyakiti makhluk2 lain. Pohon tetap tegak, tetap utuh berdiri sentiasa
berbakti pada makhluk duniawi. Udara segar sentiasa diberi tanpa diharap akan
balasan. Bukan setakat itu, segala-galanya dikorbankan. Namun, adakah insani
berfikir?
Satu persoalan yang mungkin mudah
kita selesaikan.Kemungkinan kita akan
menjawab “sepuluh” bagi menyelesaikan masalah tersebut. Tetapi bukan persoalan
itu yang cuba penulis bangkitkan, malah pekara yang tersirat yang cuba
dicungkil disebalik persoalan yang begitu mudah. Perkataan ini menjadi
kebiasaan dalam tutur kata masyarakat malaysia dimana ia membawa maksud “sama”
atau “serupa” kepada sesuatu pekara. Dan sekali lagi, bukan dari sudut bahasa
yang cuba dibawa, malahdari sudut Islami
yang cuba diolah bagi menunjukkan sifat seseorang yang memimpin manusia kepada
kebaikan, namun hakikatnya beliau sendiri tidak memimpin kepada jalan yang
dibawanya. Kata-katanya mudah dilontar kepada orang ramai, tetapi hakikat
pengamalannya tidak kesampaian. Bagaimana? Adakah anda sudah faham apa yang
penulis ingin sampaikan?Jika tidak, mari kita menulusuri hakikat sebenar“Dua Kali Lima” ini.
Rasulullah s.a.w. telah masuk kerumahku, lalu aku tahu melalui wajahnya bahawa wahyu telah turun kepadanya. Baginda terus berwudhu' dan tidak bercakap dengan sesiapapun. Aku duduk di tepi dinding bilik untuk mendengar apa yang akan disabdakan oleh baginda. Baginda terus duduk di atas mimbar lalu memuji Allah dan bersabda: Wahai manusia! Sesungguhnya Allah berfirman kepada kamu semua:
"Suruhlah melakukan makruf dan laranglah daripada kemungkaran sebelum kamu berdoa kepada-Ku, tetapi Aku tidak memperkenankan doa kamu, sebelum kamu meminta kepada-Ku, tetapi Aku tidak menunaikan permintaan kamu, sebelum kamu meminta pertolongan kepada-Ku, tetapi Aku tidak menolong kamu."
Baginda tidak berkata lebih dari itu sehingga baginda turun dari mimbar.
Diriwayatkan oleh Ibn Majah dan Ibn Hibban dalam sahihnya.
Pernah
suatu ketika, seorang sahabat mendekati saya tika jiwa berkecamuk dengan
cabaran-cabaran yang mendatang. Tampak jelas saya seolah-olah tidak mampu untuk
berdiri teguh merentas hari-hari yang sarat dengan isu dan masalah. Sahabat
itu, dengan galak matanya dan senyuman manisnya menyapaku dengan tenang.
Ketenangan yang sudah agak asing bagi diri aku. Tidak banyak yang dilontarkan
dari bibir sahabat itu. Namun, kata-katanya masih terngiang-ngiang di telinga,
terpasak di minda dan mengakar di sanubari ini.
Saya masih
ingat persoalan yang dilemparkan olehnya. Persoalan yang diajukannya membuatkan
saya terpaku tanpa kata.
Ia
bertanya, apakah kekuatan yang mendorong kamu untuk beramal dan menyampaikan
risalah Allah?