Home arrow Artikel dan Karya arrow Arkib Artikel BTi arrow Fikrah arrow Menongkah Sesuai dengan Dasarnya
Menongkah Sesuai dengan Dasarnya PDF Print
 

By penapistola, on 29-07-2008 21:48

Views : 547    

Favoured : 25

Published in : Artikel dan Karya, Fikrah

Setiap dai'e perlu tahu ini. Ia perkara asas dalam menghampiri manusia dan dalam melaksanakan manhaj taghyir yang di bawa Hasan al-Banna, semuanya dari sirah Rasulullah s.a.w. yang mulia. Bukan semberono kita bertemu dan menyeru manusia. Dalam melalui situasi masyarakat yang pelbagai rupa, dai'e perlu jelas tentang jalan menongkah badai kebiasaan dan adat masyarakat. Satu isu yang perlu di beri perhatian adalah tingkap kita melihat lahan dan tribulasi da'wah, dan di mana hendak kita turunkan sauh agar dapat kita berlabuh di tempat yang terbaik.

Untuk memahami perkara ini, mari kita lihat secara ringkas dua kisah dalam sirah Nabi s.a.w. terkait perkara ini.

Kisah pertama adalah insiden seorang arab badwi yang masuk ke masjid kemudian membuang air kecil di salah satu tiang masjid. Sebaik melihat tindakannya, para sahabt bergegas ingin menghentikannya, namun dihentikan oleh Rasulullah s.a.w. dan baginda menyuruh agar diselesaikan urusannya itu. Baginda s.a.w. bersabda, "Kamu diutuskan untuk memudahkan  dan kamu tidak diutus untuk menyusahkan". Kemudian baginda s.a.w. menyuruh pula sahabat untuk menjirus tempat najis itu dengan sebaldi air.

Dalam kisah yang lain pula, kita kembali mengingat kisah tiga orang lelaki yang datang bertemu Aisyah r.a. dan bertanyakan tentang amal Nabi s.a.w. Setelah mendengarnya, mereka merungut tentang amal mereka yang tidak seberapa lantas bertekad engan satu tidak mahu tidur, hanya bersolat sepanjang malam, yang satu mahu puasa berpanjangan, yang ketiga tidak mahu berkahwin, mahu beribadah sepanjang hayat. Mengetahui ini, Rasulullah s.a.w. memanggil mereka bertiga, kemudian bertanya apakah mereka mengatakannya, lantas menjelaskan bahawa baginda adalah hamba Allah yang paling taat, namun baginda tidak bertindak seperti yang mereka katakan. Lantas baginda menyatakan bahawa barangsiapa yang menolak sunnahnya, maka mereka bukan dari golongannya(muslim).

Dari dua peristiwa di atas, dua perkara yang perlu kita analisa sebelum mengaitkannya dengan intisari penulisan ini.

Pertama, bentuk tindakan dari dua pelaku dalam peristiwa di atas. Si arab badwi telah melanggar adab di dalam masjid, sedang tiga lelaki tadi telah mengusulkan untuk iltizam dengan amalan yang baik.

Keduanya adalah reaksi Nabi s.a.w. terhadap kedua pelaku tersebut. Si badwi tidak ditegah oleh Nabi, sebaliknya dibiarkan sehingga selesai, sekalipun tindakannya itu biadap. Sedang tiga lelaki itu ditegah dari melakukan iltizam mereka, kemudian di tambah pula bahawa sekiranya mereka meninggalkan sunnah Nabi s.a.w, maka mereka bukan lagi dari golongan muslim.

Mengambil nilai dari peristiwa di atas secara umum, dapat kita petik bahawa Nabi s.a.w. menghukum sesuai dengan dasar kedua peristiwa di atas. Si badwi melakukan kesalahan dalam segi adab, yang mana pemulihannya memadai dengan teguran dan memberitahu. Tidak diisi pula dengan kenyataan keluar dari kelompok muslim kerana mencemari masjid Nabi s.a.w. Jika difikirkan kembali, tindakannya itu pasti akan menimbulkan kebencian yang besar sekiranya berlaku hari ini. Silap haribulan, dibelasahnya orang itu. 

Bagi tiga lelaki itu pula, kenyataan Nabi yang terakhir itu mengajar kita betapa beratnya akibat jika meninggalkan sunnah Nabi s.a.w. Dalam kes mereka secara khusus, mereka mengusulkan iltizam yang amat baik pada zahirnya, namun dari segi fitrah manusia, ia amatlah membebankan. Isu utama yang perlu difahami di sini adalah kesilapan kefahaman mereka terhadap ibadah dalam islam. Dari suatu sudut, tindakan mereka itu adalah tindakan kerahiban. Nilai fitrah manusia ditentang sehabisnya, hingga mengekang. Sekiranya kefahaman tersebut tidak dibetulkan segera, dengan penegasan(baca: hukuman) yang setimpal, maka kefahaman umat terhadap islam umumnya dan ibadah di dalam islam khususnya akan bercelaru.

