Tips Tsabat PDF Print
 

By Akhnor, on 15-02-2008 10:43

Views : 2682    

Favoured : 79

Published in : Artikel dan Karya, Qudwah


 

Persoalan tsabat ini bukanlah sesuatu yang baru diperkatakan, lebih-lebih lagi bagi para daie. Saya rasa berpuluh, mungkin beratus buku telahpun menceritakan tentang isu tsabat. Maka ini jelas menunjukkan betapa besarnya isu tsabat, dan betapa kritikalnya isu ini sehingga ianya perlu diulang berkali-kali sebagai peringatan.

Seperti Uncle Tips, saya juga suka untuk berkongsi sedikit Tips, untuk tsabat dalam dakwah dan perjuangan kerana Allah s.w.t. Namun tips ini bukan dari saya sebenarnya (Saya tak sehebat Uncle Tips :D ), tetapi saya ambil dari buah fikiran seorang insan yang telahpun berpuluh-puluh tahun berjuang dalam dakwah ini, yang masih kekal dalam usaha mendidik manusia supaya menjadi seorang Muslim yang hakiki pada aspek jiwanya, tubuh badannya, dan tindak-tanduknya.Ini tidak dapat tidak, merupakan pati kepada usaha untuk menegakkan agama Allah s.w.t ini.

Sheikh Tal'at Muhammad Shinawi, kini berusia dalam lingkungan 78/79 tahun. Mula menggabungkan diri dalam gagasan dakwah Ikhwanul Muslimin sejak umurnya 15 tahun. Sempat dengan pelbagai mehnah dan tribulasi dalam dakwah Ikhwan pada tahun 60-an, apabila Syed Qutb dan ramai lagi Ikhwan diseksa dan akhirnya digantung. Pernah dipenjara berulangkali oleh rejim pemerintah Mesir, dengan jumlah 18 tahun kesemuanya. Berjuang sejak Mursyid Am Ikhwan yang ke-2, Hassan Hudaibi, sehinggalah yang terkini, Mahdi Akif. Semoga Allah memberkati hidup beliau, dan menjauhkan beliau dari sebarang fitnah dalam hidupnya sebagai seorang pendakwah.

Seorang pernah bertanya kepada beliau, "Bagaimana kau mampu untuk Tsabat di jalan dakwah?"

Dikisahkan, beliau senyap beberapa detik, kemudian memulakan jawapannya:-

•   Yang pertama sekali, Tsabat ini, ialah daripada Allah s.w.t. Kita tidak ada kemampuan untuk memastikan kita Tsabat, melainkan Allah lah yang memilih siapa di kalangan manusia yang ingin dikekalkan di jalan dakwah ini. Maka, daie perlu berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t, dan mengharapkan rahmat Allah s.w.t agar terus kekal dalam iman dan islam, serta kekal dalam dakwah ini.

•   Sebaik-baik makhluk yang tsabat ialah Malaikat. Mereka ini (malaikat) tidak pernah gagal dalam kepatuhan kepada Allah s.w.t. Mereka sujud apabila disuruh, rukuk apabila disuruh, dan apa sahaja perintah Allah s.w.t, tidak mampu mereka ingkari, malah tidak sedikitpun terlalai dari apa sahaja suruhan Allah.

Bagi manusia, kita bukan Malaikat, namun ada darjat-darjat manusia yang Allah s.w.t letakkan, agar kita mengejarnya, dan menjadi sebaik-baik manusia. Ini ditandakan berulangkali dalam al-Quran, apabila Allah menandakan kecintaan dan kebersamaanNya kepada golongan-golongan tertentu dari kalangan manusia. Contohnya:-

ان الله مع الصابرين

(Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar)

ان الله لا يحب المسرفين

 (Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang membazir)

Dan pelbagai lagi ayat seumpama ini, yang kita boleh lihat sendiri di dalam al-Quran. Maka inilah ciri-ciri manusia yang kita mesti mujahadah ke arah mencapainya. Kita berusaha dengan segigihnya untuk menerapkan nilai-nilai tersebut dalam diri kita. Dan ini semua adalah semata-mata untuk kita mendapatkan redha dan kecintaan Allah s.w.t, agar Dia memilih kita sebagai salah seorang yang kekal berjuang demiNya.

