Bunga-bunga tarbiyah PDF Print
 

By ansara mubashara, on 09-05-2008 23:04

Views : 1202    

Favoured : 41

Published in : Artikel dan Karya, Karya Islami

"ABOU22"

‘should be right!' getus hati kecilku. Bas merah Konsortium Bas Ekspres Semenanjung memang nolstagia bagiku. Dari zaman sekolah sampailah zaman ‘seksa nak buat persediaan pergi luar negara', inilah bas yang tidak pernah mengecewakan aku. Baik dari segi harga mahupun perkhidmatannya. Dan tentunya lepas setahun di Australia, bas merah tetap menjadi pilihanku walaupun di sana ‘Tram' telah menjadi kenderaan rasmiku.

 

bas kbes

"Err.. Pak cik! Bas ni pergi Kuala Kerai kan"

"Yea..naik la"

 

“Time kasih ..Pak Cik”..Alhamdulillah! bahagia sungguh aku rasakan. Bukan hanya kerana memikirkan kelibat ibuku yang bakal terperanjat dengan kepulanganku tetapi kerana kalimah “thank you” yang aku lafazkan tadi. Walaupun sering kali diluahkan namun perasaanku pada kali ini amat berlainan sekali. Kurasakan senyuman terkuntum di bibirkan. Masakan tidak, inilah suatu budaya positif dari masyarakat Australia yang dapat kuterapkan dalam diriku. Beruntung aku mengenali tarbiyah di sana. ‘oversea’ dapat. Imaniyat ‘oversea’ pun dapat. Walaupun perjalananku masih jauh namun aku optimistic untuk mencapai kedua-duanya. Ya! ijazah dan risalah. Aku akan berusaha dan terus berusaha kerana kutahu kejayaan adalah natijah bukan kebetulan.

Tombol hitam di tepi tempat dudukku kutarik perlahan. Apabila telah merasa cukup selesa aku melepaskannya kembali. Bas ekspress sebegini sememangnya lengkap dengan kemudahan-kemudahan yang mesra pengguna seperti tadi.

“….platform dua….platform tiga……!” suara pengumuman itu sayup2 kedengaran ditelan kelajuan bas. Sedar2 jer, buku ‘kiat-kiat menyentuh hati’ telah habis kubaca. Baru setengah jam berlalu. Aku melabuhkan pandanganku ke kiri, ke luar bas. Kata-kata murabbiku kembali menerjah mindaku.

“kita jangan hanya membaca buku sekadar bacaan. Hendaklah kita melahirkannya di dalam amalan seharian. Ilmu tanpa amal adalah sia-sia. Contohnya Ikhwah baca buku tentang bagaimana untuk melakukan dakwah fardhiah tetapi ikhwah tak buat pun jadi apa untungnya selain ilmu terbuku di kepala. Dan janganlah membaca secara semberono. Selidiklah dulu latar belakang penulisnya dan untuk apa ditulisnya. Setelah itu tumpahkanlah perhatianmu terhadap pembacaanmu. Ikhwah juga harus faham intipatinya agar benar pengamalannya nanti. Itulah antara sebab kita bersama di sini. Berbalik kepada contoh dakwah fardhiah tadi. Di sini dan di Malaysia tidak sama suasananya, maka aplikasi ilmunya juga haruslah berhikmah”

Jauh juga aku menerawang! kuselitkan kembali buku karangan Abbas Asisi ini ke dalam ‘poket kecil’di depanku. ‘poket kecil’ini adalah satu dari sejumlah yang lain yang bergantungan di bahagian belakang setiap “seat”. Sambil aku membetulkan kedudukanku, mataku tertangkap filem yang ditayangkan di skrin televisyen bas. Fuhhh best ni! Cerita martial arts kegemaranku. Iskk.. tapi kalau buat benda sia-sia, rugilah masa aku. Tu tak per lagi!Member aku serumah, memang anti abis ngan benda-benda macam ni. Kalaulah diorang ade sekali ni, sure putus saudara. Tapi diorang tu betul2 faham ker or ikut2 jer! Paling busuk pun, kena tendang usrah jer. Hahh, bagus gak tu!Jenaka hatiku membujuk untuk terus menikmati saat-saat berseorangan sebegini.

Iskk.. tapi aku pilih jalan ini kerana Allah. Aku ikut tarbiyyah kerana Allah. Aku pergi Quranic circle kerana Allah. Takkanlah kerana ujian sebegini pun aku tewas. Belum datang ujian-ujian getir yang lain lagi. Astaghfirullah! Terus aku palingkan mukaku ke kanan.

