|
A JEWISH man has sold his business and is leaving friends and family in Southend to emigrate to Israel and follow a “burning desire” to be part of his new nation’s culture. Philip Burns, 22, is due to leave the UK today and will immediately be enrolled in the Israeli army for a minimum of six months as part of the country’s national service.
Philip Burns, 22, is due to leave the UK today and will immediately be enrolled in the Israeli army for a minimum of six months as part of the country’s national service.
Philip said: “I am going for ideological and Jewish identity reasons. It’s difficult in Southend because there is not a big Jewish community.”
Loyalty to Britain or Israel? Can we Question it? http://www.mpacuk.org/content/view/4899/102/
Sekilas pandang membaca artikel di atas membuatkan saya tergerak. Tiada persoalan lain yang dapat saya fikirkan, melainkan "Apakah yang menyebabkan pemuda islam tidak segairah En Philip Burns?"
Jika anda sudah membacanya, saya yakin anda juga akan terfikir perkara yang sama. Atau mungkin, "Apakah yang menyebabkan dia sungguh bersemangat?" Atau yang seumpamanya.
Telah tiba waktu untuk bangkit lama yang dulu, tapi malangnya pemuda islam tidak melihatnya sebagai satu kebangkitan yang bermanfaat untuk mereka, melainkan yang mereka nampak hanyalah khayalan orang-orang alim yang sempit pemikiran. Sesekali saya berfikir tentang situasi ini, sungguh menyedihkan melihat anak-anak muda berlagak pandai dan hebat dengan gaya dan pakaian yang trendy kata mereka. Barangkali mereka tak kenal erti hebat dan pandai. Perkara tersebut tidak terlekat pada apa yang dipakai, tapi siapa yang membuat itulah yang lebih hebat dan pandai.
Melihat balik kepada kata-kata Philip Burns itu, tidak lain adalah kerana ideologi dan identiti Yahudi yang dia banggakan. Mereka bersungguh, hingga menggadaikan harta dan meninggalkan anak isteri mereka. Dalam erti kata lain, mereka melakukan hijrah umpama hijrah para sahabat ke Madinah dari Mekah.
Ideologi dan identiti siapakah yang lebih agung sebenarnya? Yahudi atau islam? Sirah siapakah yang lebih hebat sebenarnya? Jika kita mengetahui, yahudi tidaklah sehebat mana. Namun mereka lebih tinggi keinginannya dari kebanyakan kita. Mereka lebih ke hadapan dari kebanyakan kita. Dan pemuda islam tetap tidak mahu berubah.
Ini adalah satu manifestasi keimanan Philip Burns dengan ideologi dan identiti yahudinya. Dia menzahirkannya dengan usaha dan pengorbanan yang tinggi. Seharusnya kita bertanya kembali kepada diri kita, apakah manifestasi kita terhadap iman kita? Apakah kita masih yakin bahawa "iman di dalam dada, tak perlu di tunjuk-tunjuk, nanti jadi riak, dan orang yang riak tidak masuk ke syurga" ? Jika itu yang kamu fikirkan, maka beranganlah untuk nikmat di akhirat kelak, kerana ia tidak akan sampai ke depan kamu dengan angan-angan dan simpan-simpan.
Bermula dari ghuflah atau kelalaian, akhirnya ia menjerumuskan kepada azab yang pedih dan berkekalan. Namun kelalaian itu adalah yang dibuat-buat, kerana mereka telah mengetahui tentang islam, tentang hukum-hukum Allah, tentang balasan syurga dan neraka, tentang malaikat yang mencatat, tentang saksi-saksi mereka. Mereka hanya mengelakkan, dan dalam bahasa al-Qurannya, mereka mendustakan ayat-ayat Allah.
Hendaklah kita mewaspadai kelalaian, dan binalah keazaman yang kuat. Janji Allah itu benar, disediakan untuk orang-orang yang beriman, orang-orang fasiq, orang-orang munafik dan orang-orang yang kufur. Masing-masing bahagiannya telah ditentukan Allah, maka berusahalah.
Recommend this article... Last update : 19-08-2008 14:10
|