Home arrow Artikel dan Karya arrow Arkib Artikel BTi arrow Tazkirah arrow Dimanakah hebatnya Al-Quran? Version 1.0
Dimanakah hebatnya Al-Quran? Version 1.0 PDF Print
 

By elarqueteqto, on 08-04-2008 22:03

Views : 1044    

Favoured : 52

Published in : Artikel dan Karya, Tazkirah

credit to bibifocKebelakangan ini, laman BTi telah diporak perandakan oleh sesetengah individu yang mempunyai sedikit kemahiran dan kapasiti dalam memporak perandakan laman web. Hal ini amat dikesali sama sekali memandangkan potensi yang dimiliki oleh mereka ini tidak dilaburkan di tempat yang sepatutnya. Manakala kita sebagai ahli masyarakat yang dinamik sepatutnya tidak hanya berpeluk tubuh menunggu pihak BTi melakukan usaha pemulihan tetapi seharusnya kita sedaya upaya melakukan usaha untuk membendung perkara ini dengan apa sahaja cara yang selari dengan kefahaman islam yang suci dan murni seperti turut mendalami kemahiran memporak perandakan laman web mahupun kemahiran mengatasi masalah ini. Persoalan seterusnya mengapa isu ini dibicarakan di bawah tajuk Dimanakah hebatnya Al-Quran? Version 1.0 ? Kerana inilah kehebatan Al-quran yang mana tiada suatu pun perkara di dunia ini yang terlepas dari menerima sentuhannya.

 

Tambahan pula, ini adalah diantara intipati surah alfatihah yang akan kita bicarakan bersama dengan hati yang ikhlas dan minda cerdas. Menyentuh tentang isu "hacking", salah satu perkara yang dapat dilihat adalah kurangnya kemahiran kita dalam bidang ini khasnya dan bidang-bidang seangkatan dengannya yang selalu dikaitkan dengan pemahaman sempit bahawa ini adalah "perkara dunia" semata-mata dan natijahnya lahirlah golongan muslim yang baik terutamanya generasi muda daripada sebahagian besar yang hanya bergelar muslim, tetapi punya pemahaman sempit bahawa islam adalah hanya berkaitan dengan "perkara agama" atau ibadat fardu semata-mata.

Jika dilihat sekilas pandang, mereka ini mengamalkan bahagian pertama dari ayat 5 surah ini ("iyyaka na'budu") yang menjelaskan kepada kita untuk melakukan ibadah. Sayangnya jarang sekali kita lihat mereka ini mengaplikasikan bahagian kedua ayat 5 surah ini ("wa iyyaka nasta'ien") yang menyuruh kita untuk menggunakan apa sahaja yang dijadikan Allah s.w.t dan menggunakannya untuk  mencapai kejayaan dalam hidup ini dan seterusnya mentadbir bumi mengikut syariat islam (sepertimana yang akan dibicarakan seterusnya di dalam surah AlBaqarah).

Oleh kerana itu, tidak hairanlah kita masih diperkotak-katikkan hingga ke saat ini, dari segala segi bermula dari skop individu hinggalah skop Negara, tidak seperti generasi para sahabat rasulullah s.a.w yang memahami ayat ini sepenuhnya dan seterusnya mengamalkan kedua-dua bahagiannya di dalam kehidupan mereka sehingga mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat sepertimana yang diriwayatkan dari rasulullah s.a.w bahawa martabat mereka diangkat oleh Allah sebagai generasi terbaik umat manusia dan dunia mengenal mereka sebagai sejarah agung dulu, kini dan selamanya.

5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan.

 

  Sekarang masanya untuk kita mengecapi kejayaan seperti mereka. Ayuh kita teruskan dengan menjawab soalan-soalan berikut yang telah lama kita buang ke tepi kerana sifat malas diri ini untuk mengkaji yang diteguhkan lagi oleh tabiat suka menurut membuta tuli.

·         Kenapa kita mesti membaca surah ini sekurang-kurangnya 17 kali sehari?...ye la kan dalam sehari ada 17 rakaat solat fardu dari subuh sampai isya'

·         Kenapa solat kita tidak sah ketika bersendirian sekiranya tidak membaca surah ini? ...ini tidak member erti bahawa sah sekiranya tidak membaca al-fatihah ketika solat berjemaah namun terdapat situasi yang membenarkan hal ini berlaku seperti imam telah ruku' dan makmun yang tidak sempat menghabiskan bacaan alfatihah boleh terus mengikut imam ruku' kerana bacaan alfatihah imam sudah mencukupi untuknya atau mudahnya bacaan alfatihah iman dah "cover up" untuk semua makmum, wallahua'lam (untuk penjelasan lanjut, sila rujuk mereka yang pakar antaranya  laman islamonline.net atau apa sahaja yang membawa anda kepada kebenaran).

·         Kenapa ia digelar "ummulquran" atau ibu alquran?

 
Jangan biarkan persoalan menghantui anda? Hingga ketemu di lain masa.

 to be continued...

by: elarqueteqto

Recommend this article...

