Home arrow Artikel dan Karya arrow Arkib Artikel BTi arrow Fikrah arrow Jangan Merajuk Wahai Da'ie
Jangan Merajuk Wahai Da'ie PDF Print
 

By AMs, on 14-05-2008 16:12

Views : 1389    

Favoured : 44

Published in : Artikel dan Karya, Fikrah

najihah2.jpg

[Gambar anak saudara sahabat saya yg baru belajar utk berdiri. Apa yg menarik, bayi kecil ini tidak pernah jemu untuk berusaha walau gagal beberapa kali]


Hidup ini menuntut mujahadah berterusan, setiap hari pasti ada sahaja perkara yang perlu di usahakan. Seringkas bangun pagi memerlukan kekuatan menolak keseronokan tidur yang lena, begitu juga dalam kesungguhan mengulangkaji pelajaran, kesabaran melayani kerenah sahabat handai, hinggalah keteguhan mendirikan Islam dalam diri setiap insan. Inilah kehidupan, tidak lari dari, suka duka, perit jerih, dan susah payah. Apatah lagi bagi tiap jiwa yang dalam sedar berikrar menyerahkan diri mereka kepada Allah, menggelar diri sebagai Dai’e, mengajak jiwa-jiwa kembali tunduk pada Allah yang Esa. Malah mereka lagi perlu menunjukkan kesungguhan dalam tiap perkara, mengelak fitnah menimpa.


Yang pastinya, dalam kesungguhan pasti ada mehnah melanda. Dalam saat seronok mengajak manusia kembali ke jalan Allah, kita terlupa bahawa hati-hati itu ada pemegangnya, yang mengawal tutup buka nya ia. Membuatkan kita kecewa dan putus asa apabila usaha tidak membuahkan hasil seperti yang dijangka. Membuatkan kita terlupa tugas kita hanya pemberi peringatan, sedangkan natijahnya di bawah takdir Allah yang Maha Kuasa. Bak kata pepatah ‘menabur benih di bumi, hasilnya dari Ilahi’.

 


Di saat hati rajuk, mencari hikmah atas apa yang menimpa, Al-Quran menjadi tempat kembali, isinya penuh istimewa, pasti sesuai di setiap keadaan dan masa. Namun, bergantung kepada kesediaan hati itu untuk mengaitkannya dalam kehidupan, mengambil manfaat dari tiap bait Kalamullah. Siapa sangka, kisah Nabi Yunus a.s yang tidak selalu diceritakan mampu memberi seribu pengertian dalam kehidupan.

 


Nabi Yunus menyeru pada kaumnya
Sembahlah Allah Yang Maha Esa
Tinggallah berhala yang tidak bernyawa
Jauhi perbuatan yang sia-sia

Seruan Nabi tidak diterima
Nabi diejek dan Nabi dihina
Baginda tidak berputus asa
Walau dicaci walau dihina

Akhirnya Nabi merasa hampa
Umatnya masih menderhaka
Lalu dia pergi membawa hati
Ke tepi pantai seorang diri

Kapal pedagang Baginda menumpang
Membawa diri ke rantau orang
Malangnya laut bergelombang
Hampir karam ditengah lautan

Bila diundi Nabi merelakan
Terjun ke laut penuh bergelora
Baginda ditelan ke perut Ikan Nun
Gelap gelita tidak terkira

Sedarlah baginda akan silapnya
Ditarbiyyah Allah sebegitu rupa
Menangislah Nabi penuh duka
Memohon Ampun dari Tuhannya

 

Begitulah Kisah seorang Nabi
Diuji Allah begitu sekali


Wahai Dai’e Rabbani, cukuplah kisah Nabi Yunus a.s pemujuk diri, jangan diikut rajuk di hati, usah dilayan kecelaruan emosi, tergesa-gesa melarikan diri dari situasi. Melangkahlah dengan penuh hikmah dan kesabaran dalam meneruskan da’wah lillahi. Begitulah di kala Nabi Yunus lari dari kaumnya yang ingkar, rasa marah dan kecewa hingga terlupa tugas beliau menyampaikan ajaran yang hasilnya adalah dari Tuhan. Menyoroti kehidupan Dai’e, tidak ubah seperti kisah ini, siapalah kita meletakkan hidayah dihati manusia kerana ia adalah urusan Ilahi, hanya usaha yang akan dipersoalkan nanti. Hadamlah kalam Allah apabila Dia berfirman:


