|
IANYA SATU MANHAJ YANG UNIK
Setiap umat islam berperanan dalam mencorakkan perjuangan
hakikat yang sebenar dimana perjuangan tersebut menjurus kepada perjuangan suci
menegakkan agama yang semakin pudar dan semakin ditindas oleh golongan yang
kini berada di atas. Kita harus sedar dan perlu membuka mata kepada realiti
sebenar umat islam yang kian menjauh dari landasan agama, tidak cukup dengan
masalah sosial malah turut serta dalam memperjuangkan pekara-pekara yang tidak
sepatutnya bahkan perjuangan yang sendiri menghentam islam dari belakang.
Sudahlah umat islam ditekan oleh kuasa-kuasa luar yang tidak kenal henti masa,
bahkan umat islam sendiri lalai dan alpa kepada keseronokan dunia serta tidak
mengendahkan apa yang terjadi kepada umat islam diluar sana malahan tidak
mengendahkan apa yang terjadi kepada masyarakat sekeliling.
Terbaru, cerita
yang bertajuk “Fitna” yang diterbitkan oleh “Geert Wilders”, bukan sahaja dia
tidak faham apa ISLAM yang sebenar, malah turut menisbatkan islam sebagai satu
pekara yang boleh diperkotak katikkan dengan tipu daya. Apa peranan umat Islam?
Majoriti umat Islam sedar akan hakikat ini, tetapi kesedaran itu hanya
berkekalan selama 5 minit dengan luahan hati dan perasaan. Namun tindakan
seterusnya tidak mampu dilakukan akibat mereka sendiri tidak faham apa yang
mereka perjuangkan dan kurang nilai rabaniyyah bagi menegakkan agama Allah.
Bukan pekara itu yang cuba penulis sampaikan, namun
kesedaran tentang kefahaman kita terhadap perjuangan manhaj ini lebih
ditekankan. Kita sepatutnya faham mengapa kita perlu menegakkan agama Allah
ini. Seharusnya mengetahui kenapa jalan ini yang kita pilih, dan kenapa tidak
konsep-konsep lain seperti liberisma, sosoialisma, kapitalisma, dan lain-lain
yang kita tegakkan? Anda sudah dapat jawabannya?Jika belum mari kita telusuri
maksud sebenar penulisan Hazad-Deen ini.
HAKIKAT ISLAM YANG DILUPAI PART II
Ada beberapa pekara yang perlu ditimbal kembali tentang
perjuangan kita ini, dimana kita akan mengetahui mengapa seharusnya manhaj ini
ditegakkan. Jadi persoalan yang timbul adalah, kenapa kita perlu menegakkan ia?
- Kita mengucap dua kali syahadah yang menjadi
bukti kita bersumpah dan bersaksi yang Tiada tuhan disembah melainkan Allah swt
dan kita juga bersaksi bahawa nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Apakah
kesinambungan syahadah ini dengan manhaj Islam yang kita perlu tegakkan? Dengan
syahadah ini, kita menjawab persoalan di atas dengan menyatakan diri kita ini
layak dipanggil Islam, layak dipanggil Hamba Allah, layak dipanggil Umat
Muhammad. Kita mengiktiraf Allah swt sebagai Tuhan alam ini yang menggubal
manhaj serta berkuasa dalam segala sesuatu kehidupan manusia bahkan berkuasa
penuh di dunia ini. Jadi, manhaj ini perlu ditegakkan atas dasar kita mahu
membuktikan syahadah yang telah kita ungkapkan dengan kata-kata serta pengakuan
penuh dari hati. Kita telah mengaku segala kekuasaan adalah milik Tuhan yang
Esa dimana kita menempelak kuasa-kuasa lain di atas muka bumi ini. Kita
bersistemkan dengan sistem yang diatur oleh illahi bukan diatur oleh manusia
sejagat.
- Kita percaya terhadap manhaj ini yang mampu
merubah dan membebaskan manusia dari segala bentuk perhambaan terutama
perhambaan terhadap sesama makhluk. Yahudi dan Kristian mempertuhankan pendita
mereka. Malah agama lain juga turut memperhambakan sesama makhluk. Jadi manhaj
ini memperjuangkan bahawa tiadanya unsur perhambaan sesama makhluk mahupun perhambaan
materialistik bahkan kita mengajak
manusia untuk memperhambakan kepada Allah swt Tuhan yang satu. Kita tidak mahu mempertuhankan sesama makhluk
bahkan kita mahu menjauhinya. Kita tidak mahu mempertuhankan harta benda kerana
ia merosakkan kita dan semuanya hanyalah sementara. Kita menegakkan manha ini
supaya umat manusia tunduk dan patuh pada tujuan asal mereka di dunia dimana
memperhambakan diri kepada Allah swt yang akhirnya membuahkan kemanisan di
akhirat sana.
- Kita menegakkan manhaj ini kerana sifat
rabbaninya, iaitu ia hanya berlandaskan kepada Allah swt. Ini bermaksud, manhaj
ini tiada kekurangannya kerana manhaj-manhaj manusia lain tidak terlepas
daripada kokongan nafsu,dan kepentingan
manusia itu sendiri. Manhaj manusia tidak akan lari daripada unsur-unsur
keduniaan yang semestinya memberikan keistimewaan dan keutamaan kepada
individu-individu tertentu sahaja.Tetapi perlaksanaan manhaj ini hanyalah
kerana Allah semata-mata, tiada yang bersangkut paut dengannya dan tiada pula
yang bersamaan dengannya. Manhaj ini bergerak secara adil dimana ia dibawa dan
dilaksanakan oleh jamaah muslimah yang beriman dan bertaqwa.
