|
Kali ini BTi membawakan khas untuk anda tips-tips menarik
untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Ikuti siri "Bersama Uncle Tips"
Assalamualaikum wbt. Kali ini Uncle akan berkongsikan tips
menarik untuk elakkan diri dari terjebak ke dalam kancah prokrastinasi (procrastination),
atau dalam bahasa Melayunya:
"hm, nanti jap la. Lepas ni kot aku buat insyaAllah"
"uh, susah nya benda ni. Malam nanti la kot start buat"
"eh, awal lagi ni, esok la start"
"leceh gak benda ni. Lagipun takde tenaga la sekarang. Tunggu
ada tenaga sikit la"
Hehe.. jangan risau. Uncle faham perasaan sahabat2 semua.
Ingat tak salah satu ciri-ciri fardi muslim (Individu Muslim) yang disebut oleh
As-syahid Imam Hasanul Banna?
M u n a a z h o m u n f i i s y u ' u u n i h i
T e r s u s u n U r u s a n n y a
Walaupun sikap suka bertangguh ni kebiasaannya berpunca dari
sifat MALAS, namun beberapa bisikan2 kecil dapat dikenal pasti yang mendokong
kemalasan kita.
Antaranya:
1.
Risau tak dapat selesaikan
tugas tu dan gagal
o Contoh: Kena call pegawai etc untuk uruskan hal2 tertentu.
o Bisikan: "ni tengah waktu lunch ni, dia mesti busynya. Lagipun
aku tak ‘bersedia' lagi la nak call"
2.
Takut apa yang kita buat
tak perfect
o
Contoh: Bangun
qiyamullail
o
Bisikan: "aduh.. tinggal
3 minit je nak subuh. Tidur balik la. Baik takyah qiyam 3 minit je nak masuk
subuh"
3.
Nanti terjadi sesuatu di
luar jangkaan - so baik buat lain kali
o Contoh: Ingin berkenalan dengan seorang sahabat
o
Bisikan: "Eh, boleh ke
aku sapa dia ni. Nanti dia kata aku ni menyibuk la pulak. Ah, takpe lah. Esok
boleh jumpa lagi."
Ok.
Cukup contoh setakat tu. Ini Tips nya.
1.
To Do List
·
Kalau sahabat2 belum ada,
maka adakanlah ia. Elok di catat. Kitakan orang bermatlamat. Matlamat perlu
sentiasa diperingatkan
·
Kalau dah ada, perbaiki To
Do List anda:
o
Jadikan ia sedetail
mungkin.
§ e.g. Hafal Quran VS Hafal 2 line dari Surah Al-Hasyr
2.
Mulakan dengan sesuatu yang
kita suka
·
Don't get me wrong here.
Kadang2 kita akan berada dalam state iman yang lemah. Maka di sini tips ini
boleh diaplikasi.
·
Contoh:
To Do List
[ ] Hari ni kena habiskan 5 page buku
sirah
[ ] Beli bawang, rumah dah abis bawang
Kalau takde mood nak beli bawang,
bacalah buku sirah dulu. *wink* hehe. Kalau nak terbalikkan contoh ni pun applicable
jugak.
3.
Paradigma anda - Ikhlaskan diri
·
Kalau rasa2 tugasan tu
panjang dan sukar utk diselesaikan. Betulkan mindset. Fikir tujuan kita buat. Kalau
gagal (e.g. contoh call pegawai di atas), Allah kan melihat usaha kita, bukan
hasilnya. Mengapa risau? J
4.
Limitkan masa!
·
Jika tugasan kelihatan panjang
juga, buat lah sikit2. Limitkan masa, 5 minit contohnya. Jika buat dalam masa 5
minit tapi tak siap. Ok stop! Ha. Ni lagi bagus daripada terasa panjang dan
terus tidur untuk "mengumpul tenaga". (Hehe. Maaf tapi Uncle suka guna phrase
ni)
5.
Jauhi perkara yang mampu
alih perhatian anda!
·
Excessive Surfing (internet
of course)
·
Excessive chatting (sama
ada di alam maya atau di alam realiti)
·
Berpindah tempat kalau anda
berada di keliling kawasan yang tidak menggalakkan anda menyiapkan tugasan
tersebut.
Ok. Uncle rasa setakat tu dulu. Ingat, ilmu untuk beramal.
Kalau sahabat2 ada sebarang komen atau apa2 tips lagi, jangan segan untuk
kongsikan bersama dalam komen di bawah J
Sehingga berjumpa lagi.
Semoga Allah beri kekuatan untuk beramal...
Recommend this article... Last update : 14-02-2008 09:33
|
wahhh
By: murtabakdaging (Registered ) on 17-04-2008 09:12
saya bercadan nak berubah dan tak nak bertangguh lagi
mulai dari sem depan
hehe ni pun dikira bertangguh ke?
» Report this comment to administrator
» Reply to this comment...