“Dan tidaklah Kami mengutus kamu melainkan hanya sebagai pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan. Katakanlah: "Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu, melainkan (mengharapkan kepatuhan) orang-orang yang mahu mengambil jalan kepada Tuhannya.” (Al-Furqan:56-57)
 
Dalam kegelapan perut ikan Nun, hati Nabi Yunus a.s mulai bergerak bertasbih kepada Allah, memohon taubat kerana putus asa dengan rahmat Tuhannya sambil berkata:
 Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim” (Al-Anbiyaa’:87) 

Dengan ketulusan hati berdoa, mengakui kesempurnaan ketuhanan dari sebarang kekurangan dan kelemahan, mengakui kezaliman diri, akhirnya taubat Nabi Yunus a.s di terima. Allah menyelamatkan beliau dari kecelakaan mati di dalam perut ikan Nun kepada kesejahteraan hidup bersama kaumnya yang kembali kepada jalan Ilahi. Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, segalanya mungkin terjadi, asalkan hati jernih mengharap redhaNya. Apa lagi yang Dai’e mahukan selain ketenangan dalam kehidupan seharian. Walaupun penuh ujian, hati penuh taubat mengakui kesalahan.  
 
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman” (Ali-‘Imran:139)

 

Inilah Dai’e Rabbani, tidak takut menghadapi salah, tetapi lekas kembali kepada Allah yang Maha Pemurah. Memujuk hati mencari hikmah mengakui kelemahan insani. Berbekal ibadat di kala senang, menjadi keselamatan di waktu susah. Tabah dan sabar dalam berdakwah tanpa mengira ketidakberhasilan hidayah, kerana tiap langkah di atas jalan ini adalah kejayaan.

Recommend this article...

Last update : 14-05-2008 16:41

   
Quote this article in website
Favoured
Related articles

Users' Comments  RSS feed comment
 

Average user rating

   (2 votes)

 

Display 8 of 8 comments

optimis

By: Islam sufiwanita (Registered ) on 19-09-2008 06:01

Di dalam hidup harus optimis :zzz

 

» Report this comment to administrator

» Reply to this comment...

excellent!

By: assyahida (Registered ) on 17-09-2008 14:44

bagus! subhanallah..Tuhan beri kekuatan melalui pena... syukran ya... 
nak copy..untuk disebarkan pada duat.. agar mereka beroleh penawar jiwa.. untuk dikongsi...syukran jazilan... :)

 

» Report this comment to administrator

» Reply to this comment...

dakwah diri..

By: mdali (Registered ) on 07-07-2008 17:59

Bagaimana pula jika yang nak di dakwah tu diri sendiri? Terlalu banyak sangat tipu daya dunia...

 

» Report this comment to administrator

» Reply to this comment...

Baru je nak merajuk..

By: Illa (Guest ) on 02-07-2008 10:43

ana dapat adik mad'u baru.. yang ni agak mencabar kesabaran.. orgnya kasar2 gitu, sedangkan ana beza sguh dari dia.. puas memujuk dan membantu dalam macam2 hal bagi 'memikat' hati dia pada dakwah ana.. kadang2 ok kadang2 x.. baru je tadi nak merajuk hati ni.. Allah pertemukan pulak dengan artikel ni.. subhanallah.. pujukan buat ana.. dah tak jadi merajuk dah.. Mujahidah kan kuat2! :grin

 

» Report this comment to administrator

» Reply to this comment...

dunia

By: ainul wadia'h (Guest ) on 08-06-2008 12:47

Assalamua'laikum.. 
 
"kdng2 diri ini terasa ingin beralah dalam perjuangan menegakkan agmNya ini, namun teringat akan janji ALLAH yg pasti, satu kekuatan yg x tahu dri mana dtgnya menjalar dlm diri, ku lihat di kanan masih ramai temnku yg perlukan bimbingan, ku lihat di kiri keluargaku yg mengharapkan sokongan.Moga ALLAH mengiringi setiap langkahku"

 

» Report this comment to administrator

» Reply to this comment...