Kulihat budak kecil bersongkok dalam keadaan resah. Pusing ke kanan, pandang ke kiri. Pusing ke kiri, menghadang tangan ke depan. Pelik! Apa yang ditakutkan oleh budak ini. Lama aku fikirkan. Oppss! adegan “tak best” dalam filem.

Aku tersentak! Betapa sayangnya Engkau, Ya Allah terhadap hambamu ini. Panahan peringatan ini tepat menusuk kalbuku. Walaupun pemanahnya dizahirkan sebagai budak ini namun ia telah cukup untuk membuktikan bahawa Engkau tidak pernah leka terhadap hambamu termasuk diriku ini.

Aku bertekad untuk mengenali budak ini. Tambahan pula kerusi di sebelahnya kosong. Tidak berpenghuni.

‘Assalamualikum! Boleh abang duduk?’ Aku memulakan bicara. Dia seakan terkejut. Masih kelu tak berkata. Aku menyusun bicara. Pelajaran dari buku Abbas Asisi akan ku amalkan sekarang juga. Setahun berusrah, inilah masa untuk aku menilainya di arena sebenar, tanahairku tercinta di kala aku sendiri cuma.

‘kenapa adik seakan resah sahaja? Boleh abang tolong. Panggil je Abg Zulfiqar. Abang baru pulang bercuti dari Australia’

“Australia!”

Alhamdulillah. Bicaraku disambut. Aku mahu menggunakan peluang ini sebaiknya. Matlamat besar, usahanya harus setimpal.

‘Ye.. Australia! Kenapa tak percaya?’

Perbualanku dengannya makin rancak. Namanya hasan. Rupa-rupanya dia pernah datang bersama ibu dan kakaknya ke Australia tiap kali musim buah. Katanya Polis sana jahat. Setiap kali polis dating, mereka sekeluarga terpaksa menyorok di dalam semak di sekitar lading.Baru aku faham, Ibunya bekerja mengutip buah secara haram. Namun dari segi ‘ketulusan dan ke’innocence’nan budak ini, aku menjangka bahawa sendikit haram berada di belakang semua ini dan ibunya tidak bersalah. Ohh dan dia sebenarnya dalam perjalanan ke Maahad Pinang Sebatang. Katanya terlepas bas semalam. Namun dia tidak tahu bagaimana mahu ke Maahadnya dari stesen Kuala kerai nanti kerana selalunya ada guru yang menjemputnya pada kebiasaan hari kembali ke sekolah, dan dia telah terlewat satu hari.

Kompleks juga permasalahannya. Budak hingusan 8 tahun. Tiada handset. Baru 2 kali pergi balik ke Maahadnya dari rumahnya di Klang. Jadi bagaimana nantinya? Setahu aku, untuk sampai ke situ perlu naik turun lagi 2 bas. Insyaallah mungkin dia tahu apa yang dibuatnya. Telahanku untuk mengelakkan aku memikirkan sebarang seba yang boleh menyebabkan aku harus bertanggungjawab memandangkan aku juga harus mengejar bas terakhir ke kampungku bila tiba di stesen kuala kerai nanti.

Aku teruskan perbualan dengannya. Pelbagai perkara kami perkatakan dan tentunya aku yang lebih banyak bercakap. Budak ‘Obersea’ jumpa budak 8 tahun. Huh! What do you expect? Aku teruskan dengan memuji sikapnya hinggalah pesanan agar terus menjadi yang terbaik dan lebih baik di masa mendatang.

Diam tak diam, enjin bas telah dimatikan tepat tika senja sedang berlabuh. Semua penumpang berpusu-pusu turun. Aku tidak terkecuali. Sempat juga aku menghadiahkan ‘key chain Australia’ yang kubelikan untuk adik-adikku kepadanya. Tanda perkenalan dan juga tanda cintaku pada Rasulullullah s.a.w kerana sabda idolaku,

Hendaklah kalian saling memberi hadiah, kerana hadiah itu akan menjadikan kalian saling mencintai.

[Malik dalam al-Muwatta’]

Aku berlari-lari anak. Menuju ke platform terakhir di stesen bas ini. Mataku melilau mencari bas “roncet” buruk warna putih berjalur merah membawa nama Red Omnibus. Inilah satu-satunya kenderaan yang dapat kugunakan untuk pulang bertemu ibu tercinta. “Maklumlah rumah kecil di tengah sawah tidak sepadan dengan deruman motokar yang meranapkan alam sekitar”, pujuk ibuku tiap kali aku mempersoalkan kenapa harus terus begini walaupun jauh di sudut hatiku, aku amat mengerti hal ini.