Dari sini, perlu kita fahami bahawa tindakan yang kita ambil, perlulah atas desakan dari dasar perkara atau isu tersebut. Secara tidak sedar, inilah sifat tabi'i dalam menangani perubahan. Sesuatu perkara diselesaikan berkadaran dengan hakikatnya yang sebenar, bukan dari zahirnya sahaja.

Mengaitkan pengajaran ini dalam usaha da'wah fardhiyah, setiap dai'e harus faham tentang dasar lahan da'wah yang dihadapinya. Setiap kerangka peribadinya, latar belakang kehidupannya dan tindakannya yang menyusul perlu dihakimi dengan baik. Kesan dari tindakan dai'e dalam usaha memulihkannya banyak bergantung kepada sejauhmana illaj itu tepat dengan isu yang dihadapi. Persepsi dan pandangan kita terhadap kesilapan mereka perlu ditimbang dengan baik, mengambil kira tidak hanya zahir buruknya perbuatan mereka, tetapi juga dasar terlahirnya satu-satu perbuatan itu.

Begitu juga bagi murabbi, mutarabbi perlu difahami isu yang mereka hadapi. Apakah berkenaan jiwanya, atau fizikalnya, atau fikrahnya, atau lain? Tindak balas harus merawat dasarnya, bukan menutup zahirnya.

Melihat pula dari proses taghyir, perkara ini seringkali menjadi konflik. Perubahan mendasar merupakan satu dari langkah penting dan tabi'i dalam proses taghyir. Tarbiyah dari individu tidak dapat tidak perlu diusahakan dengan tekun dan komited. Unjuran kita untuk membentuk masyarakat muslim perlu disedari bahawa masyarakat itu terdiri dari individu. Hanya individu yang iltizam akan mampu menjadi pengasas kepada masyarakat islam yang iltizam pula. Jadi apabila kita berusaha ke arah islah, langkah tabi'i adalah untuk bertindak sesuai dengan isu dasar. Begitulah juga keadaan yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. semasa bermulanya da'wah di Mekah. Persiapan yang mendasar, akhirnya melahirkan satu generasi yang unik dan perkasa.

Melihat pula pada usaha islah yang ada kini di serata dunia, perlu kita analisa kembali dengan teliti, apakah proses taghyir itu melalui langkah tabi'i ini ataukah ia melangkah-langkah agar segera terlihat islam gemilang pada zahirnya? 

Recommend this article...

Last update : 29-07-2008 21:48

   
Quote this article in website
Favoured
Related articles

Users' Comments  RSS feed comment
 

Average user rating

   (0 vote)

 


Add your comment
Name
E-mail
Title  
 
Comment
   Notify me of follow-up comments
  Mathguard security question:
 T          YSD      
7Q     O      2   A4H
 G    9SP     I      
 1     F      I   END
B1R           3      
   
   

No comment posted



mXcomment 1.0.6 © 2007-2008 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved
< Prev   Next >
Advertisement
Latest in Forum BTi
TopicsByCategoryDate
Re:Muhammad Ar RasyidmuadzmzBicara Buku18-11-08 09:38
rasa, merasa, perasaan...jom bincangsrikandIslamBicara Akhawat16-11-08 23:12
Re:tahu ayat, tetapi lupa rujukan?musafir_msfzLink Menarik14-11-08 04:12
Re:Muhammad Ar RasyidsenikehidupanBicara Buku30-10-08 06:20
Re:Muhammad Ar RasyidibnuyazidBicara Buku27-10-08 17:44

BTi Nasyid

Hamas Nasheed

BTi Polls

Adakah anda mempunyai blog sendiri?
 

BTi Statistics

Visits today: 68
Visits yesterday: 144
Visits month: 2970
Visits total: 43445
Max.daily visits: 385
  occurred: 2008-3-27
Max.monthly visits: 7073
  occurred: 2008-5
Pages total: 330313
Data since: 2008-02-12

BTi Visitors

Totals Top 10
 26 % Malaysia (11419)
 21 % Australia (8975)
 15 % United States (6755)
 4 % Brunei Darussalam (1897)
 4 % Egypt (1813)
 3 % Indonesia (1468)
 3 % United Kingdom (1196)
 2 % Korea, Republic of (909)
 < 1.0 % Germany (635)
 < 1.0 % Ireland (603)
43445 pelawat dari 141 negara

Buku-Buku Pilihan

BTi Members Online

No users online
Guests: 2

BTi Registered Members

447 registered
0 today
0 yesterday
8 this week
43 this month
Last: man offline

Artikel "Most Commented"

Dimana Allah dalam k
 komen oleh: "Islam sufiwanit" -- (11 comments)
Bersama Uncle Tips -
 komen oleh: "murtabakdaging" -- (8 comments)
Jangan Merajuk Wahai
 komen oleh: "Islam sufiwanit" -- (8 comments)
Tips Tsabat
 komen oleh: "ghuraba" -- (8 comments)
Tentang 'kita'
 komen oleh: "Islam sufiwanit" -- (7 comments)