JA slide show
 

Hanya 2 Klik!

Kepada para pengunjung BTi yang masih belum mendaftarkan diri, boleh berbuat demikian di sini
Hanya 2 Klik --- klik link di atas, dan register. Tak perlu confirmation email etc.

Hangatkan Forum BTi dengan perkongsian-perkongsian menarik anda :) 

 
Home arrow Artikel dan Karya arrow A Case Study: The ‘Mixing’ Phenomenon
A Case Study: The ‘Mixing’ Phenomenon PDF Print
 

By Be on the top, on 18-08-2008 08:40

Views : 554    

Favoured : 19

Published in : Artikel dan Karya, Fikrah

A Case Study: The ‘Mixing’ Phenomenon

 

‘Mixing’ di sini merujuk kepada percampuran di antara lelaki dan wanita di tempat-tempat awam kerana keperluan untuk menguruskan, menjalani mahupun menyelesaikan urusan-urusan kehidupan. Ia merangkumi segala cara, kaedah, dan metodologi yang menyampaikan maksud ini. ‘Mixing’ di sini merujuk kepada ‘borderline case’ yang mana boleh member manfaat dan mudarat bergantung kepada pemahaman dan aplikasi di dalam kehidupan.

 

Di sini, persoalan-persoalan seperti ‘pre-marital relationship’ tidak akan disentuh secara langsung memandangkan kebanyakkan kita mengetahui akan prinsip mahupun hukum tentang masalah tersebut. Paling tidak, kebanyakkan pihak mempunyai pemahaman yang agak jelas berkenaan perkara ini berbanding ‘Mixing’. Hal ini jelas terbukti dengan wujudnya The ‘Mixing’ Phenomenon di kotak pemikiran sesetengah pihak yang terjadi secara disedari mahupun tidak disedari oleh pihak berkenaan disebabkan tekanan persekitaran.

 

Kajian yang dibuat ini bukanlah untuk memperbesarkan symptom-simpton permasalahan yang kecil mahupun memperkecilkan isu-isu besar. Jauh sekali untuk provokasi dan seumpama dengannya. Namun tujuan kajian dibentangkan adalah untuk menjana pemahaman dan pemikiran agar semua pihak dapat memahami sebab berlakunya perkara ini dan tidak secara semberono mencapai kata putus dalam mengadili perkara ini.

The ‘Mixing’ Phenomenon ini menempati dua kondisi ekstrim di dua hujung yang berlainan. Pertamannya, percampuran tanpa batas@free mixing atau seumpama dengannya walaupun apa pun label yang diberikan kepada hakikat ini. Hal ini terjadi akibat kurang bersungguh dalam memahami Islam atau boleh juga disebabkan sikap sambil lewa terhadap prinsip-prinsip islam. Banyak pihak yang merasakan tidak bersalah dan cool untuk ‘mixing’ tanpa ada sebab-sebab yang konkrit. Sebab-sebab yang konkrit di sini merujuk kepada perkara yang amat diperlukan untuk menyelesaikan perkara tersebut contohnya seperti penggunaan kenderaan awam, lif dan escalator. Contohnya, apa yang dapat diperhatikan di sekeliling kita? Baik di warung mamak mahupun di starbucks, baik di sekolah aliran agama mahupun di sekolah yang lain, baik di desa mahupun di Bandar, baik di dalam negara mahupun di luar negara, baik di mana-mana sahaja, perkara ini berlaku secara berleluasa. Apa yang lebih menyedihkan hal ini berlaku di negara yang majoritinya penduduk islam maka apa yang boleh diharapkan kepada masyarakat islam yang minority di tempat-tempat yang lain? Sebentar, jangan mudah bertindak hentam kromo.

 

Keduanya, adalah ‘no mixing’. Hal ini lebih kompleks daripada apa yang tercerna dalam perlakuan kita seharian. Sebab-sebab berlakunya akan diperincikan secara saksama tetapi mari kita lihat dulu kesan-kesannya melalui dialog berikut.

 

·         Alhamdulillah! Aku merasakan lebih terkawal dan tenang sebegini

·         Berubah tu tak mudah, aku perlukan sedikit masa untuk aku meneliti kembali hal ini dan sehingga aku benar-benar yakin dan jelas barulah aku tidak bimbang untuk bergaul

·         La! Dah memang aku macam ni, dari dulu, kini dan selamanya..

·         Lol! Akhwat pun manusia juga deh!

 

‘’Aku tak faham la, aku takdelah jahat sangat tapi takkan sampai Nampak aku pun terus lari”

‘’Pada aku, islam tak macam tu! Takkan nanti bila ada masyarakat islam, semua akan ada ‘men and women separately’? Ishh takkan kot”

“Tak leh accept! konfius aku! Pening2! Zaman Rasulullah dulu macam ni ker?”

