Home arrow Artikel dan Karya arrow Arkib Artikel BTi arrow Motivasi Islami arrow Meninjau Dunia Pelajar dari Perspektif yang Berbeza
Meninjau Dunia Pelajar dari Perspektif yang Berbeza PDF Print
 

By Intan Fairuz, on 20-07-2008 17:44

Views : 760    

Favoured : 37

Published in : Artikel dan Karya, Motivasi Islami


eye.jpgSesungguhnya manusia itu diciptakan dalam keadaan yang bersusah payah (90:4)

Nukilan ini berniat untuk membawa pembaca keluar dari kehidupan belajar yang tenang untuk menyelami sebuah kehidupan yang berlainan. Kehidupan yang dimana, bunyi tembak-menembak adalah perkara biasa dan syahid itu adalah kemuliaan dan sebahagian dari kehidupan.

Nablus adalah satu bandar yang terletak di tebing Barat Palestin. Melihat kepada aktiviti penduduk Palestin di situ yang normal, seperti urusan jual-beli dan wajah-wajah penduduknya yang ceria, tidak disangka bahawa 6 daripada 10 penduduknya  adalah miskin. Walau bagaimanapun, menyedari hakikat kepentingan ilmu, lebih daripada 90% anak-anak muda berjaya ke universiti.

Sememangnya suasana pembelajaran di situ amat berlainan dari apa yang kita jalani sehari-hari. Di hari pertama persekolahan di Nablus, dapat dilihat bahawa wajah ibu-ibu dan bapa-bapa yang sangat berharap bahawa anak-anak mereka dapat dimasukkan ke sekolah yang bagus. Apa yang menarik yang hendak dipaparkan adalah sekolah-sekolah itu tidaklah dilengkapi dengan penghawa dingin, atau pun mempunyai suasana yang selesa dan kondusif untuk belajar. Hakikat sebenarnya dapat dilihat seperti di salah satu sekolah di Nablus, King Talal dimana bilangan kelas yang dimilikinya hanyalah 13, tetapi terpaksa memuatkan sekurang-kurangnya 50 pelajar di dalam satu kelas. Keadaan ini amatlah menyesakkan dan menjadi cabaran kepada pelajar untuk menumpukan perhatian dan juga kepada guru-guru untuk menfokuskan perhatian dan menjaga keperluan setiap pelajar.

Cabaran yang perlu dihadapi oleh para pelajar di Nablus, bukan hanya setakat ini. Mengikut statistik, hampir semua pelajar yang berumur 14 tahun ke atas pernah dipenjara oleh askar-askar Israel. Di dalam penjara, mereka bukan sahaja tidak mengetahui bila mereka akan dibebaskan malah tidak juga mendapat peluang untuk memegang buku. Tiada siapa yang dapat menjangka bahawa mereka akan ditangkap di musim peperiksaan dan tiada siapa juga yang dapat menjangka bahawa mungkin diri mereka atau rakan-rakan sekelas mereka sendiri akan syahid pada bila-bila masa. Hanya Allah yang mengetahui. Malahan, di musim imtihan, ada juga yang terpaksa mengambil perjalanan 15 jam pergi dan pulang untuk melawat adik, abang atau bapa yang berada di penjara. Berat untuk diterima tetapi itulah kenyataan kehidupan pelajar-pelajar di Nablus. Di sekolah King Talal sahaja, kira-kira 8 syahid dan 30 pernah dipenjarakan semenjak 6 tahun yang lepas. Masya Allah..Sememangnya,  semangat para pelajar di Nablus untuk menuntut ilmu, amatlah perlu dicontohi!

(Diringkaskan dari Two school in Nablus, Witness, Al-Jazeera yang dapat dilihat di youtube. Amat digalakkan untuk ditontoni.)

Dokumentari ini amatlah dapat menyedarkan kita bahawa kitaran hidup kita amatlah selesa. Di mana sebagai pelajar, selalunya ia hanya berkisar tentang buku-buku teks university yang tebal-tebal, ‘tension’ kerana terlalu banyak yang perlu diingat untuk peperiksaan, sedih melihat markah yang rendah, gembira kerana markah bagus dan sebagainya.

Itulah yang hendak dipaparkan didalam coretan kali ini. Gaya kehidupan pelajar yang berbeza.