•  Faham. Iaitu memahami apakah Dakwah,tujuannya, hakikatnya, tabiat thoriq, marhalahnya,matlamatnya, cabaran yang akan datang, agar kita tahu dengan jelas apa yang kita sedang dan akan kita lakukan.

Ini cukup penting, kerana apabila mehnah berlaku, kita akan tabah menghadapinya kerana kita telahpun memahami tujuan kita perlu menghadapinya, dan kita telah faham dengan jelas tujuan kita berdakwah. Mengetahui tabiat thoriq ini dengan memahami sirah Rasulullah s.a.w dan para sahabat, meneliti apa yang telah mereka lakukan, cabaran yang mereka hadapi, kerana sunnah thoriq ini akan sentiasa sama seperti mana dilalui oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat serta mereka yang menyusuli.

•   Akhir sekali, serahkanlah segalanya kepada Allah s.w.t. Sebagai seorang hamba, kita beriman sepenuhnya dengan kalimah لا حول ولا قوة الا بالله. Maka berpegang teguhlah dengan maksudnya, dan lafazkannya dengan penuh perasaan. Lafazkannnya dengan penuh rasa rendah diri dan cukup mengharap kekuatan dari Allah s.w.t, meyakini bahawa tiada kekuatan yang datang kepada kita untuk menghadapi apa sahaja, melainkan ianya datang dari Allah s.w.t sendiri.

Itu sahajalah yang saya mampu kumpulkan. Semoga menjadi manfaat kepada mereka yang ingin berusaha menyebarkan risalah Islam kepada semua ummat manusia. Agar tiada lagi perhambaan sesama manusia, dan agar semua manusia merasai keadilan Islam, keindahannya, dan kemanisan hidup dalam praktik Islam yang hakiki.

Semoga Allah merahmati mereka yang sentiasa meletakkan Allah s.w.t sebagai matlamat akhir, tidak melencong sedikit pun dari itu, dan sentiasa mengharap cinta dan redha Allah s.w.t. Semoga Allah memberi petunjuk kepada semua pendakwah, agar mengembalikan segala strategi, matlamat, dan hala tuju perjuangan dakwah kepada Allah s.w.t sahaja.

oleh:AkhNor (blueseca85)

AkhNor

Recommend this article...


Last update : 15-02-2008 22:28

   
Quote this article in website
Favoured
Related articles

Users' Comments  RSS feed comment
 

Average user rating

   (0 vote)

 

Display 8 of 8 comments

ayuh terus thabat di jalanNyA

By: ghuraba (Guest ) on 03-04-2008 14:41

YA MUQALLIBAN QULUB THABIT QULUB 'ALA DINIK WA'ALA THO'ATIK WA'ALA THORIQID DAKWATIK... terus kuat melaui liku-liku sekolah kehidupan ini....

 

» Report this comment to administrator

» Reply to this comment...

tsabat

By: aeisyah bakr (Guest ) on 28-03-2008 17:37

betulkan niat kita... 
 
InsyaALlah.. kita akan dapat ape yang niatkan.. 
 
berdoa selalu..

 

» Report this comment to administrator

» Reply to this comment...

tsabat&istiqomah.....

By: hati_cerdik (Guest ) on 19-02-2008 08:51

2 ungkapan yg xserupa tp lebih kurag SAMA... 
contoh terbaik Nabi saw& rasul2 yg telah diutus sebelumnya..lihat,renungi sirah mereka..ADAKAH MEREKA TSABAT&ISTIQOMAH TANPA DITIMPA APA-APA UJIAN???? sahabat radiallahuanhum& salaf as-soleh juga diuji utk m'jadikan mereka tsabat&istiqomah...BAGAIMANA DGN KITA?? 
firmanNya " (Dialah Tuhan) yang menjadikan mati&hidup utk menguji kamu ( manusia) siapakah di antara kamu yg paling baik amalannya" (al-Mulk)

 

» Report this comment to administrator

» Reply to this comment...

tsabat=Istiqamah

By: zafryhalim (Guest ) on 18-02-2008 04:59

Ibn Taimiyah berkata: Sebesar-besar Karomah(keramat bak kata org Melayu) itu ialah Istiqamah 
 
Memang susah.Tapi kita ada pilihan ke? :)

 

» Report this comment to administrator

» Reply to this comment...

ketsabatan

By: ameersyuhada (Guest ) on 17-02-2008 18:03

tsabat...sukarnya.

