Dua Kali Lima PDF Print
 

By al_mufikir, on 11-03-2008 08:43

Views : 952    

Favoured : 52

Published in : Artikel dan Karya, Tazkirah

Satu persoalan yang mungkin mudah kita selesaikan.  Kemungkinan kita akan menjawab “sepuluh” bagi menyelesaikan masalah tersebut. Tetapi bukan persoalan itu yang cuba penulis bangkitkan, malah pekara yang tersirat yang cuba dicungkil disebalik persoalan yang begitu mudah. Perkataan ini menjadi kebiasaan dalam tutur kata masyarakat malaysia dimana ia membawa maksud “sama” atau “serupa” kepada sesuatu pekara. Dan sekali lagi, bukan dari sudut bahasa yang cuba dibawa, malah  dari sudut Islami yang cuba diolah bagi menunjukkan sifat seseorang yang memimpin manusia kepada kebaikan, namun hakikatnya beliau sendiri tidak memimpin kepada jalan yang dibawanya. Kata-katanya mudah dilontar kepada orang ramai, tetapi hakikat pengamalannya tidak kesampaian. Bagaimana? Adakah anda sudah faham apa yang penulis ingin sampaikan?Jika tidak, mari kita menulusuri hakikat sebenar  “Dua Kali Lima” ini.

Kita yakin dan bersemangat menasihati manusia, yang mungkin kita tafsirkan sebagai kawan, keluarga, mahupun orang yang tidak kita kenal selama ini. Kita mengamalkan, amal makruf nahi mungkar yang telah lama bersemadi dalam sanubari kita. Kita menganggap pekara ini hanyalah teguran kepada manusia lain, namun kita lupa “amal makruf nahi mungkar” adalah satu ajakan yang bermula dengan diri kita, dan kemudian kepada manusia yang lain. Dengan mudah kita lontarkan kata-kata menasihati sebahagian manusia yang melakukan kemaksiatan, tapi disebalik pintu yang tertutup dari pandangan manusia, kita pula melakukakan pekara yang mungkar. Tidakkah kita faham tentang hadis nabi ini:-

Rasulullah saw bersabda “Saya akan beritahukan kepada kalian suatu kaum dari kalangan umatku. Mereka datang pada hari kiamat dengan kebaikan sebesar gunung.  Namun Allah menjadikan kebaikan tersebut seperti debu yang berterbangan.” Tsauban berkata, Ya Rasulullah! Terangkan sifat-sifat mereka pada kami, sehingga kami tidak termasuk dari golongan mereka, sedangkan kami  tidak menyadarinya. Rasulullah saw bersabda “Mereka adalah saudara kalian, dari kalangan kalian pula. Mereka mengisi waktu malam dengan beribadah, seperti yang kalian biasa lakukakan. Namun mereka jika sedang bersendirian dan mempunyai kesempatan melakukakan perbuatan haram, maka mereka melakukannya”(HR Ibnu Majah)

Bukankah jelas maksud hadith tersebut? Sepatutnya kita lebih peka dalam hal ini, dan tidak sesekali termasuk dalam golongan yang dimaksudkan tadi. Baiklah, mungkin tidaklah sehingga kepada kemaksiatan, namun ada juga apa yang kita nasihatkan  tidak kita amalkan sendiri. Sebagai contoh masa. Kita menyeru setiap orang menepati masa, namun hakikatnya kita yang melanggar seruan itu tadi. Ini adalah salah satu keburukan tatasusila yang tidak sepatutnya berada di dalam peribadi seseorang muslim.

Jika kita menasihat seseorang kita sepatutnya melakukakan pekara yang kita nasihati, dan setidak-tidaknya kita bersama-sama menasihati diri kita dahulu. Bukanlah bermaksud kita tidak boleh menegur mahupun menasihat, tetapi biarlah perbuatan itu kita hadam terlebih dahulu dan tersemat dalam hati. Seperti yang dikata oleh Shahru bin Hausyab seorang Tabi’in “Apabila seseorang lelaki berbicara kepada satu kaum, maka sesungguhnya bicaranya itu berkesan dihati kaum itu mengikut kedudukan kata itu dalam hatinya”. Iaitu apa yang dimaksudkan, sejauh mana nasihat seseorang itu berkesan ke atas seorang individu yang lain, adalah berdasarkan pengamalannya yang akan tersurat dari lubuk hatinya semasa berkata-kata.

