|
Tidaklah akan bergeser kaki
seseorang hamba di Hari Kiamat kelak sampai ia ditanya empat hal; tentang
usianya untuk apa dihabiskan, tentang masa mudanya untuk apa dipergunakan,
tentang harta dari mana di dapat dan untuk apa dinafkahkan dan tentang ilmu
untuk apa diamalkan.
Dari Muadz bin Jabbal; Riwayat
Al-Baihaqi
Saudariku
muslimah...
Selalu sudah hadith di atas hinggap
di telinga kita, sehingga mampu bibir berkumat kamit menutur saat ia dibacakan.
Namun seringkali kita meletakkan tentang
masa mudanya untuk apa dipergunakan hanya pada pemuda lelaki, melupakan
sang hawa yang tidak dapat tidak seutama lelaki juga. Sekali kali kita tidak
boleh meremehkan hal sang puteri, kerana pembicaraan soal awal hidup sang hawa
ini adalah pembicaraan nilai insani generasi akan dating. Sungguh masyarakat
tidak akan baik tanpa wanita-wanita yang baik kerana mereka adalah pembentuk
generasi.
"Sesungguhnya Aku
tidak menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik
laki-laki atau perempuan, (karena) sebagian kamu adalah turunan dari sebagian
yang lain"
Ali-Imran: 195
Sebagaimana lelaki berasal dari
lelaki dan perempuan, maka demikian pula halnya perempuan berasal dari lelaki
dan perempuan. Keduanya sama-sama manusia, tak ada kelebihan yang satu dari
yang lain tentang penilaian iman dan amalnya. Justeru itu, masing-masing di
antara mereka saling melengkapi satu sama lain.
Namun, pemandangan yang kita lihat
kini tidak langsung menggambarkan perhubungan yang sebaiknya berlaku melainkan
pada segelintir umat ini. Secara terjurus, wanita diterima menjadi suatu sumber
perdagangan yang diterima masyarakat. Daya tarikan wanita dieksploitasi oleh
golongan kapitalis tanpa had, digunapakai untuk memasarkan produk mereka. Namun
secara halusnya, ia menjamah pemikiran waras masyarakat sedikit demi sedikit
menjadikan kita masyarakat jahil. Tidak berhenti setakat di papan iklan, ke
mana sahaja kita pergi, wanita menjadi subjek utama, bukan dalam aspek
peningkatan jiwa dan nilai, tetapi pada keuntungan duniawi. Rancangan
televisyen hampir sahaja 100% menggunakan wanita dalam menarik perhatian
penonton. Tidakkah saudari tersentuh dengan keadaan yang menimpa golongan itu?
Perlu jelas bahawa kejelekan yang
timbul bukan hanya kerana eksploitasi yang dihadapi golongan wanita yang
rata-ratanya adalah puteri-puteri di awal 20-an. Ia juga menyangkut kebiadaban
masyarakat dalam menghadapi hukum-hukum dan syariat yang telah Allah tetapkan.
Kerana isu utama adalah isu aqidah yang menjadi dasar pada seseorang muslim.
Semakin hari semakin jauh dan semakin remeh masyarakat melihat keutamaan
syariat Allah. Selebihnya tidak meletakkan dengan benar nilai syahadah yang
dilafaz.
Wahai puteri-puteriku,
Perubahan yang menimpa golongan
kalian sekarang tidaklah berlaku dalam masa sekejap melainkan ia datang dari
usaha yang keras dan kejam oleh musuh-musuh Allah. Mereka berusaha membelenggu
kalian dalam lingkaran hawa nafsu dan tuntutan duniawi mereka. Sesungguhnya
setiap muslim perlu mengenali jalan yang mereka ambil dalam menjadikan kita
seperti ini. Kerana ikatan islam dalam umat itu terungkai satu persatu kerana
umat islam tidak tahu akan jahiliyyah. Seharusnya puteri-puteriku menanam
jatidiri yang tegas pada perkara usul dan pendirian dalam diri kalian, agar
kamu mampu berdiri walau seorang diri dengan panji islam tertegak dijulang
tinggi.
Kini di mana-mana saudari melihat
kaum hawa berjuang untuk menegakkan hak-hak mereka yang dirampas oleh
masyarakat. Mereka terpaksa berjuang dengan jiwa yang meronta-ronta, sedang
sokongannya hanya dari segelintir manusia yang waras dan simpati. Perjuangan
mereka menuntut penghormatan, kesama rataan , perlindungan dan pelbagai lagi
dari masyarakat yang dhaif dari nilai-nilai asasi kemanusiaan. Hendaknya
saudari memahami keadaan mereka dan menanam semangat untuk membantu mereka
dengan fikrah islam yang saudari miliki. Perjuangan yang mereka tatang adalah
suatu cabang dari perjuangan saudari sekelian. Sesungguhnya saudari, jika
benar, sedang berjuang menegakkan kalimah laa ilaha illallah sepertimana yang
dilakukan oleh puteri-puteri islam terdahulu, syumul dalam aspek yang
dijuangkan, tekad dengan taqwa dan keimanan dan berjihad sehabis mampu demi
perjuangan ini. Saudari-saudari yang ikhlas meletakkan Allah sebagai matlamat,
akan membuka pintu kebebasan yang sebenarnya buat mereka, memberi cahaya
kehidupan yang baru kepada mereka dengan iman dan islam yang sahih.
bersambung...
Recommend this article... Last update : 13-02-2008 14:26
|
izin
By: syazana (Guest ) on 27-04-2008 01:35
minta izin untuk copy letak di blog ana
credit to BTi
» Report this comment to administrator
» Reply to this comment...