|
"ABOU22"
‘should be right!' getus hati kecilku. Bas merah Konsortium Bas
Ekspres Semenanjung memang nolstagia bagiku. Dari zaman sekolah sampailah
zaman ‘seksa nak buat persediaan pergi luar negara', inilah bas yang tidak
pernah mengecewakan aku. Baik dari segi harga mahupun perkhidmatannya. Dan
tentunya lepas setahun di Australia, bas merah tetap menjadi pilihanku walaupun
di sana ‘Tram' telah menjadi kenderaan rasmiku.
"Err.. Pak cik! Bas ni pergi Kuala
Kerai kan"
"Yea..naik
la"
“Time kasih ..Pak Cik”..Alhamdulillah!
bahagia sungguh aku rasakan. Bukan hanya kerana memikirkan kelibat ibuku yang
bakal terperanjat dengan kepulanganku tetapi kerana kalimah “thank you” yang
aku lafazkan tadi. Walaupun sering kali diluahkan namun perasaanku pada kali
ini amat berlainan sekali. Kurasakan senyuman terkuntum di bibirkan. Masakan tidak,
inilah suatu budaya positif dari masyarakat Australia yang dapat kuterapkan
dalam diriku. Beruntung aku mengenali tarbiyah di sana. ‘oversea’ dapat. Imaniyat
‘oversea’ pun dapat. Walaupun perjalananku masih jauh namun aku optimistic untuk
mencapai kedua-duanya. Ya! ijazah dan risalah. Aku akan berusaha dan terus
berusaha kerana kutahu kejayaan adalah natijah bukan kebetulan.
Tombol hitam di tepi tempat
dudukku kutarik perlahan. Apabila telah merasa cukup selesa aku melepaskannya
kembali. Bas ekspress sebegini sememangnya lengkap dengan kemudahan-kemudahan
yang mesra pengguna seperti tadi.
“….platform dua….platform
tiga……!” suara pengumuman itu sayup2 kedengaran ditelan kelajuan bas. Sedar2
jer, buku ‘kiat-kiat menyentuh hati’ telah habis kubaca. Baru setengah jam
berlalu. Aku melabuhkan pandanganku ke kiri, ke luar bas. Kata-kata murabbiku
kembali menerjah mindaku.
“kita jangan hanya membaca
buku sekadar bacaan. Hendaklah kita melahirkannya di dalam amalan seharian. Ilmu
tanpa amal adalah sia-sia. Contohnya Ikhwah baca buku tentang bagaimana untuk
melakukan dakwah fardhiah tetapi ikhwah tak buat pun jadi apa untungnya selain
ilmu terbuku di kepala. Dan janganlah membaca secara semberono. Selidiklah dulu
latar belakang penulisnya dan untuk apa ditulisnya. Setelah itu tumpahkanlah
perhatianmu terhadap pembacaanmu. Ikhwah juga harus faham intipatinya agar
benar pengamalannya nanti. Itulah antara sebab kita bersama di sini. Berbalik
kepada contoh dakwah fardhiah tadi. Di sini dan di Malaysia tidak sama
suasananya, maka aplikasi ilmunya juga haruslah berhikmah”
Jauh juga aku menerawang! kuselitkan
kembali buku karangan Abbas Asisi ini ke dalam ‘poket kecil’di depanku. ‘poket
kecil’ini adalah satu dari sejumlah yang lain yang bergantungan di bahagian
belakang setiap “seat”. Sambil aku membetulkan kedudukanku, mataku tertangkap
filem yang ditayangkan di skrin televisyen bas. Fuhhh best ni! Cerita martial
arts kegemaranku. Iskk.. tapi kalau buat benda sia-sia, rugilah masa aku. Tu
tak per lagi!Member aku serumah, memang anti abis ngan benda-benda macam ni. Kalaulah
diorang ade sekali ni, sure putus saudara. Tapi diorang tu betul2 faham ker or
ikut2 jer! Paling busuk pun, kena tendang usrah jer. Hahh, bagus gak tu!Jenaka hatiku
membujuk untuk terus menikmati saat-saat berseorangan sebegini.
Iskk.. tapi aku pilih jalan
ini kerana Allah. Aku ikut tarbiyyah kerana Allah. Aku pergi Quranic circle
kerana Allah. Takkanlah kerana ujian sebegini pun aku tewas. Belum datang ujian-ujian
getir yang lain lagi. Astaghfirullah! Terus aku palingkan mukaku ke kanan.
Kulihat budak kecil
bersongkok dalam keadaan resah. Pusing ke kanan, pandang ke kiri. Pusing ke
kiri, menghadang tangan ke depan. Pelik! Apa yang ditakutkan oleh budak ini.
