|
A Case Study: The ‘Mixing’ Phenomenon
‘Mixing’ di sini merujuk kepada percampuran di antara lelaki
dan wanita di tempat-tempat awam kerana keperluan untuk menguruskan, menjalani
mahupun menyelesaikan urusan-urusan kehidupan. Ia merangkumi segala cara,
kaedah, dan metodologi yang menyampaikan maksud ini. ‘Mixing’ di sini merujuk kepada
‘borderline case’ yang mana boleh member manfaat dan mudarat bergantung kepada
pemahaman dan aplikasi di dalam kehidupan.
Di sini, persoalan-persoalan seperti ‘pre-marital
relationship’ tidak akan disentuh secara langsung memandangkan kebanyakkan kita
mengetahui akan prinsip mahupun hukum tentang masalah tersebut. Paling tidak,
kebanyakkan pihak mempunyai pemahaman yang agak jelas berkenaan perkara ini
berbanding ‘Mixing’. Hal ini jelas terbukti dengan wujudnya The ‘Mixing’
Phenomenon di kotak pemikiran sesetengah pihak yang terjadi secara disedari
mahupun tidak disedari oleh pihak berkenaan disebabkan tekanan persekitaran.
Kajian yang dibuat ini bukanlah untuk memperbesarkan symptom-simpton
permasalahan yang kecil mahupun memperkecilkan isu-isu besar. Jauh sekali untuk
provokasi dan seumpama dengannya. Namun tujuan kajian dibentangkan adalah untuk
menjana pemahaman dan pemikiran agar semua pihak dapat memahami sebab
berlakunya perkara ini dan tidak secara semberono mencapai kata putus dalam mengadili
perkara ini.
The ‘Mixing’ Phenomenon ini menempati dua kondisi ekstrim di
dua hujung yang berlainan. Pertamannya, percampuran tanpa batas@free mixing
atau seumpama dengannya walaupun apa pun label yang diberikan kepada hakikat
ini. Hal ini terjadi akibat kurang bersungguh dalam memahami Islam atau boleh
juga disebabkan sikap sambil lewa terhadap prinsip-prinsip islam. Banyak pihak
yang merasakan tidak bersalah dan cool untuk ‘mixing’ tanpa ada sebab-sebab
yang konkrit. Sebab-sebab yang konkrit di sini merujuk kepada perkara yang amat
diperlukan untuk menyelesaikan perkara tersebut contohnya seperti penggunaan
kenderaan awam, lif dan escalator. Contohnya, apa yang dapat diperhatikan di
sekeliling kita? Baik di warung mamak mahupun di starbucks, baik di sekolah
aliran agama mahupun di sekolah yang lain, baik di desa mahupun di Bandar, baik
di dalam negara mahupun di luar negara, baik di mana-mana sahaja, perkara ini
berlaku secara berleluasa. Apa yang lebih menyedihkan hal ini berlaku di negara
yang majoritinya penduduk islam maka apa yang boleh diharapkan kepada
masyarakat islam yang minority di tempat-tempat yang lain? Sebentar, jangan
mudah bertindak hentam kromo.
Keduanya, adalah ‘no mixing’. Hal ini lebih kompleks
daripada apa yang tercerna dalam perlakuan kita seharian. Sebab-sebab
berlakunya akan diperincikan secara saksama tetapi mari kita lihat dulu
kesan-kesannya melalui dialog berikut.
|
·
Alhamdulillah! Aku
merasakan lebih terkawal dan tenang sebegini
·
Berubah tu tak mudah,
aku perlukan sedikit masa untuk aku meneliti kembali hal ini dan sehingga aku
benar-benar yakin dan jelas barulah aku tidak bimbang untuk bergaul
·
La! Dah memang aku
macam ni, dari dulu, kini dan selamanya..
·
Lol! Akhwat pun
manusia juga deh!
|
|
|
|
‘’Aku tak faham la, aku takdelah
jahat sangat tapi takkan sampai Nampak aku pun terus lari”
|
|
‘’Pada aku, islam tak macam tu! Takkan
nanti bila ada masyarakat islam, semua akan ada ‘men and women separately’? Ishh
takkan kot”
|
|
“Tak leh accept! konfius aku!
Pening2! Zaman Rasulullah dulu macam ni ker?”
|
Rata-ratanya kita mengetahui sebab untuk kita bertindak
sebegitu. Hal ini mungkin terjadi disebabkan kecenderungan individu yang tidak
menggambarkan ciri suatu prinsip atau kelompok, suatu fasa dari fasa perubahan
yang mana iainya adalah sementara, suatu teknik pendidikan diri untuk mengambil
sikap berhati-hati dalam apa sahaja perkara dan seribu satu lagi sebab-sebab
yang barangkali hanya diketahui pelakunya. Tidak dapat tidak, ‘no mixing’ telah
memberi tamparan hebat kepada pengembangan kapasiti individu dan kesan negatif pada
pandangan umum . Hal ini tidak dinafikan terutamanya kepada mereka yang
melakukannya secara membuta tuli mahupun warisan tanpa memahami prinsip atau
isu yang menggerakkan mereka untuk berkelakuan sedemikian.
Sekilas pandang, kita sebenarnya kehilangan sesuatu. Di
antara dua kondisi yang dibicarakan tadi, kita sepatutnya menampilkan suatu
kondisi pertengahan yang tidak merumitkan dan tidak juga meremehkan
prinsip-prinsip islam. Kita sepatutnya menjadi contoh dan model yang memahami
prinsip-prinsip islam dalam menjalani kehidupan. Hal ini tidak mudah, kefahaman
harus mendahului setiap tindakan kita bukan emosi yang menggerakkan reaksi. Bila
sayup kedengaran, orang melabel kita begini dan begitu maka dengan mudahnya kita
berubah dan bereaksi tanpa menuruti
prinsip-prinsip islam yang diyakini. Berjejaklah di bumi yang nyata. Seharusnya kita sedar bahawa solusi ini
telah lama wujud. Panduan ini telah tersedia sekian tahunnya. Rujuklah kembali
kepada Sejarah islam. Insyaallah akan terpancarlah cahaya buat menerangi
syubhat dan kekeliruan yang sedia ada. Insyaallah kita akan bicarakan kajian
kes The ‘Mixing’ Phenomenon di zaman keemasan islam ketika rasul masih di sisi di keluaran akan datang.
Kesimpulannya, kita harus meneliti setiap perkara itu hingga
ke akar umbinya dan memberikan penyelesaian pada kadarnya. Kita yang menentukan
ke arah mana kehidupan ini berjalan dan kita yang harus menjawab persoalan ‘men
from mars, women from venus and in earth, hows it gonna be?
Be on the top
Recommend this article... Last update : 18-08-2008 08:41
|
|
|