Hakikat Yang Dilupai... PDF Print
 

By al-mufikir, on 26-02-2008 19:34

Views : 904    

Favoured : 51

Published in : Artikel dan Karya, Fikrah

struggleTeringat ketika sedang asyik memandu menuju ke negeri Canberra, seorang akh bertanya kepada  akh yang lain mengenai Hakikat Islam. Pada ketika itu, puas juga akh tersebut cuba memansuhkan tanda tanya tersebut. Alhamdullilah mampu juga beliau menguraikan persoalan itu setelah beberapa ketika walaupun ungkapannya tidak penuh berisi, tetapi masih tetap dalam kategori lulus.

Jadi kita bagaimana?Apakah yang kita dapat gambarkan apabila kita diterjah mengenai soalan berkaitan hakikat islam?Mampukah kita mendefinasikan makna sebenar perjalanan Islam itu sendiri? Bagaimana aturcara yang dinamakan Islam itu? Bagaimana pula maksud sebenar agama yang diturunkan Allah swt melalui rasul-rasul hingga kepada Nabi Muhammad s.a.w? Penulis ingin membawa kembali pekara ini ke medan karangan dengan olahan tersendiri, di bawah rujukan Hazad Deen(Hakikat Islam Yang Dilupai) karya Sayyid Qutb.

IANYA SATU MANHAJ UNTUK MANUSIA

Manusia lalai dan leka dalam mengenali erti sebenar perjalanan Islam yang diturunkan kepada rasul-rasul terdahulu yang menyebabkan mereka sangsi terhadap Islam. Sudahlah mereka kurang faham terhadap Islam, lalu begitu mudah mereka menuduh Islam sebagai punca kemerosotan. Ada sebahagian kita sering meletakkan penyampaian dan pengamalan Islam ini hanyalah tugas untuk Para Nabi dan Rasul sahaja. Dan kelangsungan daripada itu mereka menganggap Islam sendiri akan beranak pinak dari segi penganutnya serta kefahamannya kerana mereka meletakkan Islam itu dijanjikan akan menang oleh Allah swt tanpa usaha dari golongan manusia itu sendiri. Tidak!

Ada juga sebahagian yang meletakkan Islam bergerak hanya untuk ikon-ikon Islam sahaja dimana mereka menisbatkan Islam hanya perlu dibawa oleh Ulama-ulama, Ustaz-ustazah, Pemimpin-pemimpin, Hafiz-Hafizah, serta golongan-golongan yang berkaitan dengan agama sahaja. Tidak!

Kefahaman-kefahaman ini menyebabkan arus perdana Islam itu terbelenggu oleh penganutnya sendiri dimana mereka tidak tahu arah Islam yang sebenar. Mereka sering keliru tentang Islam itu sendiri. Mereka meletakkan dasar perjuangan agama itu hanya pada orang tertentu sahaja dan mereka hanya melakukan ibadah sendiri serta mencari isi perut sendiri tanpa rasa tanggungjawab terhadap Islam.

Agama ini adalah manhaj kurniaan Illahi untuk manusia, dimana ia akan bergerak dengan usaha dan dalam lingkungan kemampuan manusia itu sendiri. Kebanyakkan manusia menunggu sesuatu yang luar biasa atau magik daripada Allah swt tanpa usaha mereka sendiri. Dimana mereka banyak mengharap daripada berusaha, dan ada juga yang hanya menunggu masa saat kemenangan sahaja. Manhaj ini atau Sistem Kehidupan Ini (Islam) tidak pernah terasing  atau lalai daripada fitrah manusia, dan jika diusaha dengan bersungguh-sungguh akan dapat melangkaui mana-mana manhaj buatan manusia seperti komunisme, kapitalisme dan sebagainya.  Ini kerana, manhaj Islam itu sendiri sesuai dengan fitrah manusia dan lebih baik dari pekara yang dibuat-buat oleh manhaj-manhaj yang lain. Sebagai contoh sebelum kedatangan Islam, perhambaan adalah salah satu pekara yang menjadi lumrah duniawi ketika itu. Namun, setelah kedatangan Islam, manusia mula sedar bahawa tiada manusia yang berlainan taraf walau dipisahkan hanya kerana warna kulit mahupun keturunan dsb.

Lihatlah, bagaimana sesuainya manhaj ini dengan sanubari jiwa yang dipanggil manusia.

Mengapa Allah swt tidak sahaja memenangkan umat Islam?Kenapa  perlu dibiarkan Islam bergantung kepada kemampuan manusia? Kenapa masih ada kekalahan? Kenapa ada kemenangan?

Bukan bermaksud Allah swt  itu lemah, bahkan Allah mampu merubah alam ini untuk menjadi lebih baik. Namun Allah swt ingin petunjuk itu terhasil dari usaha dan keinginan manusia dimana ia a akan bergantung kepada usaha yang dicurahkan kepada manusia. Manhaj ini adalah untuk manusia, dan seharusnya manusia berusaha kea rah itu bukan mengharap belas kasihan dari orang lain.

