
Fitrah
manusia ialah inkuiri yang sangat mendalam dan dengan akal, manusia
sentiasa tidak lari dengan berfikir apa-apa sahaja tanpa batasan. Hadirnya agama dan syumulnya agama tersebut dalam hati manusia akan
mengawal segala minda dan tingkah laku manusia. agama ini dibawa oleh
para rasul Allah Maha Pencipta manusia.
Kadang-kadang manusia
degil, keras kepala. tak nak guna minda yang waras. Mudah sangat taksub
dengan benda-benda pelik. Manusia inilah yang menjadi musuh agama
sebenarnya, sebab manusia yang tak ikut agama yang sebenar asalnya
daripada manusia jenis yang tersebut.
Keadaan di bumi sudah
tidak terkawal. perkara-perkara jahat mula berleluasa di muka bumi. Maka undang-undang berdasarkan akal pun dicipta. manusia dibezakan
berdasarkan ideologi. Kamu sekular? Kamu komunis?

Alah,
manusia mencipta undang-undang dengan akal. Maka manusia juga boleh
mempermainkan undang-undang dengan akal, kerana akal manusia kini sudah
tidak lagi dikawal ketat oleh agama yang syumul. kesan pun dah nampak. Kejahatan melampau, undang-undang akal diperketat. Kejahatan makin
melampau, kamera sana sini dipasang, nak kawal gerak-geri manusia. Kamera tengok takut. Allah tengok tak takut? kamera tu pun nanti
manusia boleh hack juga lah!
Hai,
Apakah yang muslim kini sibukkan sehingga mengabaikan agama yang syumul?
Apakah muslim kini lupa perjuangan nabi dan para sahabat?
Di manalah muslim kini letak iktibar sejarah-sejarah kejatuhan Islam?
Di manalah muslim kini sorok rasa dendam kesumat terhadap musuh-musuh Islam?
Di manalah nilai jihad muslim kini untuk mendaulatkan kembali Islam di dunia?
Di manalah kepekaan muslim kini dengan strategi musuh-musuh untuk mengawal Islam?
Bangunlah sahabatku,
Lengkapkan dirimu dengan Islam yang syumul.
Penuhi hatimu dangan ilmu.
Timbulkan kembali dendam kita terhadap musuh.
Larikan dirimu dari kehidupan tipikalmu.
Contohi nabimu dan para sahabat.
Tanamkan jihad dalam dirimu.
Teladani sejarah kejatuhan agamu.

Islam yang syumul ialah hak milik semua manusia.
Kamu bertanggungjawab lengkapkan dirimu dangan Islam yang syumul.
Kamu bertanggungjawab sampaikan Islam yang syumul kepada manusia lain.
Kamu bertanggungjawab julangkan Islam yang syumul ke seluruh dunia.
Recommend this article... Last update : 17-05-2008 09:31
|
|
|
Users' Comments  |
|
Average user rating
(0 vote)
|
|
Add your comment
|