(Special Tributes: Ummu B & Ukhti S)
Kadangkala saya melihat ombak seperti daei
Dalam kesungguhan mahu memukul pantai
Kadang-kadang dalam perjalanan
Ombak tertampan dek batu-batuan, dek kapal dalam pelayaran
Lantas hilang ditelan biru lautan
Hembusan angin membawa seribu satu pengharapan buat ombak
Tidak lama, nun di tengah samudera
Rupanya ombak bangkit lagi
Sedikit demi sedikit ombak mara
Sedikit demi sedikit ombak membesar dan memperkasa
Lantas ke pantai ombak menuju lagi
Kadangkala pula saya melihat ombak seperti mehnah
Memukul kapal-kapal
Menelan kapal-kapal
Lantas ranap dan musnahlah jiwa insan dan binaan
Sungguh, ombak itu payah diubah atau dikawal
Namun binaan kapal-kapal boleh diperkukuhkan
Kemahiran nakhoda boleh diperkasakan
Agar nanti utuh, andai ditentang ombak besar dalam pelayaran
Tetapi ombak
Jika dijadikan tinta untuk menulis kalimat-kalimat Tuhannya
Pasti habislah ia sebelum selesai menulisnya
Gagahnya ombak, gagah lagi Penciptanya
Recommend this article... Last update : 04-05-2008 02:46
|
ombak itu
By: srikandIslam (Registered ) on 09-05-2008 08:26
ciptaan yang terlalu sempurna kerana hakikat Pencipta yang Maha Sempurna
» Report this comment to administrator
» Reply to this comment...