 Manhaj ini adalah satu program untuk manusia dimana manusia itu sendiri yang akan melaksanakannya tetapi dengan keizinan Allah swt. Kita tidak dapat lari dari ketentuan Allah swt, namun bukankah Al-Quran telah menerangkan bahawa orang yang berusaha akan dapat apa yang diusahakan, InsyaAllah. Manhaj ini bukan seperti peredaran planet dan bulan yang telah ditentukan perjalanannya, namun ia perlu kepada segolongan manusia yang membawa Sistem Islam ini dengan yakin, beramal dengannya, dengan usaha dan keringat yang termampu, membawa manusia lain ke dalamnya, serta berjihad sepenuhya dengan segala apa yang mampu.  Sudahkah kita lupa tentang peperangan Uhud? Dimana tentera muslimin menuruni bukit setelah kepincangan tentera musyrikin? Bukankah mereka lupa tentang Hakikat Islam ini yang mereka menganggap mereka akan menang walau apa pun jua? Namun Allah swt mengajar mereka erti Islam itu melalui peristiwa yang membuka mata mereka dimana ramai yang syahid dan Rasulullah saw cedera.

Untuk terus  melangkah membawa panji-panji Islam di dalam alam waqi yang semakin kusut ini, kita harus terus bermujahadah dengan bencikan kebatilan dan mujahadah memindahkan manusia dari alam batil kepada kebenaran. Hakikat Iman dan kehidupan manusia tidak akan terbuka ufuqnya tanpa mujahadah dan melalui kepenatan, kerana peringkat awal rosaknya jiwa adalah kerana banyak berehat dan tiada kerja. Kita mampu membentuk saf-saf yang utuh dengan mujahada atas dasar membedakan golongan yang pemalas, munafik mahupun penipu. Setiap manusia yang kuat bermujahadah akan sabar dalam segala apa mehnah(dugaan)  yang menimpa walaupun mehnah itu datang dari kecuaian mereka sendiri, namun ia adalah unsur positif bagi membentuk pengajaran, penapisan, dan pembersihan saf dan jiwa.

Ingatlah, ini bukan bermakna Allah swt tiada kuasa, bahkan Dia Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu. Peganglah bahawa Islam itu untuk manusia, kemenangan atau kekalahan, naik atau jatuh, gemilang atau mundur adalah berdasarkan usaha manusia itu sendiri dengan keizinan Allah swt.  Allahuakhbar!!

InsyaAllah akan bersambung...

Recommend this article...

Last update : 27-02-2008 05:51

   
Quote this article in website
Favoured
Related articles

Users' Comments  RSS feed comment
 

Average user rating

   (0 vote)

 

Display 1 of 1 comments

mujahadah

By: ibad (Guest ) on 27-02-2008 21:45

Quote
...Hakikat Iman dan kehidupan manusia tidak akan terbuka ufuqnya tanpa mujahadah dan melalui kepenatan, kerana peringkat awal rosaknya jiwa adalah kerana banyak berehat dan tiada kerja..
 
 
semoga Allah beri kekuatan pada sahabat2 semua insyaAllah.

 

» Report this comment to administrator

» Reply to this comment...

Display 1 of 1 comments



Add your comment
Name
E-mail
Title  
 
Comment
   Notify me of follow-up comments
  Mathguard security question:
8           XST      
R 9    4    T     8YP
BYO   2LE   JSX      
  3    9    H 6   RAX
  7         SCJ      
   
   



mXcomment 1.0.6 © 2007-2008 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved
< Prev   Next >
Advertisement
Latest in Forum BTi
TopicsByCategoryDate
Re:Muhammad Ar RasyidmuadzmzBicara Buku18-11-08 09:38
rasa, merasa, perasaan...jom bincangsrikandIslamBicara Akhawat16-11-08 23:12
Re:tahu ayat, tetapi lupa rujukan?musafir_msfzLink Menarik14-11-08 04:12
Re:Muhammad Ar RasyidsenikehidupanBicara Buku30-10-08 06:20
Re:Muhammad Ar RasyidibnuyazidBicara Buku27-10-08 17:44

BTi Nasyid

Hamas Nasheed

BTi Polls

Adakah anda mempunyai blog sendiri?
 

BTi Statistics

Visits today: 66
Visits yesterday: 144
Visits month: 2968
Visits total: 43443
Max.daily visits: 385
  occurred: 2008-3-27
Max.monthly visits: 7073
  occurred: 2008-5
Pages total: 330211
Data since: 2008-02-12

BTi Visitors

Totals Top 10
 26 % Malaysia (11418)
 21 % Australia (8974)
 15 % United States (6755)
 4 % Brunei Darussalam (1897)
 4 % Egypt (1813)
 3 % Indonesia (1468)
 3 % United Kingdom (1196)
 2 % Korea, Republic of (909)
 < 1.0 % Germany (635)
 < 1.0 % Ireland (603)
43443 pelawat dari 141 negara

Buku-Buku Pilihan

BTi Members Online

No users online

BTi Registered Members

447 registered
0 today
0 yesterday
8 this week
43 this month
Last: man offline

Artikel "Most Commented"

Dimana Allah dalam k
 komen oleh: "Islam sufiwanit" -- (11 comments)
Bersama Uncle Tips -
 komen oleh: "murtabakdaging" -- (8 comments)
Jangan Merajuk Wahai
 komen oleh: "Islam sufiwanit" -- (8 comments)
Tips Tsabat
 komen oleh: "ghuraba" -- (8 comments)
Tentang 'kita'
 komen oleh: "Islam sufiwanit" -- (7 comments)