JA slide show
 

Hanya 2 Klik!

Kepada para pengunjung BTi yang masih belum mendaftarkan diri, boleh berbuat demikian di sini
Hanya 2 Klik --- klik link di atas, dan register. Tak perlu confirmation email etc.

Hangatkan Forum BTi dengan perkongsian-perkongsian menarik anda :) 

 
Home arrow Artikel dan Karya arrow Tentang 'kita'
Tentang 'kita' PDF Print
 

By Sahabat, on 27-08-2008 08:59

Views : 1048    

Favoured : 39

Published in : Artikel dan Karya, Tazkirah

heart.jpgSemalam sempat dibuat surprise untuk sahabat kami yang bakal pulang for good. Surprise yang bukan lagi surprise sebab ada yang tidak sengaja telah terbocorkan pakatan rahsia kami...

 

 

Sayu malam itu hanya disimpan di dalam dada…Jika ‘muda-muda’ dulu mudah sungguh air mata mengalir bila sahabat-sahabat mahu pulang ke Malaysia. Sedih…Sedih atas ‘perpisahan’. Memanglah sedih jika ikatan ukhuwwah diukur atas ikatan tanah. Bila terasing, terasa berpisah...Bila tiada di hadapan mata, terasa gundah… 

Tapi bila dah ‘tua’ begini, barulah faham erti ikatan ukhuwwah fillah; yang mengikatnya adalah Allah...yang mengikatnya adalah risalah. Tak akan terpisah selagimana sahabat kita bersama-sama dengan Allah, bersama-sama dengan risalah…

 

Malah hati redha melepaskan seorang pejuang pergi. Hijrah sahabat kami itu akan membawa rahmat buat bumi tercinta Malaysia; pulangnya seorang da’ie rabbani yang diharap boleh merawat ummat yang tenat...Sekarang ada pula penyakit baru, mahu jemput Avril Lavigne buat konsert. Entah mana pergi semangat mahu sambut Ramadhan...(atau sekurang-kurangnya) mana pergi semangat patriotisme?

 

Topik kali ini bukan pasal ummat, tapi pasal ’kita’. Bukan bermaksud hendak menjadi selfish, tapi jika doktor pun masih tidak betul, macam mana mahu merawat pesakit?

 

Entah mengapa, semenjak dua menjak ini, perkataan ukhuwwah sangat terkesan di minda dan hati saya. Sebelum ini, saya rasa saya arif tentang ukhuwwah...Kononnya bila dah makin besar...maka, dah makin matang, dah makin faham...tidak ada lagi masalah ukhuwwah... Malah dah boleh mengajar orang lain tentang apa itu ukhuwwah dan sudah pandai menasihat orang yang bermasalah ukhuwwah.   Tapi apabila teruji dalam ukhuwwah, mengapa saya boleh fail?

 

Semalam sahabat yang bakal pulang itu menyampaikan pesan kepada semua (lebih kurang begini): ”Syaitan akan sentiasa mencari ruang untuk merosakkan ukhuwwah sesama kita...” kerana ukhuwwah adalah titik kekuatan kita. Semua musuh islam (syaitan dan manusia) sangat-sangat beriman dengan hakikat ini...Bagaimana kita?

 

Kadang-kadang kita tertipu dengan keramaian. Kita tafsir ukhuwwah fillah dengan tahap keramahan dan keramaian kita. Makin ramah, makin ramai sahabat, hubungan baik...maka, itulah ukhuwwah fillah. Tapi sebenarnya sejauhmana hati-hati telah benar-benar diikat dengan tali Allah? Lapang dada kita...ithar kita...budaya ta’awun (tolong menolong)...tanassuh (nasihat-menasihati)...tarahum...Sudah cukupkah? Sudah terbuktikah?

 

Bila sudah tersadung, baru terngadah. Memang ujian adalah rahmat, agar manusia kembali ingat dan membuat muhasabah. Perlu semak balik ukhuwwah yang dihulur, jangan jadi ghurur...jangan jadi mangsa tipu daya syaitan...

 

Baju sahabat yang belum berbasuh, berapa ramai yang ringan tulang tolong cucikan?

 

Bila sahabat datang ke rumah, berapa ramai yang melayan bersungguh-sungguh? Atau sekadar buka pintu, kemudian lari masuk ke bilik masing-masing...

 

Bila datang ke rumah sahabat, melihat pinggan mangkuk kotor di sinki, berapa ramai yang tolong basuhkan? Atau kita sendiri makan dan menambah bilangan pinggan kotor di sinki?