 

Rata-ratanya kita mengetahui sebab untuk kita bertindak sebegitu. Hal ini mungkin terjadi disebabkan kecenderungan individu yang tidak menggambarkan ciri suatu prinsip atau kelompok, suatu fasa dari fasa perubahan yang mana iainya adalah sementara, suatu teknik pendidikan diri untuk mengambil sikap berhati-hati dalam apa sahaja perkara dan seribu satu lagi sebab-sebab yang barangkali hanya diketahui pelakunya. Tidak dapat tidak, ‘no mixing’ telah memberi tamparan hebat kepada pengembangan kapasiti individu dan kesan negatif pada pandangan umum . Hal ini tidak dinafikan terutamanya kepada mereka yang melakukannya secara membuta tuli mahupun warisan tanpa memahami prinsip atau isu yang menggerakkan mereka untuk berkelakuan sedemikian.

 

Sekilas pandang, kita sebenarnya kehilangan sesuatu. Di antara dua kondisi yang dibicarakan tadi, kita sepatutnya menampilkan suatu kondisi pertengahan yang tidak merumitkan dan tidak juga meremehkan prinsip-prinsip islam. Kita sepatutnya menjadi contoh dan model yang memahami prinsip-prinsip islam dalam menjalani kehidupan. Hal ini tidak mudah, kefahaman harus mendahului setiap tindakan kita bukan emosi yang menggerakkan reaksi. Bila sayup kedengaran, orang melabel kita begini dan begitu maka dengan mudahnya kita berubah dan bereaksi  tanpa menuruti prinsip-prinsip islam yang diyakini. Berjejaklah di bumi yang nyata. Seharusnya kita sedar bahawa solusi ini telah lama wujud. Panduan ini telah tersedia sekian tahunnya. Rujuklah kembali kepada Sejarah islam. Insyaallah akan terpancarlah cahaya buat menerangi syubhat dan kekeliruan yang sedia ada. Insyaallah kita akan bicarakan kajian kes The ‘Mixing’ Phenomenon di zaman keemasan islam ketika rasul masih di sisi di keluaran akan datang.

 

Kesimpulannya, kita harus meneliti setiap perkara itu hingga ke akar umbinya dan memberikan penyelesaian pada kadarnya. Kita yang menentukan ke arah mana kehidupan ini berjalan dan kita yang harus menjawab persoalan ‘men from mars, women from venus and in earth, hows it gonna be?

 

 

 Be on the top

 

 

 

 

 

 

 

Recommend this article...

Last update : 18-08-2008 08:41

   
Quote this article in website
Favoured
Related articles

Users' Comments  RSS feed comment
 

Average user rating

   (0 vote)

 


Add your comment
Name
E-mail
Title  
 
Comment
   Notify me of follow-up comments
  Mathguard security question:
I           YTA      
A F    I    W     JP1
I8T   ANN   CHY      
  9    H    G 7   R3H
  K         MR5      
   
   

No comment posted



mXcomment 1.0.6 © 2007-2008 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved
< Prev   Next >
Advertisement
Adakah Anda Meminati Sejarah?

User Login

Latest in Forum BTi
TopicsByCategoryDate
Re:Muhammad Ar RasyidmuadzmzBicara Buku18-11-08 09:38
rasa, merasa, perasaan...jom bincangsrikandIslamBicara Akhawat16-11-08 23:12
Re:tahu ayat, tetapi lupa rujukan?musafir_msfzLink Menarik14-11-08 04:12
Re:Muhammad Ar RasyidsenikehidupanBicara Buku30-10-08 06:20
Re:Muhammad Ar RasyidibnuyazidBicara Buku27-10-08 17:44

BTi Nasyid

Hamas Nasheed

BTi Polls

Adakah anda mempunyai blog sendiri?
 

BTi Statistics

Visits today: 65
Visits yesterday: 144
Visits month: 2967
Visits total: 43442
Max.daily visits: 385
  occurred: 2008-3-27
Max.monthly visits: 7073
  occurred: 2008-5
Pages total: 330092
Data since: 2008-02-12

BTi Visitors

Totals Top 10
 26 % Malaysia (11418)
 21 % Australia (8974)
 15 % United States (6754)
 4 % Brunei Darussalam (1897)
 4 % Egypt (1813)
 3 % Indonesia (1468)
 3 % United Kingdom (1196)
 2 % Korea, Republic of (909)
 < 1.0 % Germany (635)
 < 1.0 % Ireland (603)
43442 pelawat dari 141 negara

Buku-Buku Pilihan

BTi Members Online

No users online
Guests: 2

BTi Registered Members

447 registered
0 today
0 yesterday
8 this week
43 this month
Last: man offline

Artikel "Most Commented"

Dimana Allah dalam k
 komen oleh: "Islam sufiwanit" -- (11 comments)
Bersama Uncle Tips -
 komen oleh: "murtabakdaging" -- (8 comments)
Jangan Merajuk Wahai
 komen oleh: "Islam sufiwanit" -- (8 comments)
Tips Tsabat
 komen oleh: "ghuraba" -- (8 comments)
Tentang 'kita'
 komen oleh: "Islam sufiwanit" -- (7 comments)