|
Sebaik sahaja selesai membaca topik di atas, tindakbalas kimia yang reaktif telah berlaku di otak kalian semua yang rata-ratanya diterjemahkan dalam beberapa bentuk jawapan. Izinkan aku menduganya kerana setahuku hasil dari proses yang sama adalah sama atau tidak-tidaknya mempunyai beberapa persamaan yang jelas yang menggambarkan identiti sistem yang membentuknya;
- Errm macam pernah dengar! tapi tak ingatlah....Mukjizat la kot
- Ala! semua orang tahu....cara baca, kandungannya, cara penurunannya malahan penemuan saintifik pun ade
- Apa agaknya yang ditulis seterusnya
Kalian telah punya jawapan? Sudah atau tidak itu persoalan yang kedua kerana pertamanya aku ingin berkongsi pemahamanku tentang pembacaanku mengenai matlamat penurunan surah, kaitan antara nama surah dan matlamatnya dan kaitan antara susunan surah di dalam al-quran. Tiada lagi keraguan bahawa ini semua bukanlah suatu kebetulan atau penyusunan yang membuta tuli yang selepas dikaji dan diteliti mengandungi hikmah. Namun ianya lebih dari itu. Rentetan dari kesedaran inilah, maka aku berkongsi rasa bertanggungjawab bersama karyawan asal walaupun mungkin hanya sekelumit dari sebanjaran gunung untuk mengungkapkan kepentingannya. Tetapi itu hanya sedikit! yang berikut adalah lebih besar;
- Yang punya penguasaaan bahasa arab punya masalah
- untuk memahami objektif surah,
malahan merasakan ketidakselarian makna ayat-ayat suci al-quran yang
dibaca
- kalau difahami sekalipun,
sukar sekali mengetahui kaitan antara ayat-ayat berturutan
- Ini turut meyebabkan,
seakan-akan ayat-ayat di dalam surah yang sama tidap punya objektif yang
menunjangi pembicaraan surah dan seterusnya menjelaskan perkaitan antara
mereka
Bagaimana pula kita yang punya sedikit
pengetahuan dan penguasaaan bahasa arab? Tentunya lebih teruk
permasalahannya. Maka tidak hairanlah kadangkala perasaan bosan, kering
hati dan pelbagai lagi rasa negatif yang tidak sepatutnya hadir
menghantui kita sewaktu bersama al-quran. Apalagi yang tinggal untuk
kita selain mendalami penyelesaian yang ada dan meletakkan usaha untuk
mengatasi permasalahan ini. Tidak tahu bagaimana? Jangan khuatir! Just stay tune~ Selepas mengalami sendiri dan turut menyaksikannya dialami oleh
sebahagian dari kita, mungkin melalui usaha perbincangan ini yang
disusuli dengan kajian persendirian yang lebih mendalam akan
mengungkapkan hikmah yang telah hilang dari kebanyakkan individu muslim
terutamanya generasi muda seperti aku dan kamu.
Recommend this article... Last update : 27-02-2008 06:23
|
|
|
Users' Comments  |
|
Average user rating
(0 vote)
|
|
Add your comment
|
al quran kesayanganku
By: al_mufikir (Registered ) on 27-02-2008 22:28
moga Allah membuka hati kita utk nilai sebenar &mksd sbnr kandungn al-quran...
» Report this comment to administrator
» Reply to this comment...