Rajuk kecil2an

By: al_mufikir (Registered ) on 17-05-2008 08:52

rajuk anak kepangkuan ibu, 
rajuk Dai'e kepangkuanNya, 
 
Kadang2 kecil hati buat hati gelisah, tp sepatutny kerunsingan ummah yg harus memonopoli gelisah, dalam2 gelisah cuba kita ingat kisah2, mesti hati kembali basah =), (ingat nk tulis ayat, tp mcm pantun pula) 
 
Kita senyum dibalas masam,kita ajak dia lari, melepaslah juga... 
hati pun jadi kecil, lalu mbawa lara seorg diri  
kdg2 kita lupa, Allah bersama kita... 
alah daie...senyumla sikit  
:)

 

» Report this comment to administrator

» Reply to this comment...

sabar..

By: srikandIslam (Registered ) on 15-05-2008 07:57

Quote
jangan diikut rajuk di hati, usah dilayan kecelaruan emosi, tergesa-gesa melarikan diri dari situasi
 
 
perjuangan menuntut kesabaran.... 
tp lazimnya manusia tumpas pada emosi 
tindakan yg diambil ikutkan perasaan  
mana mungkin daie berputus asa 
bila jalan dakwah mmg penuh ranjaunya... 
 
tindakan susulan: teruskan bersabar.

 

» Report this comment to administrator

» Reply to this comment...

Mumtazah

By: ulun nuha (Guest ) on 15-05-2008 07:57

"Kuatnya kata2 kerana kuatnya iman yg berkata" -sayid qutb 
jzkkk atas peringatan. Karya yang menarik & sangat mengesan di hati ...

 

» Report this comment to administrator

» Reply to this comment...

Display 8 of 8 comments



Add your comment
Name
E-mail
Title  
 
Comment
   Notify me of follow-up comments
  Mathguard security question:
G6E         26L      
  4    F    2     YPB
3BP   6HL   CTC      
T      A    H J   396
JDW         1QJ      
   
   



mXcomment 1.0.6 © 2007-2008 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved
< Prev   Next >
Advertisement
Latest in Forum BTi
TopicsByCategoryDate
Re:Tentang pressure dan tekananIslam sufiwanitaPerkongsian Pengalaman06-09-08 20:14
Re:erti sebuah RamadhanIslam sufiwanitaBicara Akhawat06-09-08 19:46
erti sebuah RamadhansrikandIslamBicara Akhawat06-09-08 09:18
Re:Bulan RamadhanIslam sufiwanitaBicara Ikhwah06-09-08 06:53
Re:Bulan Ramadhanemir.hamizanBicara Ikhwah05-09-08 15:25

BTi Nasyid

Hamas Nasheed

BTi Polls

Adakah anda mempunyai blog sendiri?
 

BTi Statistics

Visits today: 92
Visits yesterday: 66
Visits month: 500
Visits total: 37242
Max.daily visits: 385
  occurred: 2008-3-27
Max.monthly visits: 7073
  occurred: 2008-5
Pages total: 253834
Data since: 2008-02-12

BTi Visitors

Totals Top 10
 25 % Malaysia (9546)
 21 % Australia (7733)
 15 % United States (5621)
 5 % Brunei Darussalam (1831)
 4 % Egypt (1620)
 3 % Indonesia (1222)
 3 % United Kingdom (984)
 2 % Korea, Republic of (820)
 2 % Germany (599)
 < 1.0 % Russian Federation (529)
37242 pelawat dari 137 negara

Buku-Buku Pilihan

BTi Members Online

No users online

BTi Registered Members

387 registered
2 today
0 yesterday
2 this week
5 this month
Last: middleage008 offline

Artikel "Most Commented"

Dimana Allah dalam k
 komen oleh: "Islam sufiwanit" -- (11 comments)
Bersama Uncle Tips -
 komen oleh: "murtabakdaging" -- (8 comments)
Jangan Merajuk Wahai
 komen oleh: "Islam sufiwanit" -- (8 comments)
Tips Tsabat
 komen oleh: "ghuraba" -- (8 comments)
Tentang 'kita'
 komen oleh: "Islam sufiwanit" -- (7 comments)