 

» Report this comment to administrator

» Reply to this comment...

tsabat itu...

By: ibad (Guest ) on 16-02-2008 14:31

al_mufikir: tsabat ni maksudnya tetap dan teguh.  
e.g. Wa yutsabbit aqdaamakum. Allah kata dalam Al-Quran akan diteguhkan tapak kaki mu.

 

» Report this comment to administrator

» Reply to this comment...

=)

By: al_mufikir (Registered ) on 16-02-2008 11:04

jazakaallah 
Tsabat ni ape ye, ana kurg jelas...

 

» Report this comment to administrator

» Reply to this comment...

positive~!

By: ibn ismail (Registered ) on 16-02-2008 05:59

ana sangat2 bersetuju dgn keseluruhan artikel ini. tsabat merupakan isu dalaman yg hanya boleh dibajai antara seorg hamba dgn Penciptanya. ia juga berkait rapat dgn keikhlasan yg boleh diulas dgn panjang lebar lagi. tp kita boleh amat disarankan utk berusaha ke arah tersebut dan berdoa dgn ayat 8 surah Ali Imraan (Bukan dgn ayat ini shj, sekadar keratan utk amalan kita semua, ayat2 lain pon blh juga.. :) )

 

» Report this comment to administrator

» Reply to this comment...

Display 8 of 8 comments



Add your comment
Name
E-mail
Title  
 
Comment
   Notify me of follow-up comments
  Mathguard security question:
42G         YD8      
  P    9    B J   XOW
KI7   QS8   SWT      
  8    O      Y   KM9
EP2         H1H      
   
   



mXcomment 1.0.6 © 2007-2008 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved
Advertisement
Latest in Forum BTi
TopicsByCategoryDate
Re:Tentang pressure dan tekananIslam sufiwanitaPerkongsian Pengalaman06-09-08 20:14
Re:erti sebuah RamadhanIslam sufiwanitaBicara Akhawat06-09-08 19:46
erti sebuah RamadhansrikandIslamBicara Akhawat06-09-08 09:18
Re:Bulan RamadhanIslam sufiwanitaBicara Ikhwah06-09-08 06:53
Re:Bulan Ramadhanemir.hamizanBicara Ikhwah05-09-08 15:25

BTi Nasyid

Hamas Nasheed

BTi Polls

Adakah anda mempunyai blog sendiri?
 

BTi Statistics

Visits today: 1
Visits yesterday: 92
Visits month: 501
Visits total: 37243
Max.daily visits: 385
  occurred: 2008-3-27
Max.monthly visits: 7073
  occurred: 2008-5
Pages total: 253884
Data since: 2008-02-12

BTi Visitors

Totals Top 10
 25 % Malaysia (9546)
 21 % Australia (7733)
 15 % United States (5622)
 5 % Brunei Darussalam (1831)
 4 % Egypt (1620)
 3 % Indonesia (1222)
 3 % United Kingdom (984)
 2 % Korea, Republic of (820)
 2 % Germany (599)
 < 1.0 % Russian Federation (529)
37243 pelawat dari 137 negara

Buku-Buku Pilihan

BTi Members Online

No users online

BTi Registered Members

387 registered
2 today
0 yesterday
2 this week
5 this month
Last: middleage008 offline

Artikel "Most Commented"

Dimana Allah dalam k
 komen oleh: "Islam sufiwanit" -- (11 comments)
Bersama Uncle Tips -
 komen oleh: "murtabakdaging" -- (8 comments)
Jangan Merajuk Wahai
 komen oleh: "Islam sufiwanit" -- (8 comments)
Tips Tsabat
 komen oleh: "ghuraba" -- (8 comments)
Tentang 'kita'
 komen oleh: "Islam sufiwanit" -- (7 comments)