JA slide show
 

Hanya 2 Klik!

Kepada para pengunjung BTi yang masih belum mendaftarkan diri, boleh berbuat demikian di sini
Hanya 2 Klik --- klik link di atas, dan register. Tak perlu confirmation email etc.

Hangatkan Forum BTi dengan perkongsian-perkongsian menarik anda :) 

 
Home arrow Artikel dan Karya arrow Motivasi Islami arrow Bersama Uncle Tips - #2 Anda Harus Menyampaikannya, tapi Bagaimana?
Bersama Uncle Tips - #2 Anda Harus Menyampaikannya, tapi Bagaimana? PDF Print
 

By Uncle Tips, on 26-02-2008 08:41

Views : 900    

Favoured : 64

Published in : Artikel dan Karya, Motivasi Islami

uncletips1final.jpgBayangkan situasi berikut berlaku kepada anda...

Anda telah dipanggil/dipilih untuk berdiri di hadapan sekumpulan manusia, dan anda pun memulakan percakapan anda:

 

 

 

 

 

"...dan kita..emm.. hendaklah..emm.. memastikan semua.. em..."

"...muda-mudi sekarang ni, kalau kita tengok-en, memang sangat terpengaruh dengan budaya barat-en, sebab tu-en, kita kena berusaha-en..."

"...hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian-------------(senyap)---------------------------(lost)"

"ok kita tengok point pertama ya, ...hendaklah memastikan iman sentiasa segar, kemudian? Point kedua hendaklah terus istiqamah, dan.. kalau kita perhatikan slide ni betul2, point ketiga ni paling penting. Iaitu apa? Ok boleh baca kat slide ni.."

 

Situasi di atas seringkali kita lihat bukan?Kali ni Uncle nak berkongsikan dengan sahabat2 semua tips2 presentation. Presentation berbeza dengan perbualan dan sembang2 harian kita:

  • Audience kita lebih bertumpu,
  • Ada sedikit formaliti.
  • Kita ada waktu untuk bersedia dan prepare
  • Kebiasaannya menggunakan slide (powerpoint dan yang sewaktu dengannya)

Penting ke skill presentation?

Tidak kira di alam persekolahan, di Universiti, atau di alam pekerjaan, tidak dapat tidak kita akan terlibat dengan sesi presentation. Sebagai seorang muslim, anda pasti akan memikul tanggungjawab untuk menyampaikan kefahaman islam yang telah anda garap kepada sejumlah manusia dalam bentuk presentation. Paling tidak, keterlibatan kita dengan presentation untuk projek2 di sekolah, projek tahun akhir Universiti atau pembentangan laporan di tempat kerja, semuanya memerlukan skill presentation.

Tips Presentation

Mulakan dengan menarik perhatian

Sang pendengar harus dipikat hati seawal sesi bermula. Gunakan gimik, cerita-cerita menarik, dan gambar untuk membuat pendengar berfikir dan exercise minda mereka. Biarkan mereka tertanya-tanya supaya mereka akan mengambil perhatian sepanjang sesi untuk mencari jawapan kepada persoalan.

Tahu Siapa di hadapan Anda

Put yourselves in their shoes...

"Bercakaplah dengan orang ramai mengikut pengetahuan mereka , adakah kamu suka Allah dan RasulNya didustakan."

-Saidina Ali bin Abi Talib-

Pilihlah perkataan anda

Perkataan yang baik dan tepat amat penting untuk menyampaikan maksud anda. Jangan terperangkap dengan perkataan yang banyak. Sesetengah orang menganggap lebih banyak dan lama kita bercakap, lebih banyak maksud dapat disampaikan. Tak semestinya.

16_125.JPG

Elakkan "Em..", "..-en", "cam"

...dan banyak lagi. Perkataan berulang yang tidak perlu harus sedayanya dielakkan atau sekurang-kurangnya diminimakan. Tidak dapat tidak ia memerlukan latihan yang berpanjangan. Don't Fear the Silence. Anda memerlukan beberapa noktah dalam percakapan anda. Senyap seketika lebih baik dari "em," "...-en" yang berulang-ulang. Perhatikan perbualan harian anda jika anda telah membiasakan pengunaan kata-kata ini, maka elok jika diusaha untuk dikurangkan.

Pelbagaikan medium

Uncle rasa dengan kecanggihan teknologi sekarang, apalah salahnya kita manipulasi dan pergunakan sebaiknya. Orang Quraisy di zaman Mekah dulu sangat hebat dengan syair-syair mereka. Kita juga ada syair. Video, Flash, Gambar2, puisi, trivias, dan yang sewaktu dengannya perlu dimanfaatkan. Boleh hilangkan kebosanan, kita pun boleh rilek dan review apa yang telah kita sampaikan sementara tu.

Latihan dan Ulangan

Bagi yang punya masa dan waktu (semuanya punya waktu bukan? :D), latihan boleh dilakukan. Bagi yang sudah develop skill bercakapnya, biasakan latihan juga. Ini amat penting bagi mereka yang menyampaikan suatu topik masih belum dikuasainya.

Penuh Semangat

Simply said, jika anda bersemangat, pendengar juga akan turut bersemangat. Yakin dengan apa yang anda sampaikan. Set in mind yang setiap perkara perlu difahami oleh pendengar anda.

Eye Contact

Mudah tetapi seringkali kurang diberi perhatian. Jika anda prihatin, dan sayang pada mereka, maka lihatlah mereka. Tetapi lain pula kesnya dalam jika ini berlaku antara kaum ajnabi. Yang rasa2 tidak perlu boleh diminimakan. Cukuplah sekadarnya.

Maaf - perlu atau tidak?