- Saudara-saudari sekalian, kita menegakkan agama
ini kerana kita pasti bahawa manhaj ini satu-satunya manhaj yang bersifat suci.
Manhaj ini tidak bergantung kepada manusia yang mana ia mungkin dijahilkan
akibat kejahilan manusia, dan juga mungkin bersifat lemah kerana lemahnya
manusia itu. Lihat sahajalah manhaj-manhaj yang lain yang hanya bergantung
kepada manusia atau individu yang mungkin kita boleh kategorikan sebagai
istimewa, namun ia tidak lari dari kekurangan tidak kiralah dari segi ilmunya
mahupun dari segi skop perluasaannya. Dimana ia mungkin dapat diaplikasikan dimasa
dan tempat yang tertentu tetapi tidak didapat diterapkan ditempat dan masa yang
lain. Ideologi-ideologi mereka mungkin tampak hebat diawalnya tapi bersifat
kekurangan apabila kita melihat dengan lebih terperinci. Mungkin ideology-ideologi
seperti dibawa oleh Karl Max yang membawa “manhaj” komunisma mahupun “Hitler”
yang juga membawa “manhaj” liberisma, tampak gah diawal, namun setelah masa
berlalu ia tidak juga membuahkan hasil menyama ratakan manusia. Ia tidak juga
membahagiakan setiap individu yang mengikutnya, dan ia tidak juga berkekalan
secara meluas. Jadi manhaj yang kita perjuangkan ini bersifat sempurna dimana
kita mengetahui dan mengimani bahawa penciptanya Maha Mengetahui segala
sesuatu.
- Syumulnya manhaj ini menjadikan ia sesuai untuk
diperjuangkan. Tidaklah kita bergantung kepada beberapa manhaj yang mungkin
dapat menyelesaikan sesuatu masalah namun masalah yang berikutnya menjadikan ia
tampak jahil. Manhaj ciptaan manusia bergantung kepada pemikiran manusia yang
sempit dan ini bertentangan manhaj illahi yang menyeluruh dan merangkumi
seluruh aspek kehidupan kita. Ciptaan manusia tidak akan setanding dengan
ciptaan illahi, walaupun ia mungkin mengapai suatu pekara yang betul dan benar
namun pekara lain masih kekurangan akibat jahilnya manusia yang melaksanakan
berdasarkan situasi dan limit akal yang cetek.
- Nota akhir kenapa kita perlu memperjuangkan
manhaj ini mungkin sekali kita tidak sedar yang sebenarnya manhaj merupakan
satu penyelarasan, penyamaan “tansiq” perjalanan alam tidak kiralah kehidupan
manusia mahupun aturan perubahan zaman. Ia menjaminkan kekuatan yang diletakkan
atas dasar kesamaan atau selaras, dan bukan atas dasar pertembungan yang
akhirnya mengakibatkan kelemahan dan kehancuran. Manhaj yang kita bawa ini
sesuai dan bertepatan dengan jiwa kita dan sudah menjadi fitrah manusia sesuai
dengan perjalanan alam itu sendiri. Tidakkah kita sedar yang manhaj ciptaan
manusia seperti apa yang diterampilkan oleh golongan barat tidak akan
berkekalan. Mereka membawa manusia ke alam kemajuan dan kecanggihan tanpa
berpandukan perjalanan alam, inilah fantasi mereka. Mereka sedar akan akhirnya
riwayat mereka mahupun akhirnya riwayat alam ini, namun mereka tetap berdegil
dan melawan arus alam ini yang kesudahannya menyebabkan jiwa mereka kosong dan
tidak dapat ketenteraman duniawi. Ya mungkin kita katakan mereka memakmurkan alam
ini melalui kecanggihan infrastruktur mahupun teknologi-teknologi yang kian
pesat, namun hakikatnya mereka membangunkan alam secara tidak normal dimana
mereka meninggalkan apa yang perlu mereka fikir iaitu kehidupan setelah
akhirnya waktu. Mereka menolak hakikat ini yang mungkin mereka buktikan dengan
ilmu sains mereka yang cetek. Jadi manhaj kita perjuangkan ini membawa mereka dan
diri kita untuk sedar hakikat perjalanan sebenar dunia ini dan apa akan jadi
seterusnya.
Oleh saudara-saudari yang dirahmati Allah sekalian, bukalah
mata kita dan tetapkan jiwa kita bahawa manhaj ini adalah manhaj yang terbaik
untuk diperjuangkan, dan tiada manhaj yang setanding dengannya. Kita bukan mahu
menguasai dunia dengan ideologi-ideologi
yang tidak kemana, bahkan kita mahu membantu manusia untuk kembali
kepada Allah yang mencipta alam fana ini. Mari kita renung-renungkan kembali,
jangan sahaja merenung, bukalah langkah dan pasanglah kekuda bagi menempuh onak
ranjau perjuangan ini. Selamat berjuang dan semoga berjaya sahabat-sahabatku.
Recommend this article... Last update : 05-04-2008 07:44
|
|
|