Last update : 08-04-2008 22:18

   
Quote this article in website
Favoured
Related articles

Users' Comments  RSS feed comment
 

Average user rating

   (1 vote)

 

Display 4 of 4 comments

Kembali Segar!

By: ameersyuhada (Guest ) on 13-04-2008 16:33

Benar! Moga BTi kembali segar! Kami sentiasa menyokong anda!

 

» Report this comment to administrator

» Reply to this comment...

fikir....

By: zafry (Registered ) on 10-04-2008 22:26

menarik....

 

» Report this comment to administrator

» Reply to this comment...

improvise bti

By: khalisah (Guest ) on 10-04-2008 07:19

salam..saya rasa memang pihak admin bti perlu improvise laman web ni..antara kelemahan yg selalu saya alami ketika membuka laman web ini ialah gagal untuk klik link-link yang disediakan seperti mahu membaca artikel penuh, melihat komen dan lain-lain, kadang-kadang saya terpaksa 'refresh' beberapa kali baru berjaya klik link tersebut..saya tak tahula kalau masalah ni dengan pc saya je tapi laman web lain ok je..kalau masalah ni dengan laman web ni harap pihak team bti dapat mantapkan lagi

 

» Report this comment to administrator

» Reply to this comment...

Denied Hackers!

By: al_mufikir (Registered ) on 10-04-2008 02:38

Salam, xtau pula diserang,kalo x saya mahu menghulurkn tangan, sy tidak ProAktif lg, Apekate gune firewall yg berlainan ataupn BTi buat sendiri firewall, bknkah terdpt ramai pakar?cume suggestion... 
Al-fatihah, menceritkan keseluruhan story ttg hayat kite ini, ia ibarat sinopsis, cume apabila mksdny tidak difahami, maka ia dijadikan hanya bahan bacaan, apabila kerap menjadi bhn bacaan, effect ttg peristiwa sebenar tidk dpt diadaptasikn dlm kehidupn, manusia... 
 
"menggunakan apa sahaja yang dijadikan Allah s.w.t dan menggunakannya untuk mencapai kejayaan dalam hidup ini dan seterusnya mentadbir bumi mengikut syariat islam" 
betul! cuma org lihat Islam hanya pd ibadah2 mereka sendirian shj, mereka tiada lagi unsur mentadbir dunia, dahulu...umat islam pentingkn umat yg lain dimana mereka ingin mengeluarkn mereka dr jajahan jahiliyah dan taghut... 
 
jazakaAllah ya akh

 

» Report this comment to administrator

» Reply to this comment...

Display 4 of 4 comments



Add your comment
Name
E-mail
Title  
 
Comment
   Notify me of follow-up comments
  Mathguard security question:
DCR         6EE      
D H    5    G 4   SBT
7 R   FUH   CO5      
6 6    E      D   NGC
N7T         2JG      
   
   



mXcomment 1.0.6 © 2007-2008 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved
< Prev   Next >
Advertisement
Latest in Forum BTi
TopicsByCategoryDate
Re:Muhammad Ar RasyidmuadzmzBicara Buku18-11-08 09:38
rasa, merasa, perasaan...jom bincangsrikandIslamBicara Akhawat16-11-08 23:12
Re:tahu ayat, tetapi lupa rujukan?musafir_msfzLink Menarik14-11-08 04:12
Re:Muhammad Ar RasyidsenikehidupanBicara Buku30-10-08 06:20
Re:Muhammad Ar RasyidibnuyazidBicara Buku27-10-08 17:44

BTi Nasyid

Hamas Nasheed

BTi Polls

Adakah anda mempunyai blog sendiri?
 

BTi Statistics

Visits today: 66
Visits yesterday: 144
Visits month: 2968
Visits total: 43443
Max.daily visits: 385
  occurred: 2008-3-27
Max.monthly visits: 7073
  occurred: 2008-5
Pages total: 330208
Data since: 2008-02-12

BTi Visitors

Totals Top 10
 26 % Malaysia (11418)
 21 % Australia (8974)
 15 % United States (6755)
 4 % Brunei Darussalam (1897)
 4 % Egypt (1813)
 3 % Indonesia (1468)
 3 % United Kingdom (1196)
 2 % Korea, Republic of (909)
 < 1.0 % Germany (635)
 < 1.0 % Ireland (603)
43443 pelawat dari 141 negara

Buku-Buku Pilihan

BTi Members Online

No users online

BTi Registered Members

447 registered
0 today
0 yesterday
8 this week
43 this month
Last: man offline

Artikel "Most Commented"

Dimana Allah dalam k
 komen oleh: "Islam sufiwanit" -- (11 comments)
Bersama Uncle Tips -
 komen oleh: "murtabakdaging" -- (8 comments)
Jangan Merajuk Wahai
 komen oleh: "Islam sufiwanit" -- (8 comments)
Tips Tsabat
 komen oleh: "ghuraba" -- (8 comments)
Tentang 'kita'
 komen oleh: "Islam sufiwanit" -- (7 comments)