Bukan sahaja kata-kata dapat menasihati manusia, malah melalui perbuatan atau sifat mampu memberi kesan yang mendalam ke atas orang yang dinasihati. Seperti kata Imam Syafie, “ Barangsiapa menasihati saudaranya melalui perbuatannya, dia adalah pemberi petunjuk”. Kita mulakan dengan diri kita dan seterusnya orang lain. Maka itu akan lebih berkesan dan mampu menarik individu yang kita nasihati. Banyak contoh yang kita dapat ambil dari generasi-generasi terbaik dahulu, dimana mereka mendahului dengan perbuatan mereka bagi menasihati manusia. Sehinggakan Rasulullah saw mampu mengislamkan seseorang dengan hanya qudhuwah yang diterampilkan.

Jadi kita bagaimana? Adakah kita golongan “Dua Kali Lima” itu atau pun golongan yang hanya diam, tetapi mampu memberi impak yang lebih mendalam kepada seseorang individu?  Penulis dengan ini menasihati diri sendiri serta saudara-saudari sekalian untuk menasihati diri, mengamalkan nasihat yang diberi, berjaga-jaga dalam pertuturan dan Istiqamah dalam pengamalan seharian. Jangan biarkan tenaga terbazir melalui kata-kata sahaja seperti  yang diungkapkan Malik bin Dinar, “Seseorang alim itu apabila tidak beramal dengan ilmunya, nasihatnya akan tergelincir dari hati pendengar sebagaimana tergelincirnya titisan embun dari batu yang licin”. Ayuh, tingkatkan akhlak kita! InsyaAllah, moga Allah meringankan beban kita.Wsalam

Nota: Maaf saya terlambat!Sealed

Rujukan: Al-Muntalaq  wa Bangkitlah!

Recommend this article...

Last update : 31-03-2008 05:14

   
Quote this article in website
Favoured
Related articles

Users' Comments  RSS feed comment
 

Average user rating

   (0 vote)

 


Add your comment
Name
E-mail
Title  
 
Comment
   Notify me of follow-up comments
  Mathguard security question:
MA7         J        
  Q    R    S 6   Y2M
QXY   4I2   KRJ      
G      U      7   IKH
6MD           N      
   
   

No comment posted



mXcomment 1.0.6 © 2007-2008 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved
< Prev   Next >
Advertisement
Latest in Forum BTi
TopicsByCategoryDate
Re:Muhammad Ar RasyidmuadzmzBicara Buku18-11-08 09:38
rasa, merasa, perasaan...jom bincangsrikandIslamBicara Akhawat16-11-08 23:12
Re:tahu ayat, tetapi lupa rujukan?musafir_msfzLink Menarik14-11-08 04:12
Re:Muhammad Ar RasyidsenikehidupanBicara Buku30-10-08 06:20
Re:Muhammad Ar RasyidibnuyazidBicara Buku27-10-08 17:44

BTi Nasyid

Hamas Nasheed

BTi Polls

Adakah anda mempunyai blog sendiri?
 

BTi Statistics

Visits today: 65
Visits yesterday: 144
Visits month: 2967
Visits total: 43442
Max.daily visits: 385
  occurred: 2008-3-27
Max.monthly visits: 7073
  occurred: 2008-5
Pages total: 330191
Data since: 2008-02-12

BTi Visitors

Totals Top 10
 26 % Malaysia (11418)
 21 % Australia (8974)
 15 % United States (6754)
 4 % Brunei Darussalam (1897)
 4 % Egypt (1813)
 3 % Indonesia (1468)
 3 % United Kingdom (1196)
 2 % Korea, Republic of (909)
 < 1.0 % Germany (635)
 < 1.0 % Ireland (603)
43442 pelawat dari 141 negara

Buku-Buku Pilihan

BTi Members Online

No users online

BTi Registered Members

447 registered
0 today
0 yesterday
8 this week
43 this month
Last: man offline

Artikel "Most Commented"

Dimana Allah dalam k
 komen oleh: "Islam sufiwanit" -- (11 comments)
Bersama Uncle Tips -
 komen oleh: "murtabakdaging" -- (8 comments)
Jangan Merajuk Wahai
 komen oleh: "Islam sufiwanit" -- (8 comments)
Tips Tsabat
 komen oleh: "ghuraba" -- (8 comments)
Tentang 'kita'
 komen oleh: "Islam sufiwanit" -- (7 comments)