 

Bila sahabat bertandang, berapa ramai yang menghulurkan tangan untuk bersalam? Atau kita buat dono, teruskan membaca al Quran atau menghadap laptop...

 

Bila sahabat minta tolong, berapa ramai yang menghulurkan?

 

Bila sahabat pulang ke rumah dari universiti atau hospital, berapa ramai yang bertanya khabar dan perasaan dia? etc...

 

Bila ukhuwwah masih belum settle, bagaimana mahu bicara tentang negara...tentang khilafah...tentang ustaziyatul ’alam? Tidak tertegak negara islam Madinah tanpa persaudaraan Ansar dan Muhajirin. Nabi sedar kepentingan hakikat ukhuwwah fillah ini.

 

Alasan-alasan, “tidak ada masa”, “banyak priority lain”, “tak apa, dia adalah orang yang faham” patut dielakkan. Bagaimana mahu bina rumah jika salah satu batu asasnya tidak diletakkan terlebih dahulu? Malah, ini namanya melewatkan masa dan membazir masa...

 

“Tidak beriman seseorang sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri”

 

Virus boleh menyerang bila body defence jadi lemah. Body defence di sini adalah iman. Iman dan ukhuwwah sangat berkait rapat; yang satu melahirkan yang satu lagi. Jika iman tidak dijaga, maka mudahlah syaitan dan musuh menyerang. Akhirnya, ukhuwwah kita dijangkiti virus; untuk mengubatinya akan ambil masa pula...boleh jadi setahun dua.

 

Ukhuwwah adalah apa yang dihulur, bukan apa yang diterima. Tidak dituntut untuk kita measure tahap ukhuwwah orang kepada kita, tapi semak balik apa yang kita telah hulur kepada orang. Daripada mengatakan: “DIA masih belum buat begitu dan begini…”, katakanlah “AKU masih belum buat begitu dan begini…”

Recommend this article...

Last update : 27-08-2008 09:08

   
Quote this article in website
Favoured
Related articles

Users' Comments  RSS feed comment
 

Average user rating

   (1 vote)

 

Display 7 of 7 comments

sahabat

By: Islam sufiwanita (Registered ) on 18-09-2008 23:44

sahabat adalah teman di kala suka dan duka , di kala kita jatuh sahabat memberi kan kekuatan untuk tbangkit, di kala akita lupa sahabat datang tuk mengigatkan 
Sebaik-baik sahabat dialah Allah SWt ,Allah selalau mau menerima kita apa adanya , Allah adalah pendengar kita yang paling baik dikala kita sedih , bahagia dan sebagainya , dialah yang paling kekal , syaitan bukanlah tandinganya dan dia maha kekal . sampai saat ini saya tidak memilki sahabat seorangpun untuk berbagi cerita ini 
sudah berlangsung 8 thn lamanya sampai saat ini , semenjak saya memiliki sahabat yang paling baik dan paling mengerti kepada diri saya dialah sahabat yang paling kekal Allah SWT. kepadaNyalah saya berbagi cerita apa saja . dialah Sumber Power Kekuatan Diri kita , sahabat walaupun kita yang ada di tarbiyah ini bukan satu darah tetapi kita satu muslim dan sudah sepantasnya antara umat muslim kita harus saling tolong menolong dan berkasih sayang, ingat mengingatkan di dalam kebaikan dan kesabaran. maukan jadi sahabat saya ?  
salam

 

» Report this comment to administrator

» Reply to this comment...

cabaran ukhuwah

By: abidullah (Guest ) on 18-09-2008 03:05

jzkk pada penulis artikel ini dan komen...sangat2 membantu untuk memuhasabah diri kembali... 
 
ana just nak share a thought. jangan kita rasa tertipu bila kita telah merasai kenikmatan ukhuwah fillah, kerana rasa itu takkan selamanya kekal andai kita tak berusaha untuk mengekalkannya...untuk mengekalkan rasa kebersamaan perlu ada usaha dari kedua-dua belah pihak.  
 
bila kita kata sahabat ibarat cermin kepada kita. maka bila kita melihat cermin dan ada yang tak kena pada imej dalam cermin, kita lah yang perlu membetulkan diri supaya imej di dalam cermin kembali elok. kalau kita tak berusaha untuk membetulkan, bagaimana imej dalam cermin tu nak elok semulakan? 
 
sebagai contoh simple, kalau kita tengok imej dalam cermin tu masam je, kitalah yang kena senyum dulu kan, kalau tak macam mana imej dalam cermin tu nak tersenyum kan? :zzz  
 
if kita semua bersikap begini, maka iAllah takkan ada rasa-rasa tak best seperti, mempersoalkan kenapa ini dan itu terjadi, kenapa sahabat bersikap seperti itu dan ini. kerana kita akan kembali menilai usaha kita sendiri terhadap persahabatan dan ukhuwah yang telah terbina itu. 
 