Aku masih ingat nikmat menaiki bas yang serakus “roller coaster” ni. Inilah raja jalan di Mukimku dan seanteronya. Dan menjadi sebahagian dari “the street beast” ini sememangnya kena dengan jiwa mudaku. Terlelap ketika perjalanan pulang dari sekolah ke kampungku adalah nikmat terhabat yang kurasakan. Hentakan berterusan kepalaku kepada pemegang besi di bahagian atas ‘seat’ bas  akibat “unpredictable motion” dari gerakan bas tidak mampu membangunkanku. Kebiasaaanya aku terpaksa menambah jarak perjalanan rentetan dari terlajak tidur. Namun inilah tarbiyah kehidupan dari tuhan yang esa. Aku amat menghargainya kini setelah mula mahu menjejaki kaki di jalan dakwah ini.

‘Ehh..Hasan tak naik bas lagi ker?’ mataku dan mata Hasan bertentang. Laju juga budak ni berjalan. Sekelip mata jer dah ada kat depan aku.

“Tadi abg Zulfiqar cakap bas yang mana? Hasan tak tahulah. Hasan takut. Hasan takut kena pukul dengan cikgu sebab lambat. Hikksksksk  eeee hiksssksks. Manik-manik halus bertaburan membasahi pipinya”

Serba salah aku dibuatnya. Nak ditinggal, malu aku kepada yg Esa. Takkan begini sikap orang yang nak menyeru manusia kepada islam. Maka nak tak nak, terpaksa aku ringankan kakiku yg berat untuk “deal” dengan teksi agar dapat menghantar Hasan terus ke Maahadnya. Alhamdulillah Allah memudahkan urusan hambanya. Namun masalah kedua pula yang timbul. Pak cik teksi berkeras tidak mahu menghantarnya sekiranya tidak dijelaskan jumlah yang ditetapkannya. Walaupun jumlah itu berpatutan dengan jarak perjalanan. Ia tetap jumlah yang besar bagiku sendiri dan apatah lagi bagi Hasan. Tentunya bertambah kuatlah raungan Hasan.

Gundah gulana jiwa ini dibuatnya. Membayarkan bagi pihak Hasan bererti menambah komplekskan lagi permasalahanku untuk menghadiri program-program mengembalikan kegemilangan umat ini. Tetapi legakan hatiku nanti untuk berada di mana-mana pun selepas ini tanpa mengendahkan masalah rakan kecil semusafirku ini? Tegarkah aku untuk menyatakan perkara ini kepada mereka yang aku percaya seperti naqibku? Bukankah kebajikan itu adalah kebaikan akhlaq (budi pekerti), dan perbuatan dosa adalah yang membuat jiwamu berguncang –karena ragu- dan sesuatu yang kamu tak ingin orang lain mengetahuinya.” (HR Imam Muslim). Manakah perginya apa yang aku pelajari semasa perbincangan mingguanku? Adakah itu hanya satu indoktrinasasi yang menjadikan aku manusia baik yang kaku atau adakah aku yang tidak sanggup meletakkan usaha untuk bermujahadah lalu terus punya zathiyah yang rendah?

Saat ini aku tanyakan kepada hatiku apa yang disukainya? Kerana aku tahu Kebajikan itu adalah yang menenteramkan jiwamu dan menenteramkan hatimu. Adapun perbuatan dosa adalah yang mengguncangkan jiwamu dan berkecamuk di dadamu, meskipun orang-orang memberikan fatwa (legalitas) terhadap perbuatan itu.” (HR Imam Ahmad dan Imam ad-Darimi)

‘Ya Allah ! Mudahkanlah urusanku..’

Maka aku mengambil keputusan yang selayaknya diambil oleh seorang yang mahu dan berusaha untuk memahami islam. Dan aku yakin orang lain juga akan berbuat sedemikian malah tentu lebih baik lagi. Kini erti tarbiyyah kepadaku teruji? Kini aku sedar di manakah letaknya aku dan kefahamanku. Setahun belum mencukupi. Dan pertambahan tahun juga belum tentu menentukan kejayaanku dalam situasi sebegini kerana aku sedar kuncinya terletak pada menyalahi nafsuku bukan tempoh masa rasmi aku digelar budak usrah.

