JA slide show
 

Hanya 2 Klik!

Kepada para pengunjung BTi yang masih belum mendaftarkan diri, boleh berbuat demikian di sini
Hanya 2 Klik --- klik link di atas, dan register. Tak perlu confirmation email etc.

Hangatkan Forum BTi dengan perkongsian-perkongsian menarik anda :) 

 
Home
Warkah Dari Dakwah (a reply) PDF Print
 

By Administrator, on 28-07-2008 14:52

Views : 458    

Favoured : 21

Published in : Artikel dan Karya, Artikel Pilihan

writing_contest.jpg

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Penyayang  

 

Assalammualaikum wbt,  Ukhti, Daie Rabbani…..  

 

Semoga warkah ini menemui ukhti dalam kondisi iman dan amal yang dipelihara Allah. Dipanjatkan setinggi-tinggi syukur kepadai Allah, lantaran masih mengizinkan pertemuan kita, tidak kira bagaimanapun kita bermula..dengan  pelbagai kisah dan cerita, masih kita terus setia bersama.  

 

Jazakillah khair ukhti, atas warkah yg diutuskan kepada ana. Sungguh ana hargai perkongsian yg manis itu. Segala luahan rasa, ana yakin datang dari sekeping hati yang ikhlas ingin hidup dan mati dalam redha Allah jua.

Ukhti,

Ingin ana kongsikan pula perasaan ana sepanjang kebersamaan kita.Betapa ana hargai tiap detik kita bersama. Dahulu, ana terasa sgt jauh dari ukhti. Terasa tiada tempat diri ini dlm kehidupan ukhti yg penuh dgn kesibukan kuliah dan aktiviti-aktiviti harian ukhti. Ukhti seorang yang bercita-cita tinggi, hidup dipenuhi impian berwarna warni. Di waktu itu, ana sangat asing dalam kehidupan ukhti, tidak pernah terlintas kita akan seintim ini.  

 

Dengan takdir Allah, Bumi Melben ini telah menemukan kita. Awal-awal dulu, teragak-agak juga ana untuk mendekati ukhti. Bukan mudah untuk memenangi keyakinan ukhti. Silap langkah, ukhti pasti akan terus lari. Dengan orang lain, sudah beberapa kali ana menemui kegagalan. Memang tidak mudah ingin membersihkan nama ana, yang dilabel dgn pelbagai label dan fahaman. Sedih, apabila manusia menilai ana dgn syubahat yg tidak mampu ana betulkan. Namun ana tekad, ukhti tak boleh ana lepaskan. Berapa ramai lagi yang sanggup ana biarkan untuk terus menjadi mangsa keadaan. Akhirnya ana tekad jua untuk melangkah masuk dalam diri ukhti walaupun terpaksa menongkah arus. Walau terpaksa bersabar dengan reaksi dingin ukhti pada awal pertemuan kita. Sedikit demi sedikit ana susun langkah, memperkenalkan ukhti akan diri ana yang sebenar.   

 

Alhamdulillah, Allah sebaik-baik Perancang. Sesungguhnya, hati-hati manusia ini Dialah jua yang memegangnya. Akhirnya, benteng antara kita runtuh jua. Jarak antara kita semakin dekat, hubungan kita semakin rapat. Kefahaman yg semakin meningkat, membuatkan jalinan kita semakin erat. Ukhti mula komited, untuk terus mengenali, memahami dan akhirnya bersama ana menyusuri jalan ini. Demi bersama ana, ukhti tinggalkan kehidupan ukhti yg dahulu. Tiada lagi lagu-lagu lagha halwa telinga, tiada lagi aktiviti-aktiviti membuang masa, tiada lagi hubungan di luar batasan agama, tiada lagi ikatan selain ikatan yang membawa ke syurga. Dari seorang yang pendiam, ukhti bertatih untuk berbicara ttg kebenaran, dari seorang yang berkira, ukhti belajar untuk berlapang dada, dari seorang yang terlalu sensitif, ukhti mujahadah untuk tabah, dari seorang yg tinggi sifat fardhiyah, ukhti suburkan sifat jamieyah.  

 

Satu hakikat, siapa sahaja yang ingin menjadikan ana sebagai sahabat, pasti akan diuji dgn hebat. Ada ketika, ana sgt bimbang ukhti tidak akan sanggup untuk melalui detik-detik yang sukar itu. Ukhti mula diuji. Ujian dalam diri, ujian dari pihak luar, ujian melawan nafsu dan syaitan, segalanya seolah-olah tidak senang melihat kebersamaan kita. Ada masa ukhti berasa jauh hati dengan ana, ada masa ukhti berasa jemu, ada juga masa ukhti  terasa ana ini adalah beban yang berat. Namun, satu yang ana kagumi, kesabaran dan kesetiaan ukhti.

 

Apa jua mehnah, tidak sama sekali ukhti berniat untuk meninggalkan ana. Ukhti masih cuba bermujahadah, melakukan yg terbaik demi kebaikan ana. Tidak cukup dgn itu, perasaan dan  emosi ukhti juga seringkali diuji dgn pelbagai peristiwa. Bukan sedikit air mata yang ukhti gugurkan kerana ana. Ukhti cuba sembunyikan dalam senyum, namun kadang kala terzahir jua. Ukhti cuba memendam rasa dan berdiam, namun tingkah laku terus berbicara. Jangan begitu ukhti, takut di saat hatimu dlm kekalutan, syaitan bijak mengambil kesempatan. Bersegeralah mencari jalan keluar, membina kembali kekuatan dan dan segera mencari rawatan.  