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah” (90:4) 

 

Setiap orang mempunyai kesusahannya yang tersendiri. Tetapi , itu tidak patut dijadikan alasan untuk kita melupakan nasib keluarga seIslam kita di tempat lain dan tidak patut dijadikan alasan untuk kita mengabaikan tanggungjawab kita pada Allah dan agamaNya seperti solat, terutama sekali di musim imtihan ini. Beringatlah ….“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman” (3:139)

Muhasabah diri, tenangkan diri, syukuri dan mujahadahlah sepenuh hati hanya kerana Allah. Semoga diperoleh keberkatanNya. Tiada satu pun di dunia ini terjadi tanpa ditentukan oleh Allah. Maka bertakwalah kepada Allah sahaja. Usaha yang dilakukan oleh tangan kita hanya Allah sahajalah yang memegang keputusannya. Maka bertakwalah. Semoga jiwa-jiwa hamba yang takut dan berharap kepadaNya beroleh ketenangan di sebalik kekalutan.

Bangunlah semua para pejuang Islam! IJAZAH ADALAH DEMI RISALAH!!

Semoga dengan paparan kehidupan keluarga kita di tempat yang lain dapat menenangkan hati semua dan mengobarkan lagi semangat kita untuk kekal bermujahadah kerana Allah.

Recommend this article...


Last update : 20-07-2008 17:55

   
Quote this article in website
Favoured
Related articles

Users' Comments  RSS feed comment
 

Average user rating

   (0 vote)

 

Display 2 of 2 comments

nablus/PJ,risalah/ijazah

By: man-ana (Guest ) on 27-07-2008 13:23

kita belajar utk berjuang. ijazah for risalah. 
mereka berjuang mempertahankan risalah sambil menjunjung ijazah

 

» Report this comment to administrator

» Reply to this comment...

kita belajar, mrk berjuang utk belajar

By: harun (Guest ) on 22-07-2008 23:33

Subhanallah, benar sgt..situasi yg sgt berbeza..ya, Allah berikanlah mereka kekuatan dan kemenangan, ameen.

 

» Report this comment to administrator

» Reply to this comment...

Display 2 of 2 comments



Add your comment
Name
E-mail
Title  
 
Comment
   Notify me of follow-up comments
  Mathguard security question:
D89         O9L      
S O    J    4     F96
POU   T9I   RD2      
P R    9    F O   DEQ
LML         SG7      
   
   



mXcomment 1.0.6 © 2007-2008 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved
< Prev   Next >
Advertisement
Latest in Forum BTi
TopicsByCategoryDate
Re:Muhammad Ar RasyidmuadzmzBicara Buku18-11-08 09:38
rasa, merasa, perasaan...jom bincangsrikandIslamBicara Akhawat16-11-08 23:12
Re:tahu ayat, tetapi lupa rujukan?musafir_msfzLink Menarik14-11-08 04:12
Re:Muhammad Ar RasyidsenikehidupanBicara Buku30-10-08 06:20
Re:Muhammad Ar RasyidibnuyazidBicara Buku27-10-08 17:44

BTi Nasyid

Hamas Nasheed

BTi Polls

Adakah anda mempunyai blog sendiri?
 

BTi Statistics

Visits today: 65
Visits yesterday: 144
Visits month: 2967
Visits total: 43442
Max.daily visits: 385
  occurred: 2008-3-27
Max.monthly visits: 7073
  occurred: 2008-5
Pages total: 330128
Data since: 2008-02-12

BTi Visitors

Totals Top 10
 26 % Malaysia (11418)
 21 % Australia (8974)
 15 % United States (6754)
 4 % Brunei Darussalam (1897)
 4 % Egypt (1813)
 3 % Indonesia (1468)
 3 % United Kingdom (1196)
 2 % Korea, Republic of (909)
 < 1.0 % Germany (635)
 < 1.0 % Ireland (603)
43442 pelawat dari 141 negara

Buku-Buku Pilihan

BTi Members Online

No users online
Guests: 2

BTi Registered Members

447 registered
0 today
0 yesterday
8 this week
43 this month
Last: man offline

Artikel "Most Commented"

Dimana Allah dalam k
 komen oleh: "Islam sufiwanit" -- (11 comments)
Bersama Uncle Tips -
 komen oleh: "murtabakdaging" -- (8 comments)
Jangan Merajuk Wahai
 komen oleh: "Islam sufiwanit" -- (8 comments)
Tips Tsabat
 komen oleh: "ghuraba" -- (8 comments)
Tentang 'kita'
 komen oleh: "Islam sufiwanit" -- (7 comments)