sahabat, perjalanan ini masih jauh dan panjang. laluan akan semakin sukar dan payah. kalau hubungan sesama sahabat seperjuangan sendiri tak settle bagaimanakah untuk meneruskan perjuangan? 
 
kesimpulannya, jadilah orang pertama yang menunaikan hak dan orang yang terakhir yang menuntuk hak. sekadar nk qoute kembali kata2 dari penulis artikel: 
 
Ukhuwwah adalah apa yang dihulur, bukan apa yang diterima. Tidak dituntut untuk kita measure tahap ukhuwwah orang kepada kita, tapi semak balik apa yang kita telah hulur kepada orang. Daripada mengatakan: “DIA masih belum buat begitu dan begini…”, katakanlah “AKU masih belum buat begitu dan begini…”

 

» Report this comment to administrator

» Reply to this comment...

cabaran ukhuwah

By: abidullah (Guest ) on 18-09-2008 03:04

jzkk pada penulis artikel ini dan komen...sangat2 membantu untuk memuhasabah diri kembali... 
 
ana just nak share a thought. jangan kita rasa tertipu bila kita telah merasai kenikmatan ukhuwah fillah, kerana rasa itu takkan selamanya kekal andai kita tak berusaha untuk mengekalkannya...untuk mengekalkan rasa kebersamaan perlu ada usaha dari kedua-dua belah pihak.  
 
bila kita kata sahabat ibarat cermin kepada kita. maka bila kita melihat cermin dan ada yang tak kena pada imej dalam cermin, kita lah yang perlu membetulkan diri supaya imej di dalam cermin kembali elok. kalau kita tak berusaha untuk membetulkan, bagaimana imej dalam cermin tu nak elok semulakan? 
 
sebagai contoh simple, kalau kita tengok imej dalam cermin tu masam je, kitalah yang kena senyum dulu kan, kalau tak macam mana imej dalam cermin tu nak tersenyum kan? :zzz  
 
if kita semua bersikap begini, maka iAllah takkan ada rasa-rasa tak best seperti, mempersoalkan kenapa ini dan itu terjadi, kenapa sahabat bersikap seperti itu dan ini. kerana kita akan kembali menilai usaha kita sendiri terhadap persahabatan dan ukhuwah yang telah terbina itu. 
 
sahabat, perjalanan ini masih jauh dan panjang. laluan akan semakin sukar dan payah. kalau hubungan sesama sahabat seperjuangan sendiri tak settle bagaimanakah untuk meneruskan perjuangan? 
 
kesimpulannya, jadilah orang pertama yang menunaikan hak dan orang yang terakhir yang menuntuk hak. sekadar nk qoute kembali kata2 dari penulis artikel: 
 
Ukhuwwah adalah apa yang dihulur, bukan apa yang diterima. Tidak dituntut untuk kita measure tahap ukhuwwah orang kepada kita, tapi semak balik apa yang kita telah hulur kepada orang. Daripada mengatakan: “DIA masih belum buat begitu dan begini…”, katakanlah “AKU masih belum buat begitu dan begini…”

 

» Report this comment to administrator

» Reply to this comment...

hakikat yang sering kita lupa

By: shahadatul alannas (Guest ) on 04-09-2008 23:31

jazakillah sahabat for the artikel. sangat banyak peringatan dan pengajaran...ana just nak point out few perkara, itupun setelah muhasabah diri... 
 
kerana dia adalah sahabat kita yang sama-sama dalam tarbiyyah, kadang-kadang kita jadi lebih susah untuk bersabar dengannya berbanding sabar kita terhadap mad'u. kerana dia adalah sahabat kita dalam tarbiyyah, kadang-kadang kita merasakan dia mampu berdikari saat ujian datang, kerana kita perlu fokus kepada masalah-masalah mad'u kita. kerana dia adalah sahabat kita dalam tarbiyyah, kita rasa dia faham bila kita dah lama tak ziarah dia seperti mana kita ziarah mad'u kita. kerana dia sahabat kita dalam tarbiyyah kita rasa dia akan faham kalau kita tidak menjadi orang pertama yang datang menbantu saat dia menghadapi masalah. kerana dia sahabat kita dalam tarbiyyah kita, kita rasa dia takkan kisah kalau barang kita bersepah, malah kita yakin dia akan bantu mengemaskan, kerana dia adalah sahabat kita dalam tarbiyyah, kita rasa takpe je kalau kita dah lama tak bagi mesej/nasihat/tazkirah kepada dia, kerana mad’u kita lebih memerlukan msej/nsihat/tazkirah dan banyak lagi yang kita rasa dan sangka, kerana kita cuba berbaik sangka dengan dia… 
 