 

Ukhti,

 

Hanya Allah sebaik-baik pemberi Ganjaran atas segala pengorbanan. Memang tidak mudah bersahabat dengan ana. Fitrah diri ana, menuntut jiwa yang sanggup berkorban dan dilenturkan. Menuntut hati-hati yang sedia untuk dibetulkan, dengan nasihat yg lembut mahupun teguran yang tegas. Demi ana, Ukhti perlu berhadapan dgn manusia yang pelbagai karenah dan ragam. Ukhti perlu berhadapan dgn pandangan manusia yang penuh syubahat dan salah faham. Ukhti perlu tinggalkan rumah yang selesa dan kehidupan yg rutin. Ukhti perlu korbankan wang ringgit, tenaga dan masa. Semua itu ukhti lakukan agar manusia mengenali, memahami dan menghadirkan diri ana dalam hidup mereka, seperti ukhti juga.

 

Ukhti, maafkan ana sekiranya terlalu banyak yang perlu ukhti korbankan untuk diri ana. Ana berdoa, semoga Allah akan membalas ukhti dgn pulangan yang jauh lebih baik dari apa yang  telah dilepaskan. Mungkin ana sendiri tidak mampu memberikan kemudahan dan kesenangan, namun yakinlah kebersamaan kita bukanlah suatu yang sia-sia. 

 

Harapan ana....

 

Yakinlah ukhti untuk terus melangkah bersama ana, sungguh manusia memandang penuh prasangka..

 

Sabarlah meniti tangga tarbiyyah, lantaran itulah kekuatan untuk kita kekal bersama..Ikhlaslah dalam niat dan amal, agar ukhti tidak bersempit dada dgn ana..

 

Bersedialah untuk dinasihati dan diperbetulkan, kerana ana menuntut pengislahan berterusan..

 

Teguhlah hatimu untuk terus setia..hingga akhirnya kita disemadikan bersama..

 

“ Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, nescaya Allah menyiksa kamu dengan siksa yang pedih dan diganti-Nya kamu dengan kaum yang lain “  At Taubah : 39

 

Salam perjuangan....

 

Yang Benar, 

DAKWAH

4.11am, 26 July 2008.

Recommend this article...

Last update : 28-07-2008 15:07

   
Quote this article in website
Favoured
Related articles

Users' Comments  RSS feed comment
 

Average user rating

   (0 vote)

 


Add your comment
Name
E-mail
Title  
 
Comment
   Notify me of follow-up comments
  Mathguard security question:
 X          GX7      
4D     J    D     N33
 W    3QH   6W5      
 2     Y    1 Y   HSK
JCT         IRK      
   
   

No comment posted



mXcomment 1.0.6 © 2007-2008 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved
Advertisement
Adakah Anda Meminati Sejarah?

User Login

Latest in Forum BTi
TopicsByCategoryDate
Re:Muhammad Ar RasyidmuadzmzBicara Buku18-11-08 09:38
rasa, merasa, perasaan...jom bincangsrikandIslamBicara Akhawat16-11-08 23:12
Re:tahu ayat, tetapi lupa rujukan?musafir_msfzLink Menarik14-11-08 04:12
Re:Muhammad Ar RasyidsenikehidupanBicara Buku30-10-08 06:20
Re:Muhammad Ar RasyidibnuyazidBicara Buku27-10-08 17:44

BTi Nasyid

Hamas Nasheed

BTi Polls

Adakah anda mempunyai blog sendiri?
 

BTi Statistics

Visits today: 65
Visits yesterday: 144
Visits month: 2967
Visits total: 43442
Max.daily visits: 385
  occurred: 2008-3-27
Max.monthly visits: 7073
  occurred: 2008-5
Pages total: 330161
Data since: 2008-02-12

BTi Visitors

Totals Top 10
 26 % Malaysia (11418)
 21 % Australia (8974)
 15 % United States (6754)
 4 % Brunei Darussalam (1897)
 4 % Egypt (1813)
 3 % Indonesia (1468)
 3 % United Kingdom (1196)
 2 % Korea, Republic of (909)
 < 1.0 % Germany (635)
 < 1.0 % Ireland (603)
43442 pelawat dari 141 negara

Buku-Buku Pilihan

BTi Members Online

No users online

BTi Registered Members

447 registered
0 today
0 yesterday
8 this week
43 this month
Last: man offline

Artikel "Most Commented"

Dimana Allah dalam k
 komen oleh: "Islam sufiwanit" -- (11 comments)
Bersama Uncle Tips -
 komen oleh: "murtabakdaging" -- (8 comments)
Jangan Merajuk Wahai
 komen oleh: "Islam sufiwanit" -- (8 comments)
Tips Tsabat
 komen oleh: "ghuraba" -- (8 comments)
Tentang 'kita'
 komen oleh: "Islam sufiwanit" -- (7 comments)