Sewaktu sesi, elakkan daripada meminta maaf dan merendah diri atas sesi yang kurang memuaskan. Kadangkala secara tidak sedar kita menjadikan ia (meminta maaf) sebagai alasan kepada kekurangan dalam persembahan. Sedikit sebanyak keyakinan pendengar adalah bergantung kepada keyakinan kita juga. Namun, jika melakukan kesalahan, perlulah meminta maaf dan tidak berpura-pura tahu sesuatu yang tidak tahu.

Jadi sekarang bagaimana?Sudahkah anda bersedia?

Jika anda ada juga ada tips, kongsikan bersama kami di ruangan komen :)

 Sehingga berjumpa lagi. Salam Ukhuwwah dari Uncle :)

Recommend this article...

Last update : 26-02-2008 09:03

   
Quote this article in website
Favoured
Related articles

Users' Comments  RSS feed comment
 

Average user rating

   (2 votes)

 

Display 4 of 4 comments

cakap laju sangat..

By: wardah (Registered ) on 06-03-2008 10:48

salam.. 
ana suka sangat wat presentation (klu dh ready lah).. 
cz ana jenis yg suka b'cakap.. 
masalahnya..kdg2 ana b'cakap t'lalu laju cz exited + nernous sgt.. 
ssh jgk nk elak'n..dh terbiasa...

 

» Report this comment to administrator

» Reply to this comment...

keyakinan

By: ibn ismail (Registered ) on 27-02-2008 01:36

jazakallahu khair atas tips2 yg praktikal.  
 
ana nak tambah sikit ye, kebanyakan daie nih boleh present, but when it comes to the crowd terus jd blur...tambah2 lagi content yg ingin disampaikan adalah berkisar ttg perihal agama; kalau bola mungkin lagi laju kot... :p  
 
ala kulli hal....sama2 la kita improve skill menyampaikan nih...

 

» Report this comment to administrator

» Reply to this comment...

tips

By: al_mufikir (Registered ) on 27-02-2008 01:35

jazakaallah uncle! 
Nk tambah tips boleh? Hehe.. 
1)Jangan kejar isi! Kadang2 presenter ade time constraint, tp kita kene ingat, kita mahu bagi orang faham bkn bg org tahu. 
2)Elak olah lama2, sbb kdg2 terlebih olah, org jadi bosan dan point seterusnya tidak kesampaian 
3)Ambil contoh semasa moga dapat ukir senyuman..

 

» Report this comment to administrator

» Reply to this comment...

tips presentation

By: ibad (Registered ) on 27-02-2008 00:54

saya ada satu tips yang biasa kita dengar: 
- elakkan membaca slide 
- tidak terlalu meleret 
- banyakkan cerita dan anecdotes 
 
dan juga tips yang tak biasa kita dengar 
- masa antara satu slide dan slide seterusnya perlu divariasikan - pace change 
- certain time banyakkan slide untuk satu main point, dan minimakan masa untuk satu slide tu. (for example, instead of 10 point dalam satu slide. make it 10 point dalam 10 slide, dan slide terakhir review point kembali)

 

» Report this comment to administrator

» Reply to this comment...

Display 4 of 4 comments



Add your comment
Name
E-mail
Title  
 
Comment
   Notify me of follow-up comments
  Mathguard security question:
D27         QTT      
  Y    X      R   EXS
JIL   724   3QP      
8      X    8     Q7G
I3F         JH5      
   
   



mXcomment 1.0.6 © 2007-2008 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved
< Prev   Next >
Advertisement
Adakah Anda Meminati Sejarah?

User Login

Latest in Forum BTi
TopicsByCategoryDate
Re:Muhammad Ar RasyidmuadzmzBicara Buku18-11-08 09:38
rasa, merasa, perasaan...jom bincangsrikandIslamBicara Akhawat16-11-08 23:12
Re:tahu ayat, tetapi lupa rujukan?musafir_msfzLink Menarik14-11-08 04:12
Re:Muhammad Ar RasyidsenikehidupanBicara Buku30-10-08 06:20
Re:Muhammad Ar RasyidibnuyazidBicara Buku27-10-08 17:44

BTi Nasyid

Hamas Nasheed

BTi Polls

Adakah anda mempunyai blog sendiri?
 

BTi Statistics

Visits today: 62
Visits yesterday: 144
Visits month: 2964
Visits total: 43439
Max.daily visits: 385
  occurred: 2008-3-27
Max.monthly visits: 7073
  occurred: 2008-5
Pages total: 330050
Data since: 2008-02-12

BTi Visitors

Totals Top 10
 26 % Malaysia (11416)
 21 % Australia (8974)
 15 % United States (6753)
 4 % Brunei Darussalam (1897)
 4 % Egypt (1813)
 3 % Indonesia (1468)
 3 % United Kingdom (1196)
 2 % Korea, Republic of (909)
 < 1.0 % Germany (635)
 < 1.0 % Ireland (603)
43439 pelawat dari 141 negara

Buku-Buku Pilihan

BTi Members Online

No users online
Guests: 3

BTi Registered Members

447 registered
0 today
0 yesterday
8 this week
43 this month
Last: man offline

Artikel "Most Commented"

Dimana Allah dalam k
 komen oleh: "Islam sufiwanit" -- (11 comments)
Bersama Uncle Tips -
 komen oleh: "murtabakdaging" -- (8 comments)
Jangan Merajuk Wahai
 komen oleh: "Islam sufiwanit" -- (8 comments)
Tips Tsabat
 komen oleh: "ghuraba" -- (8 comments)
Tentang 'kita'
 komen oleh: "Islam sufiwanit" -- (7 comments)