Lama aku fikirkan. Oppss! adegan “tak best” dalam filem.
Aku tersentak! Betapa
sayangnya Engkau, Ya Allah terhadap hambamu ini. Panahan peringatan ini tepat
menusuk kalbuku. Walaupun pemanahnya dizahirkan sebagai budak ini namun ia
telah cukup untuk membuktikan bahawa Engkau tidak pernah leka terhadap hambamu
termasuk diriku ini.
Aku bertekad untuk mengenali
budak ini. Tambahan pula kerusi di sebelahnya kosong. Tidak berpenghuni.
‘Assalamualikum! Boleh abang
duduk?’ Aku memulakan bicara. Dia seakan terkejut. Masih kelu tak berkata. Aku
menyusun bicara. Pelajaran dari buku Abbas Asisi akan ku amalkan sekarang juga.
Setahun berusrah, inilah masa untuk aku menilainya di arena sebenar, tanahairku
tercinta di kala aku sendiri cuma.
‘kenapa adik seakan resah
sahaja? Boleh abang tolong. Panggil je Abg Zulfiqar. Abang baru pulang bercuti
dari Australia’
“Australia!”
Alhamdulillah. Bicaraku disambut.
Aku mahu menggunakan peluang ini sebaiknya. Matlamat besar, usahanya harus
setimpal.
‘Ye.. Australia! Kenapa tak
percaya?’
Perbualanku dengannya makin
rancak. Namanya hasan. Rupa-rupanya dia pernah datang bersama ibu dan kakaknya
ke Australia tiap kali musim buah. Katanya Polis sana jahat. Setiap kali polis dating,
mereka sekeluarga terpaksa menyorok di dalam semak di sekitar lading.Baru aku
faham, Ibunya bekerja mengutip buah secara haram. Namun dari segi ‘ketulusan dan
ke’innocence’nan budak ini, aku menjangka bahawa sendikit haram berada di
belakang semua ini dan ibunya tidak bersalah. Ohh dan dia sebenarnya dalam
perjalanan ke Maahad Pinang Sebatang. Katanya terlepas bas semalam. Namun dia
tidak tahu bagaimana mahu ke Maahadnya dari stesen Kuala kerai nanti kerana
selalunya ada guru yang menjemputnya pada kebiasaan hari kembali ke sekolah,
dan dia telah terlewat satu hari.
Kompleks juga permasalahannya.
Budak hingusan 8 tahun. Tiada handset. Baru 2 kali pergi balik ke Maahadnya
dari rumahnya di Klang. Jadi bagaimana nantinya? Setahu aku, untuk sampai ke
situ perlu naik turun lagi 2 bas. Insyaallah mungkin dia tahu apa yang
dibuatnya. Telahanku untuk mengelakkan aku memikirkan sebarang seba yang boleh
menyebabkan aku harus bertanggungjawab memandangkan aku juga harus mengejar bas
terakhir ke kampungku bila tiba di stesen kuala kerai nanti.
Aku teruskan perbualan
dengannya. Pelbagai perkara kami perkatakan dan tentunya aku yang lebih banyak
bercakap. Budak ‘Obersea’ jumpa budak 8 tahun. Huh! What do you expect? Aku teruskan
dengan memuji sikapnya hinggalah pesanan agar terus menjadi yang terbaik dan
lebih baik di masa mendatang.
Diam tak diam, enjin bas telah
dimatikan tepat tika senja sedang berlabuh. Semua penumpang berpusu-pusu turun.
Aku tidak terkecuali. Sempat juga aku menghadiahkan ‘key chain Australia’ yang
kubelikan untuk adik-adikku kepadanya. Tanda perkenalan dan juga tanda cintaku
pada Rasulullullah s.a.w kerana sabda idolaku,
“Hendaklah kalian saling memberi hadiah, kerana hadiah
itu akan menjadikan kalian saling mencintai.”
[Malik dalam al-Muwatta’]
Aku berlari-lari anak. Menuju
ke platform terakhir di stesen bas ini. Mataku melilau mencari bas “roncet” buruk
warna putih berjalur merah membawa nama Red Omnibus. Inilah satu-satunya
kenderaan yang dapat kugunakan untuk pulang bertemu ibu tercinta. “Maklumlah
rumah kecil di tengah sawah tidak sepadan dengan deruman motokar yang
meranapkan alam sekitar”, pujuk ibuku tiap kali aku mempersoalkan kenapa harus
terus begini walaupun jauh di sudut hatiku, aku amat mengerti hal ini.
