|
Hidayah merupakan suatu kurniaan dan nikmat
yang amat berharga dikurniakan Allah SWT kepada hamba-hamba yang
dikehendaki-Nya. Sebagai seorang mukmin dan muslim yang berusaha sedaya upaya
untuk meraih redha Allah SWT, saat hidayah Allah hadir menolak diri untuk
beramal, tidak dapat tidak ia merupakan suatu saat yang tersangat indah.
Bersyukur dan hargailah hidayah yang datang menyapa di celah-celah kehidupan
kita.
Semalam kita mampu berpuasa, bangun dan bersolat malam,
bersedekah dan cergas dengan aktiviti-aktiviti dakwah. Namun di suatu saat yang
lain kita terbaring dan termangu sambil iman meronta dan merayu kekuatan dari
Allah SWT untuk terus bangkit beramal.
Seorang muslim pastilah bersuka cita kerana mendapat taufik dan
hidayah yang diimpikan-Nya, lalu memohon kepada-Nya agar semua amalan diterima
di sisi-Nya, serta tidak ujub pada diri sendiri.
Ikhwah yang dikasihi Allah sekalian,
Waspadailah sifat ujub pada ketaatan diri sendiri dan janganlah terpedaya.
Kerana kita sendiri tidak tahu; adakah amal-amal kita diterima oleh-Nya atau
tidak. Boleh jadi masih ada cacat dan cela, dan tidak mustahil pula masih
disinggahi sigat riya', tidak ikhlas, dan ujub. Ketahuilah, sesungguhnya sifat
ujub itu membinasakan dan merosak ketaatan. Kerana itu, Ali r.a. berkata,
"Keburukan yang membuatmu sakit lebih baik dari kebaikan
yang membuatmu ujub."
Menurut Ibnu Atha'illah dalam Hikmah,
"Barangkali
Allah membukakan pintu ketaatan bagi Anda. Tetapi, belum tentu Dia juga
membukakan pintu penerimaan amal-amal Anda. Di sisi lain, Anda juga mungkin
ditakdirkan berlaku maksiat, tetapi kemaksiatan tersebut malah membuat Anda
mencapai-Nya. Maksiat yang mewariskan kesedaran akan kehinaan dan kepedihan
hati masih lebih baik daripada kebajikan yang disertai ujub dan kesombongan."
Contoh dari kebajikan yang disertai ujub dan kesombongan: selesai berbuat
kebajikan Anda berkata, "Siapa yang boleh menandingiku? Aku berpuasa dan bangun
malam. Aku solat tarawikh dan solat malam. Aku bersedeqah dan member makan
orang yang berpuasa."
Wahai orang yang malang, yakinkah Anda bahawa semua ini
diterima di sisi Allah SWT?
Dikisahkan beberapa orang soleh yang pada satu ketika sedang
berada di sisi seorang Syaikh yang sakit dan sedang sakaratul maut. Mereka
mendapati Syaikh tersebut menangis. Timbullah tanda tanya, "Mengapa Anda menangis?
Bukankah Allah telah memberikan taufik-Nya pada Anda untuk beramal soleh?
Berapa banyak solat, puasa, sedeqah, haji, dan umrah yang Anda kerjakan?"
Syakih tersebut menjawab, "Allah SWT berfirman, "Sesungguhnya Allah hanya
menerima ibadah (korban) dari orang-orang yang bertakwa". Siapa yang
menjamin aku termasuk bahagian dari mereka?"
Kerana itu, Anda harus bahagia tika mana Allah SWT memberikan
taufik-Nya. Tetapi, jangan ujub! Takut dan waspadailah makar Allah. Abu Bakar
As-Shiddiq r.a. berkata,
"Demi Allah, aku tiada merasa aman dari makar Allah,
sekalipun salah satu kakiku berada di syurga."
Seorang mukmin akan selalu
memperhatikan kehidupan akhirat, berharap rahmat Tuhan, dan takut akan adzab-Nya.
Maka, ia senantiasa berada di antara raja' (pengharapan) dan khauf (takut),
sebanyak apa pun amal yang telah ditunaikan.
Wallahu'alam
Olahan dan petikan dari hasil tulisan Syaikh Yusuf Al-Qardhawi
Recommend this article... Last update : 18-02-2008 17:49
|
ya allah
By: batupahat87 (Registered ) on 10-05-2008 03:12
» Report this comment to administrator
» Reply to this comment...