tapi kita lupa satu hakikat dalam kesibukan kita 'bekerja' itu, kita lupa hakikat dia adalah manusia biasa, yang imannya tak selamanya tinggi...maka kita tak sepatutnya mengharapkan dia selamanya akan faham kesibukan kita, dia selamanya akan berlapang dada melayan kerenah-kerenah kita, dia selamanya sentiasa menjadi pendengar yang setia segala cerita gembira dan sedih kita.. 
 
Cuba kita flashback kembali…dah banyak sebenarnya yang kita dah terima dari dia kan? Tapi apa yang kita dah bagi pada dia? Hmm, ana nak kongsi sikit satu luahan hati yang ana baca di blog someone:  
 
“sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dah perasaan sahabat. Kerana dia jga seorang manusia. Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan sahabat sebagai kekuatan. Jadilah kita sahabatnya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tapi dia mungkin tidak setabah yang kita sangka. Di sebalik senyumnya itu, mungkin banya cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik ketenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu…TETAPI jika kita cuba menjadi sahabat seperti dia, dan cuba untuk mengambil tahu, kita akan tahu iAllah…” 
 
Bila kita muhasabah kembali, bukan untuk kita cari kesalahan, kelemahan apatah lagi menyalahkan dan menngungkit hak-hak yang tak tertunai. Tapi untuk kita perbetulkan diri dan keadaan. Jadilah orang pertama yang menunaikan hak dan orang yang terakhir menuntut hak. Jadilah orang pertama yang berusaha membetulkan keadaan bukan mengharap orang lain yang tolong perbetulkan. Jadilah orang pertama yang memohon dan memberi kemaafan dan bukan menunggu orang lain meminta maaf dari kita. Mari kita dekatkan kembali hati-hati yang berjauhan, eratkan kembali hati-hati yang dah sedia dekat dan suburkan kembali kasih sayang kita…moga Allah memberkati usaha kita di dalam bulan mulia ni…

 

» Report this comment to administrator

» Reply to this comment...

cabaran ukhuwwah

By: HA (Guest ) on 04-09-2008 13:53

jzkk utk sebuah artikel yg cukup mengena hati dan diri. :') 
izinkn ana utk share something..sebuah pertemuan BESAR yg ana baru 'sedar' juga mengenai ukhuwwah. 
 
Masa mula2 kenal ukhT nie,memang mcm langit dan bumi.sifat,tutur kata,perbuatan..kLw ikut nilaian diri,mcm Mission Impossible pLa ber'kawan' dgn die nie. Tapi sejak kenal Tarbiyyah,ana boleh pula lekat dgn dia n timbul juga rsa syg dgn nya.  
 
Tapi betullah syaitan tu akan cucuk2 kita juga. Susah hati betul..dia ni jenis kasar skit,ketawa besar,etc..ana pLa pendiam dan amat memerhatikan tutur bahasa dan tingkah laku. so,biLa nmpk 'tabiat buruk' ukhT nie,ana condemn terus..diam thp karma. Benci kata nya,Benci perbuatannya. sedar perasaan tu salah n d'murkai Allah dan rasulNya,smpai tersangatlah susah hati. Hmpir setiap mlm menangis. "kenapa aku buat mcm tu? kenapa aku rsa mcm nie..tak dpt forgive?" "kn aku nak jd seorg yg menyayangi saudaranya lebih dri diri sendiri?" 
 
Sungguhlah pertarungan batin amat susah. bila berjauhan,ada rsa rindu yg amat d'hargai dan terasa iman yg menguatkan ukhuwwah. Namun bila jumpa blik,automatic je ana rsa condemn. 
 
Alhamdulillah..Allah tunjukkan dan beri hikmah yg amat berharga buat ana pd satu hari tu.. Mcm yg last sentence tu..asyik bLame die je.. 
 
Wa ikhwah wa akhwat,kdg2 sifat manusia susah nak d'ubah. mengharap je die nak berubah tp kenapa tak kite? Dah cukup PERFECT ke? Mungkin mereka susah nak ubah..tp kenapa bukan kita sendiri DULU yg mengubah sikap diri kita? 
 
