|
Bayangkan situasi berikut berlaku kepada anda...
Anda telah dipanggil/dipilih untuk berdiri di hadapan
sekumpulan manusia, dan anda pun memulakan percakapan anda:
"...dan kita..emm.. hendaklah..emm.. memastikan semua.. em..."
"...muda-mudi sekarang ni, kalau kita tengok-en, memang sangat
terpengaruh dengan budaya barat-en, sebab tu-en, kita kena berusaha-en..."
"...hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian-------------(senyap)---------------------------(lost)"
"ok kita tengok point pertama ya, ...hendaklah memastikan iman
sentiasa segar, kemudian? Point kedua hendaklah terus istiqamah, dan.. kalau
kita perhatikan slide ni betul2, point ketiga ni paling penting. Iaitu apa? Ok boleh
baca kat slide ni.."
Situasi di atas seringkali kita lihat bukan?Kali ni Uncle
nak berkongsikan dengan sahabat2 semua tips2 presentation. Presentation berbeza
dengan perbualan dan sembang2 harian kita:
- Audience kita lebih
bertumpu,
- Ada sedikit formaliti.
- Kita ada waktu untuk
bersedia dan prepare
- Kebiasaannya menggunakan
slide (powerpoint dan yang sewaktu dengannya)
Penting ke skill
presentation?
Tidak kira di alam persekolahan, di Universiti, atau di alam
pekerjaan, tidak dapat tidak kita akan terlibat dengan sesi presentation.
Sebagai seorang muslim, anda pasti akan memikul tanggungjawab untuk
menyampaikan kefahaman islam yang telah anda garap kepada sejumlah manusia
dalam bentuk presentation. Paling tidak, keterlibatan kita dengan presentation
untuk projek2 di sekolah, projek tahun akhir Universiti atau pembentangan
laporan di tempat kerja, semuanya memerlukan skill presentation.
Tips Presentation
Mulakan dengan menarik perhatian
Sang pendengar harus dipikat hati seawal sesi bermula.
Gunakan gimik, cerita-cerita menarik, dan gambar untuk membuat pendengar
berfikir dan exercise minda mereka. Biarkan mereka tertanya-tanya supaya mereka
akan mengambil perhatian sepanjang sesi untuk mencari jawapan kepada persoalan.
Tahu Siapa di hadapan Anda
Put yourselves in their shoes...
"Bercakaplah dengan orang ramai mengikut pengetahuan
mereka , adakah kamu suka Allah dan RasulNya didustakan."
-Saidina Ali bin Abi
Talib-
Pilihlah perkataan anda
Perkataan yang baik dan tepat amat penting untuk
menyampaikan maksud anda. Jangan terperangkap dengan perkataan yang banyak.
Sesetengah orang menganggap lebih banyak dan lama kita bercakap, lebih banyak
maksud dapat disampaikan. Tak semestinya.

Elakkan "Em..", "..-en", "cam"
...dan banyak lagi. Perkataan berulang yang tidak perlu harus
sedayanya dielakkan atau sekurang-kurangnya diminimakan. Tidak dapat tidak ia
memerlukan latihan yang berpanjangan. Don't Fear the Silence. Anda memerlukan
beberapa noktah dalam percakapan anda. Senyap seketika lebih baik dari "em," "...-en"
yang berulang-ulang. Perhatikan perbualan harian anda jika anda telah
membiasakan pengunaan kata-kata ini, maka elok jika diusaha untuk dikurangkan.
Pelbagaikan medium
Uncle rasa dengan kecanggihan teknologi sekarang, apalah
salahnya kita manipulasi dan pergunakan sebaiknya. Orang Quraisy di zaman Mekah
dulu sangat hebat dengan syair-syair mereka. Kita juga ada syair. Video, Flash,
Gambar2, puisi, trivias, dan yang sewaktu dengannya perlu dimanfaatkan. Boleh
hilangkan kebosanan, kita pun boleh rilek dan review apa yang telah kita
sampaikan sementara tu.
Latihan dan Ulangan
Bagi yang punya masa dan waktu (semuanya punya waktu bukan?
:D), latihan boleh dilakukan. Bagi yang sudah develop skill bercakapnya,
biasakan latihan juga. Ini amat penting bagi mereka yang menyampaikan suatu
topik masih belum dikuasainya.
Penuh Semangat
Simply said, jika anda bersemangat, pendengar juga akan
turut bersemangat. Yakin dengan apa yang anda sampaikan. Set in mind yang setiap
perkara perlu difahami oleh pendengar anda.
Eye Contact
Mudah tetapi seringkali kurang diberi perhatian. Jika anda
prihatin, dan sayang pada mereka, maka lihatlah mereka. Tetapi lain pula kesnya
dalam jika ini berlaku antara kaum ajnabi. Yang rasa2 tidak perlu boleh
diminimakan. Cukuplah sekadarnya.
Maaf - perlu atau tidak?
Sewaktu sesi, elakkan daripada meminta maaf dan merendah
diri atas sesi yang kurang memuaskan. Kadangkala secara tidak sedar kita
menjadikan ia (meminta maaf) sebagai alasan kepada kekurangan dalam persembahan.
Sedikit sebanyak keyakinan pendengar adalah bergantung kepada keyakinan kita
juga. Namun, jika melakukan kesalahan, perlulah meminta maaf dan tidak berpura-pura
tahu sesuatu yang tidak tahu.
Jadi sekarang bagaimana?Sudahkah anda bersedia?
Jika anda ada juga ada tips, kongsikan bersama kami di ruangan komen :)
Sehingga berjumpa lagi. Salam Ukhuwwah dari Uncle :)
Recommend this article... Last update : 26-02-2008 09:03
|
cakap laju sangat..
By: wardah (Registered ) on 06-03-2008 10:48
ana suka sangat wat presentation (klu dh ready lah)..
cz ana jenis yg suka b'cakap..
masalahnya..kdg2 ana b'cakap t'lalu laju cz exited + nernous sgt..
ssh jgk nk elak'n..dh terbiasa...
» Report this comment to administrator
» Reply to this comment...