Aku masih ingat nikmat
menaiki bas yang serakus “roller coaster” ni. Inilah raja jalan di Mukimku dan
seanteronya. Dan menjadi sebahagian dari “the street beast” ini sememangnya
kena dengan jiwa mudaku. Terlelap ketika perjalanan pulang dari sekolah ke
kampungku adalah nikmat terhabat yang kurasakan. Hentakan berterusan kepalaku kepada
pemegang besi di bahagian atas ‘seat’ bas akibat “unpredictable motion” dari gerakan bas
tidak mampu membangunkanku. Kebiasaaanya aku terpaksa menambah jarak perjalanan
rentetan dari terlajak tidur. Namun inilah tarbiyah kehidupan dari tuhan yang
esa. Aku amat menghargainya kini setelah mula mahu menjejaki kaki di jalan
dakwah ini.
‘Ehh..Hasan tak naik bas
lagi ker?’ mataku dan mata Hasan bertentang. Laju juga budak ni berjalan.
Sekelip mata jer dah ada kat depan aku.
“Tadi abg Zulfiqar cakap bas
yang mana? Hasan tak tahulah. Hasan takut. Hasan takut kena pukul dengan cikgu
sebab lambat. Hikksksksk eeee
hiksssksks. Manik-manik halus bertaburan membasahi pipinya”
Serba salah aku dibuatnya.
Nak ditinggal, malu aku kepada yg Esa. Takkan begini sikap orang yang nak menyeru
manusia kepada islam. Maka nak tak nak, terpaksa aku ringankan kakiku yg berat
untuk “deal” dengan teksi agar dapat menghantar Hasan terus ke Maahadnya.
Alhamdulillah Allah memudahkan urusan hambanya. Namun masalah kedua pula yang
timbul. Pak cik teksi berkeras tidak mahu menghantarnya sekiranya tidak
dijelaskan jumlah yang ditetapkannya. Walaupun jumlah itu berpatutan dengan
jarak perjalanan. Ia tetap jumlah yang besar bagiku sendiri dan apatah lagi
bagi Hasan. Tentunya bertambah kuatlah raungan Hasan.
Gundah gulana jiwa ini dibuatnya.
Membayarkan bagi pihak Hasan bererti menambah komplekskan lagi permasalahanku untuk
menghadiri program-program mengembalikan kegemilangan umat ini. Tetapi legakan
hatiku nanti untuk berada di mana-mana pun selepas ini tanpa mengendahkan
masalah rakan kecil semusafirku ini? Tegarkah aku untuk menyatakan perkara ini
kepada mereka yang aku percaya seperti naqibku? Bukankah kebajikan itu adalah kebaikan
akhlaq (budi pekerti), dan perbuatan dosa adalah yang membuat jiwamu berguncang
–karena ragu- dan sesuatu yang kamu tak ingin orang lain mengetahuinya.” (HR
Imam Muslim). Manakah perginya apa yang aku pelajari semasa perbincangan mingguanku?
Adakah itu hanya satu indoktrinasasi yang menjadikan aku manusia baik yang kaku
atau adakah aku yang tidak sanggup meletakkan usaha untuk bermujahadah lalu
terus punya zathiyah yang rendah?
Saat ini aku tanyakan
kepada hatiku apa yang disukainya? Kerana aku tahu Kebajikan itu adalah yang
menenteramkan jiwamu dan menenteramkan hatimu. Adapun perbuatan dosa adalah
yang mengguncangkan jiwamu dan berkecamuk di dadamu, meskipun orang-orang
memberikan fatwa (legalitas) terhadap perbuatan itu.” (HR Imam Ahmad dan Imam
ad-Darimi)
‘Ya Allah ! Mudahkanlah
urusanku..’
Maka aku mengambil
keputusan yang selayaknya diambil oleh seorang yang mahu dan berusaha untuk memahami
islam. Dan aku yakin orang lain juga akan berbuat sedemikian malah tentu lebih
baik lagi. Kini erti tarbiyyah kepadaku teruji? Kini aku sedar di manakah
letaknya aku dan kefahamanku. Setahun belum mencukupi. Dan pertambahan tahun
juga belum tentu menentukan kejayaanku dalam situasi sebegini kerana aku sedar
kuncinya terletak pada menyalahi nafsuku bukan tempoh masa rasmi aku digelar
budak usrah.
Kelibat teksi kuning yang
membawa Hasan ke destinasinya memberikan seri kepada bunga-bunga tarbiyyah yang
mula berputik di jiwaku. Aku berharap agar suatu hari ini, dapat aku petik
kuntuman bunga ini untuk generasiku.
ansara mubashara
Recommend this article... Last update : 10-05-2008 10:07
|
|
|
niat
By: ibn ismail (Registered ) on 13-05-2008 10:02
» Report this comment to administrator
» Reply to this comment...