Kelibat teksi kuning yang membawa Hasan ke destinasinya memberikan seri kepada bunga-bunga tarbiyyah yang mula berputik di jiwaku. Aku berharap agar suatu hari ini, dapat aku petik kuntuman bunga ini untuk generasiku.

 

ansara mubashara

 

 

Recommend this article...

Last update : 10-05-2008 10:07

   
Quote this article in website
Favoured
Related articles

Users' Comments  RSS feed comment
 

Average user rating

   (1 vote)

 

Display 3 of 3 comments

niat

By: ibn ismail (Registered ) on 13-05-2008 10:02

jazakallahu khair...ana dpt imagine sepanjang ana baca cerpen ni dr awal smpi akhir. sgt praktikal, sgt terkesan. inilah praktikaliti dakwah....apabila niat kita adalah allah sebagai ghayah...everything insyaAllah will fall into place~! no fear, no regrets...itulah kesucian niat dan keindahan islam.... :)

 

» Report this comment to administrator

» Reply to this comment...

kabus

By: al_mufikir (Registered ) on 12-05-2008 02:45

kadang kita terlepas pekara kecil kerana kita tlalu bercita2 kpd pekara yg besar, namun hakikatny pekara kecil itulah salah satu cabang utk kita kpd yg lebih besar, hasan dlm contex ini mungkn org yg kita tidak akan jumpa kembali, namun jiwanya mgkn terkesan dgn qudhuwah yg ditunjukn... 
 
"bimbinglah manusia dimana jua mereka berada..."

 

» Report this comment to administrator

» Reply to this comment...

praktikal

By: ibad (Registered ) on 11-05-2008 13:33

sangat praktikal permasalahan yang diutarakan dalam cerpen ni. kadangkala kita menghadapi keputusan yang samar2. di sini lah sang syaitan akan main peranan. dan ditiupkan was was dalam hati kita. na'udzubillahi min dzaalik. 
Quote
Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi. yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia. dari (golongan) jin dan manusia.(An-Naas:4-6)

 

» Report this comment to administrator

» Reply to this comment...

Display 3 of 3 comments



Add your comment
Name
E-mail
Title  
 
Comment
   Notify me of follow-up comments
  Mathguard security question:
NA6         CO1      
  G    I    2 A   YSI
I1K   OSB   I R      
  K    7    K N   R6R
SL7         QTL      
   
   



mXcomment 1.0.6 © 2007-2008 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved
< Prev   Next >
Advertisement
Latest in Forum BTi
TopicsByCategoryDate
Re:Muhammad Ar RasyidmuadzmzBicara Buku18-11-08 09:38
rasa, merasa, perasaan...jom bincangsrikandIslamBicara Akhawat16-11-08 23:12
Re:tahu ayat, tetapi lupa rujukan?musafir_msfzLink Menarik14-11-08 04:12
Re:Muhammad Ar RasyidsenikehidupanBicara Buku30-10-08 06:20
Re:Muhammad Ar RasyidibnuyazidBicara Buku27-10-08 17:44

BTi Nasyid

Hamas Nasheed

BTi Polls

Adakah anda mempunyai blog sendiri?
 

BTi Statistics

Visits today: 61
Visits yesterday: 144
Visits month: 2963
Visits total: 43438
Max.daily visits: 385
  occurred: 2008-3-27
Max.monthly visits: 7073
  occurred: 2008-5
Pages total: 330036
Data since: 2008-02-12

BTi Visitors

Totals Top 10
 26 % Malaysia (11416)
 21 % Australia (8973)
 15 % United States (6753)
 4 % Brunei Darussalam (1897)
 4 % Egypt (1813)
 3 % Indonesia (1468)
 3 % United Kingdom (1196)
 2 % Korea, Republic of (909)
 < 1.0 % Germany (635)
 < 1.0 % Ireland (603)
43438 pelawat dari 141 negara

Buku-Buku Pilihan

BTi Members Online

No users online
Guests: 1

BTi Registered Members

447 registered
0 today
0 yesterday
8 this week
43 this month
Last: man offline

Artikel "Most Commented"

Dimana Allah dalam k
 komen oleh: "Islam sufiwanit" -- (11 comments)
Bersama Uncle Tips -
 komen oleh: "murtabakdaging" -- (8 comments)
Jangan Merajuk Wahai
 komen oleh: "Islam sufiwanit" -- (8 comments)
Tips Tsabat
 komen oleh: "ghuraba" -- (8 comments)
Tentang 'kita'
 komen oleh: "Islam sufiwanit" -- (7 comments)