|
Masa terus berlalu. Tahun berganti tahun. Dan akhirnya aku berjaya menamatkan pengajian dalam suatu bidang yang amat aku minati. Aku ingat lagi dulu sewaktu memilih course dan uni, aku dan rakan-rakan sepakat memilih satu university. Namun akhirnya bila tawaran dikeluarkan, kami tidak ditempatkan di university yang sama. Mungkin ada hikmahnya...
Kini aku mampu tersenyum setelah berjaya meraih segulung ijazah. Malah bukan itu sahaja yang aku pelajari di sini... bukan sekadar menjadi seorang student, tapi lebih kepada menjadi a Muslim that studies... ada bezanya... kita seorang Islam di tanah yang mana penduduk majoritinya bukan Islam. Islam adalah sesuatu yang asing di sini. Ibadah-ibadah yang biasa kita lakukan seperti solat dan puasa menjadi sesuatu yang pelik bagi mereka. Malah untuk menerangkan mengapa kita bertudung itu sendiri pun memerlukan kita untuk bertanya pada diri dan mencari penjelasannya. Bukan seperti di negara kita, di mana segala-galanya menjadi suatu kebiasaan.
Sebagai seorang pelajar Islam di sini, kita adalah wakil atau pun simbolik kepada Islam. Apa sahaja yang kita lakukan sebagai seorang pelajar akan dilihat oleh mereka sebagai adab seorang pelajar Islam. Dalam erti kata lain, apa sahaja yang kita lakukan- baik mahupun buruk – itulah Islam di mata mereka.
Jadi, sebenarnya, kita adalah duta-duta Islam di sini. Oleh itu sangat penting untuk kita tunjukkan qudwah (contoh) yang baik dalam hari-hari kita sebagai seorang pelajar di bumi Kangaroo ini. Menepati masa, bersungguh-sungguh dan mudah untuk memberikan kerjasama adalah antara sikap-sikap positif yang harus kita tonjolkan. Dalam pada itu, kita masih menjaga batas-batas seorang Muslim di mana kita ada adab-adab yang perlu dijaga, termasuklah muamalat dan pergaulan kita.
Pantas masa berlalu... tapi antara perkara yang aku pelajari di sini ialah perlunya kita untuk menetapkan matlamat, berusaha ke arah matlamat, tawakal dan bermuhasabah diri. Dan yang paling penting, ikhlaskan niat kita kerana Allah swt, kerana sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.
Recommend this article... Last update : 24-08-2008 09:00
|
|
|