|
Kebelakangan ini, laman BTi telah diporak perandakan oleh
sesetengah individu yang mempunyai sedikit kemahiran dan kapasiti dalam
memporak perandakan laman web. Hal ini amat dikesali sama sekali memandangkan
potensi yang dimiliki oleh mereka ini tidak dilaburkan di tempat yang
sepatutnya. Manakala kita sebagai ahli masyarakat yang dinamik sepatutnya tidak
hanya berpeluk tubuh menunggu pihak BTi melakukan usaha pemulihan tetapi
seharusnya kita sedaya upaya melakukan usaha untuk membendung perkara ini
dengan apa sahaja cara yang selari dengan kefahaman islam yang suci dan murni
seperti turut mendalami kemahiran memporak perandakan laman web mahupun
kemahiran mengatasi masalah ini. Persoalan seterusnya mengapa isu ini dibicarakan
di bawah tajuk Dimanakah hebatnya Al-Quran? Version 1.0 ? Kerana inilah
kehebatan Al-quran yang mana tiada suatu pun perkara di dunia ini yang terlepas
dari menerima sentuhannya.
Tambahan pula, ini adalah diantara intipati surah alfatihah
yang akan kita bicarakan bersama dengan hati yang ikhlas dan minda cerdas.
Menyentuh tentang isu "hacking", salah satu perkara yang dapat dilihat adalah
kurangnya kemahiran kita dalam bidang ini khasnya dan bidang-bidang seangkatan
dengannya yang selalu dikaitkan dengan pemahaman sempit bahawa ini adalah
"perkara dunia" semata-mata dan natijahnya lahirlah golongan muslim yang baik terutamanya
generasi muda daripada sebahagian besar yang hanya bergelar muslim, tetapi
punya pemahaman sempit bahawa islam adalah hanya berkaitan dengan "perkara
agama" atau ibadat fardu semata-mata.
Jika dilihat sekilas pandang, mereka ini
mengamalkan bahagian pertama dari ayat 5 surah ini ("iyyaka na'budu") yang
menjelaskan kepada kita untuk melakukan ibadah. Sayangnya jarang sekali
kita lihat mereka ini mengaplikasikan bahagian kedua ayat 5 surah ini ("wa iyyaka nasta'ien") yang
menyuruh kita untuk menggunakan apa sahaja yang dijadikan Allah s.w.t dan
menggunakannya untuk mencapai kejayaan
dalam hidup ini dan seterusnya mentadbir bumi mengikut syariat islam
(sepertimana yang akan dibicarakan seterusnya di dalam surah AlBaqarah).
Oleh
kerana itu, tidak hairanlah kita masih diperkotak-katikkan hingga ke saat ini,
dari segala segi bermula dari skop individu hinggalah skop Negara, tidak seperti
generasi para sahabat rasulullah s.a.w yang memahami ayat ini sepenuhnya dan
seterusnya mengamalkan kedua-dua bahagiannya di dalam kehidupan mereka sehingga
mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat sepertimana yang diriwayatkan dari
rasulullah s.a.w bahawa martabat mereka diangkat oleh Allah sebagai generasi
terbaik umat manusia dan dunia mengenal mereka sebagai sejarah agung dulu, kini
dan selamanya.
5.
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami
memohon pertolongan.
Sekarang
masanya untuk kita mengecapi kejayaan seperti mereka. Ayuh kita teruskan dengan
menjawab soalan-soalan berikut yang telah lama kita buang ke tepi kerana sifat
malas diri ini untuk mengkaji yang diteguhkan lagi oleh tabiat suka menurut
membuta tuli.
·
Kenapa kita mesti membaca surah ini
sekurang-kurangnya 17 kali sehari?...ye la kan dalam sehari ada 17 rakaat solat
fardu dari subuh sampai isya'
·
Kenapa solat kita tidak sah ketika
bersendirian sekiranya tidak membaca surah ini? ...ini tidak member erti bahawa
sah sekiranya tidak membaca al-fatihah ketika solat berjemaah namun terdapat
situasi yang membenarkan hal ini berlaku seperti imam telah ruku' dan makmun
yang tidak sempat menghabiskan bacaan alfatihah boleh terus mengikut imam ruku'
kerana bacaan alfatihah imam sudah mencukupi untuknya atau mudahnya bacaan
alfatihah iman dah "cover up" untuk semua makmum, wallahua'lam (untuk
penjelasan lanjut, sila rujuk mereka yang pakar antaranya laman islamonline.net atau apa sahaja yang
membawa anda kepada kebenaran).
·
Kenapa ia digelar "ummulquran" atau ibu
alquran?
Jangan
biarkan persoalan menghantui anda? Hingga ketemu di lain masa.
to be continued...
by: elarqueteqto
Recommend this article... Last update : 08-04-2008 22:18
|
Kembali Segar!
By: ameersyuhada (Guest ) on 13-04-2008 16:33
» Report this comment to administrator
» Reply to this comment...