Lepas ada mindset utk be d one to give w/out mengharap balasannya..ana betul2 tak expect..tak sangka rasa benci tu hilang sma sekali,seakan tak pernah ada. Alhamdulillah~~ 
 
Thank Q Allah! :') Thank Q Allah~

 

» Report this comment to administrator

» Reply to this comment...

ukhuwwah

By: jambiru (Guest ) on 30-08-2008 23:55

jzkk kerana menulis artikel yg menyentuh hati...ukhuwwah itu sangat menguji kesabaran..terkadang, ada yg tak bisa menghargai kewujudan ikhwah yg lain..ada juga sahabat yg kita anggap sahabat rupanya sekadar teman ketawa tetapi bukan sahabat berduka..ada juga sahabat berduka itu adalah mereka2 yg tidak pernah kita sangka2kan utk berkongsi kedukaan itu bersama kita..iya, sememangnya menyakitkan hati apabila semua ini berlaku... 
 
namun, harus diingat..ikatan kita bukan ikatan materialism i.e harta, rupa, pangkat dsb..tetapi ikatan ini adalah kerana ikatan Ilahi..atas dasar keimanan..mengharapkan keredhaan Allah swt...kisah apa andai kita tiada teman berduka...kisah apa andai kasih kita terhadap shbt kita tidak dihargai...kerana kita bukan mahukan kasih sayang mereka..tetapi kita mahukan redha Allah...oleh itu, seharusnya kita terus memberi tanpa mengharap sebarang pulangan...kitalah yg seharusnya menjadi sahabat utk berduka kepada sahabat yg lain walaupun kita sendiri tiada teman utk berkongsi duka...kerana kita faham betapa peritnya menghadapi kesusahan tanpa seorang teman yg boleh dipanggil sahabat..kerana kita faham, andai kita yg menjadi sahabat berduka, maka kitalah yg bakal memperoleh pahala.. 
 
allahu a'lam....

 

» Report this comment to administrator

» Reply to this comment...

jzkk

By: admin (Registered ) on 29-08-2008 05:58

jzkk for the article

 

» Report this comment to administrator

» Reply to this comment...

Display 7 of 7 comments



Add your comment
Name
E-mail
Title  
 
Comment
   Notify me of follow-up comments
  Mathguard security question:
PCW         AY9      
  1    E    N E   NK9
  Q   DSF   C 7      
  S    8    K 5   NSJ
  X         APC      
   
   



mXcomment 1.0.6 © 2007-2008 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved
< Prev   Next >
Advertisement
Adakah Anda Meminati Sejarah?

User Login

Latest in Forum BTi
TopicsByCategoryDate
Re:Muhammad Ar RasyidmuadzmzBicara Buku18-11-08 09:38
rasa, merasa, perasaan...jom bincangsrikandIslamBicara Akhawat16-11-08 23:12
Re:tahu ayat, tetapi lupa rujukan?musafir_msfzLink Menarik14-11-08 04:12
Re:Muhammad Ar RasyidsenikehidupanBicara Buku30-10-08 06:20
Re:Muhammad Ar RasyidibnuyazidBicara Buku27-10-08 17:44

BTi Nasyid

Hamas Nasheed

BTi Polls

Adakah anda mempunyai blog sendiri?
 

BTi Statistics

Visits today: 68
Visits yesterday: 144
Visits month: 2970
Visits total: 43445
Max.daily visits: 385
  occurred: 2008-3-27
Max.monthly visits: 7073
  occurred: 2008-5
Pages total: 330277
Data since: 2008-02-12

BTi Visitors

Totals Top 10
 26 % Malaysia (11419)
 21 % Australia (8975)
 15 % United States (6755)
 4 % Brunei Darussalam (1897)
 4 % Egypt (1813)
 3 % Indonesia (1468)
 3 % United Kingdom (1196)
 2 % Korea, Republic of (909)
 < 1.0 % Germany (635)
 < 1.0 % Ireland (603)
43445 pelawat dari 141 negara

Buku-Buku Pilihan

BTi Members Online

No users online
Guests: 2

BTi Registered Members

447 registered
0 today
0 yesterday
8 this week
43 this month
Last: man offline

Artikel "Most Commented"

Dimana Allah dalam k
 komen oleh: "Islam sufiwanit" -- (11 comments)
Bersama Uncle Tips -
 komen oleh: "murtabakdaging" -- (8 comments)
Jangan Merajuk Wahai
 komen oleh: "Islam sufiwanit" -- (8 comments)
Tips Tsabat
 komen oleh: "ghuraba" -- (8 comments)
Tentang 'kita'
 komen oleh: "Islam sufiwanit" -- (7 comments)