Being back in Malaysia, i am frequently exposed to television and its contents(of course, watching a swithed-off TV will make people think you are crazy). Thus, i can't avoid my thoughts from wandering, as an effect of the Malaysian TV contents.
Federal Election is coming soon. As a neutral observer, i would be glad to share my opinions on certain issues. I am not eligible for voting since i am not registered yet.
Anyway few days back i watched the news, and the topic that came into my interest is about how young Party-Members are now being fronted to be Parliament Seat contestants. As one of the Parties leadership was quoted saying "This year we will line-up young contestants, but of course this young members are only those who understands the ideology of the party"
Apa yang menarik perhatian saya ialah, bagaimana pemimpin Parti tersebut meletakkan calon-calon muda ini sebagai "mereka yang memahami ideology parti". Jadi sudah pasti, demi sesuatu perjuangan, seseorang itu mesti memahami lebih dahulu apa yang diperjuangkan.
Islam adalah agama kita. And we can't avoid ourselves from being Muslim. A Parliament Candidate is a member of a Political Party, thus we, as a Muslim are indeed a member of a ‘Huge Organization called Islam". Persoalan di sini ialah, sebagai seorang yang beriman dengan Allah s.w.t, sejauh manakan kita memahami ideology pasukan kita iaitu Islam? Seandainya kita mahu berusaha agar keluarga kita, rakan-rakan kita semuanya terdidik dengan akhlak islam, apakah kita telah terlebih dahulu memahami isi kandungan ideologi Islam itu? Hatta sebagai ahli pasukan Islam sejak lahir lagi, apakah kita telah memahami apa yang diperjuangkan oleh agama kita?
Atau adakah kita sekadar sebagai pak turut yang mengangkat bendera Islam apabila orang lain mengangkat bendera Islam? Sama seperti apabila orang mengangkat bendera Party Politik, maka ahlinya pun sama melaungkan slogan dan mengangkat bendera, tanpa memahami apa yang ada di sebalik bendera tersebut.
Maka seorang ahli Parti perlu memahami dan menghadamkan Visi dan Misi Parti, Objektif Parti, dan Cara Kerja Parti untuk layak digelar Wakil Parti. Begitu juga seorang Muslim perlu memahami dan menghadamkan Visi dan Misi Islam, Objektif Islam diturunkan, Cara Kerja seorang Islam sebelum layak digelar Wakil Islam (Muslim).
Kita memang Wakil Islam kerana Nabi s.a.w bersabda "Setiap kamu ialah Pemimpin, dan setiap kamu akan ditanya tentang kepimpinannya"
Oleh sebab itu (3 titik dalam Add Maths),
Setiap Muslim = Pemimpin
Pemimpin = Faham sebaiknya isi dan hala tuju organisasi yg dipimpin
Organisasi seorang Muslim = Islam
Maka, Setiap Muslim = Perlu faham Islam dengan sebaiknya.
Bagaimana?
Sekadar cetusan idea, mungkin rumus di atas perlukan pembetulan atau kajian mendalam.
N/B: Rumus di atas bukan di keluarkan oleh Einstein.
Wallahu'alam.
Norzafry Norhalim
http://zafryhalim.wordpress.com
Recommend this article... Last update : 21-02-2008 10:46
|